Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pa.su.kan]/[pa.su/.kan] | ڤاسوقن

Definisi : 1. sekumpulan (binatang), kawanan: tampak dr jauh se~ gajah; 2. sekumpulan (orang, tentera, dll), sekelompok; ~ berkaki = ~ jalan kaki pasukan tentera bersenjata yg berjalan kaki, infantri; ~ berkuda pasukan tentera yg berkuda, kavalri; ~ berani mati pasukan tentera yg bersedia mati (pantang undur); ~ jurutera pasukan tentera yg terlatih dlm lapangan kejuruteraan (membina jambatan dll); ~ kawalan kampung kumpulan orang yg mengawal keselamatan kampung; ~ kesebelasan kumpulan pemain bola sepak yg terdiri drpd sebelas orang; ~ keselamatan pasukan polis bersenjata (ten­tera) yg mengawal keselamatan negara; ~ liar Id pasukan yg tidak teratur (tidak termasuk tentera rasmi); ~ pencegah rusuhan pasukan polis yg mencegah rusuhan atau perkumpulan haram; ~ pertahanan awam pasukan suka­relawan yg mengawal keselamatan orang awam; ~ pertolongan cemas pasukan yg terlatih (spt bulan sabit merah dll) utk memberikan bantuan perubatan awal semen­tara mendapat rawatan perubatan yg sepatut­nya; ~ petugas sekumpulan orang yg diberi tugas menangani isu, masalah atau operasi tertentu; ~ udara sekumpulan kapal terbang angkatan udara; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pa.su.kan]/[pa.su/.kan] | ڤاسوقن

Definisi : 1 kumpulan orang yg merupakan satu kesatuan: ~ bola sepak; ~ palang merah. 2 kumpulan binatang; kawan: se~ gajah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pasuk
Kata Terbitan : pasukan, berpasukan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
gasing pangkahgasing pangkahSukanTiadaSistem permainan gasing oleh dua pasukan dengan satu regu setiap pasukan, satu pasukan pemusing dan satu pasukan pemangkah. Pemangkah akan mematikan pusingan gasing pemusing dengan cara memangkah gasing lawan. Gasing yang digunakan jenis gasing piring, gasing telur dan gasing jantung.
pasukanpasukan (Sepak Takraw)SukanTiadaTiada
contingentkontinjen (pasukan)SejarahTiada1. Kontingen: Sesuatu yang berlaku di luar dugaan atau jangkaan.,2. Kontinjen: Pasukan tentera, atau pasukan tentera laut yang dipinjamkan menjadi pasukan yang lebih besar.
perlawananperlawananSukanTiadaPertemuan antara pasukan dengan pasukan yang lain.
UN Protection Force (UNPROFOR))Pasukan Perlindungan Bangsa-Bangsa BersatuSains PolitikHubungan AntarabangsaPasukan perlindungan yang asalnya ditubuhkan untuk menyelia genjatan senjata Serbia-Croatia pada tahun 1992 dan misinya merangkumi kawasan Bosnia. Pasukan ini merupakan gabungan beberapa negara seperti Perancis, Britain, Sepanyol dan Belanda. Pasukan ini tidak berkesan kerana undang-undang yang menerangkan kepada tentera masa dan cara mereka boleh menembak balas adalah lemah dan kabur. Akibatnya pasukan ini tidak diendahkan dan menjadi bahan ketawa pasukan Serbia-Bosnia. Pada tahun 1995, askar Serbia telah membunuh ramai orang awam Islam di Sebrenica di depan pasukan Belanda UNPROFOR yang hanya melihat dan tidak mampu berbuat apa-apa. RO E bagi UNPRO FOR tidak menghendaki pasukan ini berperang dan askar Serbia telah mengambil kesempatan atas kelemahan ini dengan meneruskan keganasan mereka. Peranan UNPROFOR ini akhirnya diambil alih oleh IFOR di bawah NATO pada tahun 1996. Sinonim UNPROFOR.
water polopolo airSukanTiadaPermainan yang melibatkan dua pasukan. Setiap pasukan terdiri daripada tujuh 7. orang.
visiting teampasukan tamuSukanTiadaPasukan yang diundang untuk mengadakan satu pertandingan atau perlawanan persahabatan oleh suatu pasukan.
anaesthesia care teampasukan rawatan anestesiaPerubatanTiadaPasukan perawat yang terdiri daripada pengamal perubatan anestesia yang ditugaskan untuk merawat pesakit. Pasukan ini biasanya diketuai oleh seorang pakar anestesia.
korfballbola korfSukanTiadaPermainan bola seakan-akan bola keranjang, dimainkan oleh dua (2) pasukan campuran jantina. Setiap pasukan terdiri daripada lapan (8) pemain, iaitu empat (4) lelaki dan empat (4) wanita. Permainan ini berasal dari Dutch, Belanda.
tiger teampasukan harimauTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerPasukan yang terdiri daripada pakar keselamatan komputer yang ditugaskan untuk menguji mekanisme pertahanan suatu sistem komputer. Ujian ini dilakukan dengan mensimulasi suatu pencerobohan berbantukan kaedah pencerobohan sebenar yang mungkin dipakai oleh pengguna hasad. Sekiranya pencerobohan berjaya dilakukan, maka pasukan yang sama akan menilai tahap kerosakan yang boleh berlaku dan memberi cadangan perlindungan tambahan kepada sistem.
12345678910...

Kembali ke atas