Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pas.tri] | ڤستري

Definisi : (ERT) 1. adunan tepung dgn air, mentega (atau bahan lemak yg lain) dll; 2. kuih yg diperbuat drpd adunan tepung, lemak dsb. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pas.tri] | ڤستري

Definisi : 1 adunan tepung dgn air, mentega dll. 2 kuih yg dibuat drpd adunan tepung, mentega, air dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pastri


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum, Adakah pastri, kek dan roti termasuk dalam pengelasan 'penganan' seperti kuih-muih lain?Maksud penganan menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua ialah berbagai-bagai jenis kuih dan kudap-kudapan. Maka pastri, kek dan roti termasuk dalam pengelasan penganan.Makna17.01.2018
boleh terangkan apa maksud bakeri dan konfeksioneri? definisi yang penuh. terima kasihMerujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, bakeri bermakna 1. tempat (kilang) membuat roti (kek, pastri dsb); 2. kedai yg membuat dan menjual roti (kek, pastri dsb). Untuk mengetahui makna sesuatu perkataan, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat atau layari laman web DBP.Makna16.02.2009
Apakah terma yang sesuai untuk "glazed" pada pastri, kek atau makanan? Kilauan, kilatan atau saduran? Contohnya, glazed donut.Kami mencadangkan padanan istilah dalam bahasa Melayu seperti yang berikut:

glazed - licau

Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu.
Lain-lain21.06.2021
saya ingin mengetahui penggunaan beg paiping dalam istilah melayu, adakah boleh menggunakan beg piping, beg pastri?Dalam bidang Pentadbiran Perniagaan, istilah bahasa Melayu untuk "piping bag" ialah beg paiping.Istilah16.01.2017
Salam Sejahtera. Tuan/Puan, Adakah perkataan "pembuat roti" merujuk kepada seseorang yang membuat roti saja? Atau, ia adalah sama dengan perkataan "baker" dalam bahasa Inggeris di mana ia merujuk kepada seseorang yang membuat roti, pastri, kek, puding dan sebagainya? Terima kasih.Padanan baker dalam bahasa Melayu ialah pembuat roti. Secara khususnya kata nama tersebut merujuk orang yang membuat roti, namun jika dalam konteks yang umum seperti di kedai roti dan kek, umum mengetahui bahawa pembuat roti termasuklah juga pembuat kek.Tatabahasa22.09.2014
Saya ingin tahu sumber perkataan 'Canai'. Ada sumber yang mengatakan perkataan 'Roti Canai' timbul dari roti yang dibawa oleh pendatang dari Chennai, India ke Malaysia. Jika teori ini betul, adakah perkataan 'Canai' (mencanaikan) seperti digunakan dalam Bahasa Melayu yang bermaksud mengasah, timbul dari perkataan Roti Canai (Chennai) ini?

Antara maksud canai ialah menggelek (adunan kuih) supaya rata dan nipis: ~ pastri. Konsep ini digunakan untuk 'roti canai'.

Makna18.08.2009

Kembali ke atas