Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pa.su.kan]/[pa.su/.kan] | ڤاسوقن

Definisi : 1. sekumpulan (binatang), kawanan: tampak dr jauh se~ gajah; 2. sekumpulan (orang, tentera, dll), sekelompok; ~ berkaki = ~ jalan kaki pasukan tentera bersenjata yg berjalan kaki, infantri; ~ berkuda pasukan tentera yg berkuda, kavalri; ~ berani mati pasukan tentera yg bersedia mati (pantang undur); ~ jurutera pasukan tentera yg terlatih dlm lapangan kejuruteraan (membina jambatan dll); ~ kawalan kampung kumpulan orang yg mengawal keselamatan kampung; ~ kesebelasan kumpulan pemain bola sepak yg terdiri drpd sebelas orang; ~ keselamatan pasukan polis bersenjata (ten­tera) yg mengawal keselamatan negara; ~ liar Id pasukan yg tidak teratur (tidak termasuk tentera rasmi); ~ pencegah rusuhan pasukan polis yg mencegah rusuhan atau perkumpulan haram; ~ pertahanan awam pasukan suka­relawan yg mengawal keselamatan orang awam; ~ pertolongan cemas pasukan yg terlatih (spt bulan sabit merah dll) utk memberikan bantuan perubatan awal semen­tara mendapat rawatan perubatan yg sepatut­nya; ~ petugas sekumpulan orang yg diberi tugas menangani isu, masalah atau operasi tertentu; ~ udara sekumpulan kapal terbang angkatan udara; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pa.su.kan]/[pa.su/.kan] | ڤاسوقن

Definisi : 1 kumpulan orang yg merupakan satu kesatuan: ~ bola sepak; ~ palang merah. 2 kumpulan binatang; kawan: se~ gajah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pasuk
Kata Terbitan : pasukan, berpasukan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1)Pasukan polis berkawad. Pasukan bomba berkawad.(dan) A)Pasukan polis dan pasukan bomba berkawad. B)Pasukan polis dan bomba berkawad. Jawapan yang mana satu betul?Ayat yang betul ialah "Pasukan polis dan bomba berkawad."Ejaan04.07.2013
1. "Pasukan polis dan pasukan bomba berkawad.","Pasukan polis dan bomba berkawad". Ayat manakah yang betul? 2. "Azman hendak ke kedai tetapi Azman tiada teman.","Azman hendak ke kedai tetapi tiada teman." Ayat manakah yang betul? 3. "Jangan kamu kesali akan kejadian itu.","Jangan kamu menyesal akan kejadian itu." Ayat manakah yang betul? Sila berikan sebab dan contoh ayat(kesali/menyesal). Terima kasih. 4. "Kata-kata nasihat itu akan saya renungi.","kata-kata nasihat itu akan saya renungkan." Ayat manakah yang betul? Sila berikan sebab dan contoh ayat (renungi/renungkan). 5. "Jangan kamu cuba mengaburi mata saya dengan wang ringgit.", "Jangan kamu cuba mengaburkan mata saya dengan wang ringgit." Ayat manakah yang betul? Sila berikan sebab dan contoh ayat (mengaburi/mengaburkan). 6. "Matlamat pertandingan itu adalah untuk mengeratkan hubungan.", "Matlamat pertandingan itu adalah untuk mempererat hubungan." Ayat manakah yang betul? Sila berikan sebab dan contoh ayat (mengeratkan/mempererat). Terima kasih.1. Pasukan polis dan bomba berkawad.
2. Azman hendak ke kedai tetapi tiada teman.
3. Jangan kamu kesali akan kejadian itu. Ayat pasif bagi orang kedua menggunakan akhiran -i. 
4. Kata-kata nasihat itu akan saya renungi. Ayat pasif bagi orang pertama menggunakan akhiran -i. 
5. Jangan kamu cuba mengaburi mata saya dengan wang ringgit. Mengaburi bermaksud menjadi kabur dan mengaburkan bermaksud menyebabkan menjadi kabur.  
6. Matlamat pertandingan itu adalah untuk mengeratkan/mempereratkan hubungan.  Mengeratkan dan mempereratkan boleh digunakan dalam konteks ayat tersebut.
Sila rujuk kamus untuk melihat contoh penggunaan kata tersebut dalam ayat dan rujuk buku Tatabahasa Dewan untuk membina ayat dengan imbuhan yang betul.
Tatabahasa05.11.2014
Apakah perbezaan antara kumpulan dengan pasukan?Kumpulan dan pasukan mempunyai maksud yang hampir sama dan adakalanya boleh digunakan kedua-duanya seperti kumpulan kerja pasukan kerja. Walau bagaimanapun dalam konteks tertentu penggunaannya berbeza, seperti pasukan bola sepak, bukan kumpulan bola sepak. Untuk maklumat lanjut tentang makna kata dan konteks penggunaannya, sila rujuk PRPM.Tatabahasa01.09.2021
psukan pandu puteri, pengakap, pasukan bulan sabit merah, kadet polis, psukan bomba dan pasukan polis perlu ditulis dalam huruf besar pada huruf pertama? terima kasihBulan Sabit Merah ialah sebuah pertubuhan yang khusus dan dieja dengan huruf besar. Pasukan pandu puteri, pengakap, kadet polis, pasukan bomba dan pasukan polis ditulis dengan huruf kecil, kecuali dalam frasa kata nama khas seperti Pandu Puteri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Kadet Polis SMK Wangsa Melawati, Pasukan Bomba Hang Tuah dan Pasukan Polis Bukit Aman.Tatabahasa30.04.2014
Salam satu Malaysia, 1.Ayat berikut merupakan dua ayat tunggal yang akan digabungkan menjadi ayat majmuk. Tolong semak jawapan yang diberikan. a)Pasukan Merah yang menang? b)Pasukan Hijau yang menang? Jawapan:i) Pasukan Merah atau Hijau yang menang? ii) Pasukan Merah atau Pasukan Hijau yang menang? Jawapan I atau ii yang betul? Perlukan pasukan dalam ayat ii ditulis huruf besar? 2.Adakah murid Tahap Dua dianggap sebagai kata nama khas?Jawapan yang sesuai ialah i) Pasukan Merah atau hijau yang menang.
Murid Tahap Dua bukan kata nama khas.
Lain-lain11.10.2015
Penggunaan istilah manakah yang betul -- pasukan kembara atau pasukan pengembara?

Encik Ong,

Kalau dalam bentuk istilah yang betul ialah pasukan kembara.

Tatabahasa12.08.2010
salam sejahtera. adakah bahasa melayu memmpunyai perkataaan khas bagi menggambarkan situasi permainan bola sepak ini? keadaan i. bola dikuasai pasukan B. ii. pemain pasukan A yang mengawal pemain pasukan B dengan jarak yg terlalu rapat sehingga jika pengusaan bola bertukar tangan. pasukan A ssh utk melarikan bola n mmbuat prosedur serangan. terima kasihPelbagai perbuatan dan keadaan tidak dapat diungkapkan dalam satu perkataan melainkan menerangkan satu per satu perbuatan dan keadaan yang berlaku.Istilah02.08.2014
Salam sejahtera tuan. Adakah ayat yang berikut gramatis: 1. Pasukan polis dan pasukan bomba telah tiba di tempat kejadian. Sekian terimakasih.Ayat yang gramatis ialah Pasukan polis dan bomba telah tiba di tempat kejadian.Tatabahasa03.08.2011
Assalamualaikum. Saya ingin bertanya. Adakah terdapat perbezaan yang ketara antara istilah PASUKAN KERJA dengan KERJA BERPASUKAN. Kedua, Apa komen tuan jika tajuk ini untuk saya jadikan sebagai tajuk kursus: 1) "KURSUS MEMBENTUK PASUKAN KERJA YANG BERETIKA DAN BERINTEGRITI" 2) "KURSUS PERATURAN KERJA BERPASUKAN YANG BERETIKA DAN BERINTEGRITI"

Pasukan kerja bermaksud satu pasukan yang dibentuk untuk melaksanakan sesuatu kerja atau tugasan. Contohnya, pasukan perubatan untuk melaksanakan tugasan memberikan rawatan perubatan, pasukan keselamatan untuk melaksanakan tugasan mengawal keamanan, dan pasukan sorak untuk melaksanakan tugasan memberikan sokongan dan sorakan kepada sesuatu pasukan yang bertanding dalam acara sukan.

Kerja berpasukan pula bermaksud menyelesaikan sesuatu tugasan secara berkumpulan atau berpasukan. Contohnya, buletin tahunan itu berjaya diterbitkan dengan cemerlang hasil kerja berpasukan yang melibatkan editor, wartawan, penulis, pereka bentuk, jurufoto, dan pencetak.

Tajuk kursus:

1. Kursus Membentuk Pasukan Kerja yang Beretika dan Berintegriti – bermaksud kursus yang diadakan untuk memberikan panduan cara-cara membina dan membentuk satu pasukan kerja yang beretika dan berintegriti.

2. Kursus Peraturan Kerja Berpasukan yang Beretika dan Berintegriti - bermaksud kursus yang diadakan untuk menetapkan garis panduan yang perlu dipatuhi dalam kerja berpasukan yang beretika dan berintegriti.

Makna12.02.2014
Salam satu Malaysia, Apakah terjemahan yang sesuai bagi "prime team"? 1) pasukan utama 2) pasukan perdana 3) lain-lain Teks ini akan digunakan untuk laman web berkenaan bola. Terima kasih.Istilah yang sesuai ialah pasukan utama.Istilah03.10.2013
12345678910...

Kembali ke atas