Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
pasuk
Kata Terbitan : pasukan, berpasukan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
dapat memperjelas lagi kaitan istilah 'bumiputera' dengan istilah 'rakyat', kerana saya berpendapat ini boleh dipermainkan menjadi isu yang kontroversial.Dalam Kamus Dewan, maksud bumiputera ialah anak negeri, peribumi. Rakyat pula ditakrifkan seperti yang berikut: 1 seluruh penduduk sesebuah negara 2. anak buah, orang sebawahan 3. orang kebanyakan, orang ramai, orang biasa 4. pasukan perang, bala tentera. Walau bagaimanapun, untuk aspek yang lebih teknikal, puan perlu merujuk sumber yang sahih seperti Perlembagaan Persekutuan untuk memperincikan maksud bumiputera dan rakyat. Kamus Dewan hanya memberikan makna untuk difahami dan tidak melibatkan aspek teknikal atau perundangan.Istilah01.11.2012
Apakah terjemahan bagi 'war effort'? Usaha perang? Ikhtiar perang? War effort is coordinated mobilization of society's resources—both industrial and human—towards the support of a military force. Dalam bahasa Melayu, ia bermaksud penyelarasan pergerakan atau mobilisasi sumber-sumber masyarakat - baik industri dan manusia - ke arah sokongan terhadap pasukan tentera.Cadangan terjemahan yang sesuai bagi "war effort" ialah usaha perang.Makna11.02.2021
Tuan, Adakah nama jawatan dalam Bahasa Inggeris yang ditulis dalam artikel yang berikut perlu dicondongkan (italic)? ..........Pada tahun 1946, iaitu selepas Perang Dunia Kedua, pasukan 'Malayan Union Services' (MUS) telah ditubuhkan dengan Flight Lt. W.J Gerumandi sebagai Director of Malayan Union Fire Services. MUS beribu pejabat di Kuala Lumpur.Nama jawatan dalam bahasa Inggeris tidak ditulis dengan huruf miring (italik) tetapi mesti diterjemahkan dalam bahasa Melayu.  Ayat yang betul ialah…Pada tahun 1946, iaitu selepas Perang Dunia Kedua, pasukan Malayan Union Services (MUS) telah ditubuhkan dengan Flight Lt. W.J Gerumandi sebagai Pengarah Malayan Union Fire Services. MUS beribu pejabat di Kuala Lumpur.Tatabahasa21.03.2014
Sila pilih jawapan yang betul dari segi tatabahasa. Anda boleh memilih lebih daripada satu jawapan. Semoga soalan-soalan ini dapat dijawab selewat-lewatnya pada 24/09/2021 (Jumaat). Terima kasih. 1. Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (bawah/di bawah) Jabatan Perdana Menteri bertanggungjawab untuk mendidik masyarakat supaya cinta akan perpaduan. 2. Pada zaman Perang Dunia Kedua, Sumatera telah diletakkan (bawah/di bawah) pasukan tentera Jepun ke-25. 3. BMA merupakan pentadbiran tentera yang diletakkan (bawah/di bawah) arahan Lord Mountbatten, Pemerintah Tertinggi Tentera Bersekutu di Asia Tenggara. 4. Ali telah mendapat keputusan yang cemerlang dalam pertandingan badminton (bawah/di bawah) bimbingan jurulatihnya. 5. Ali bersetuju untuk menerima tawaran tersebut (bawah/di bawah) pujukan kawannya. 6. (Salah satu/Salah satu daripada) faedah bersukan ialah akan meningkatkan kadar metabolisme dalam badan. 7. Sebagai seorang polis, Ali sentiasa berpegang (pada/kepada) prinsip adil dan saksama semasa menjalankan tugasnya.

Berikut merupakan ayat-ayat yang betul:



1. Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional bawah Jabatan Perdana Menteri bertanggungjawab untuk mendidik masyarakat supaya cinta akan perpaduan.

2. Pada zaman Perang Dunia Kedua, Sumatera telah diletakkan bawah pasukan tentera Jepun ke-25.

3. BMA merupakan pentadbiran tentera yang diletakkan bawah arahan Lord Mountbatten, Pemerintah Tertinggi Tentera Bersekutu di Asia Tenggara.

4. Ali telah mendapat keputusan yang cemerlang dalam pertandingan badminton bawah bimbingan jurulatihnya.

5. Ali bersetuju untuk menerima tawaran tersebut setelah dipujuk oleh kawannya.

6. Salah satu daripada faedah bersukan ialah akan meningkatkan kadar metabolisme dalam badan.

7. Sebagai seorang polis, Ali sentiasa berpegang pada prinsip adil dan saksama semasa menjalankan tugasnya

Tatabahasa22.09.2021

Kembali ke atas