Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pas.ti] | ڤستي

Definisi : tidak salah lagi, tidak boleh tidak, tentu; belum ~ belum nyata, belum tentu; ilmu ~ ilmu hisab; kurang ~ kurang nyata (jelas), tidak tahu benar-benar; memastikan menyatakan dgn pasti, menen­tukan (menetapkan) dgn pasti: yg dapat dipastikan hanyalah badannya amat tegap; seseorang pemberita mesti ~ dahulu fakta-faktanya; kepastian perihal pasti, ketentuan: aku tercengang mendengar ~ yg tidak tertolak itu; Dato’ Ujang sudah berani membuat ~ bahawa perempuan itu sudah berubah sikapnya; ketidakpastian perihal atau keadaan tidak pasti, ketidaktentuan: kemungkinan sesuatu menjadi salah atau menjadi benar tentulah mewujudkan ~ dan keraguan; pemastian perbuatan memastikan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pas.ti] | ڤستي

Definisi : tidak salah lagi; tidak boleh tidak; tentu: Kita ~ akan berjaya. memastikan menentukan sesuatu dgn pasti; mengatakan dgn pasti: Kita tidak dpt ~ pasukan mana yg akan menang. kepastian hal pasti; ketentuan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pasti (adjektif)
Bersinonim dengan tentu, mesti, sah, sahih, tidak boleh tidak, nescaya, yakin, percaya, sabit, nyata, terang, muktamad, positif, definitif, tepat, betul, benar;,
Kata Terbitan : memastikan, kepastian, pemastian,

Peribahasa

Pecah menanti sebab,
     retak menanti belah.

Bermaksud :

Sesuatu yang sudah pasti akan berlaku.

 

Lihat selanjutnya...(13)


Kamus Sains

Kamus Sains.indb
penting ialah aerial dwikutub dan aerial berarah. Sinonim antenna. (FIZ) aerial photo interpretation (tafsiran foto udara/ulasan foto udara) Pentafsiran dan penerangan yang dibuat berdasarkan foto udara untuk menge- nal pasti objek tertentu seperti jenis tumbuh-tumbuhan dan bentuk muka bumi dan bagi tujuan pemetaan. (HUT) aerial photography (fotografi udara) Siri gambar permukaan bumi yang diambil dari kapal terbang yang bergerak testosteron. (BIO) anecdysis (anekdisis) Jangka masa yang panjang dan pasif antara dua proses salin kulit pada artro- pod. Pada masa ini, persediaan untuk proses salin kulit seterusnya tidak dapat dikenal pasti. (BIO) anellus (anelus) Plat berbentuk segi tiga atau gelang kecil yang disokong oleh katup dan vinku- lum pada serangga Lepidoptera. (BIO) anemochorous (anemokor) Perihal tumbuh-tumbuhan yang mempunyai buah atau

Kembali ke atas