Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
pasuk
Kata Terbitan : pasukan, berpasukan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
Korean WarPerang KoreaSains PolitikHubungan AntarabangsaPerang yang bermula pada 25 Jun 1950 apabila pasukan tentera Komunis Korea Utara melintasi garis lintang 38� untuk menawan Korea Selatan. Pencerobohan ini dipercayai dilakukan oleh Korea Utara kerana tidak bersetuju dengan pembahagian negara Korea kepada utara dan selatan yang dilakukan selepas kejatuhan pemerintahan Jepun pada tahun 1945. Pasukan tentera PBB yang diketuai oleh Jeneral Douglas MacArthur telah berjaya memaksa tentera Korea Utara berundur kembali ke utara. Peperangan yang berlarutan di Korea Utara menyebabkan China campur tangan dalam bulan Oktober 1950 bagi menyelamatkan Korea Utara. Akhirnya, pada tahun 1953 gencatan senjata dipersetujui bersama oleh pihak yang terbabit dengan syarat keadaan dikembalikan seperti sebelumnya.
demobilizationpenamatan khidmat kerahanSejarahTiadaPenamatan perkhidmatan bagi tentera yang dikerah ketika perang atau pembubaran pasukan tentera.
D-DayD-DaySains PolitikHubungan AntarabangsaHari bersejarah bagi pendaratan tentera bersekutu, iaitu Britain dan Amerika Syarikat di pantai Normandy, utara Perancis semasa Perang Dunia Kedua. Peristiwa ini berlaku pada 6 Jun 1944. Armada Pasukan Bersekutu pimpinan Eisenhower berjaya menembusi pertahanan pasukan berikat pimpinan Jeneral Rommel dari Jerman.
MossadPolis Rahsia IsraelSains PolitikHubungan AntarabangsaBadan perisikan Israel yang mempunyai kakitangan antara 1500 hingga 2000 orang. Badan ini bertanggungjawab dalam pengumpulan maklumat, aktiviti rahsia dan melakukan serangan balas terhadap keganasan. Perisikannya adalah tertumpu kepada negara dan organisasi Arab di serata dunia. Selain itu, ejen badan perisikan ini juga aktif di negara komunis dan blok barat. Badan ini bertanggungjawab dalam pemindahan sulit pelarian Yahudi keluar dari Syria, Iran dan Ethiopia. Salah seorang pengintip Mossad yang terkenal, iaitu Eli Cohen berjaya menembusi kerajaan Syria dan telah menghantar maklumat perisikan ke Israel selama dua tahun sebelum beliau digantung sampai mati di Dataran Damsyik. Pada tahun 1960, Mossad menculik penjenayah perang Nazi, Adolph Eichmann dari Argentina. Pada tahun 1988, pasukan pembunuh badan ini menawan rumah kediaman dan membunuh Abu Jihad, timbalan Yasser Arafat yang dianggap sebagai perancang utama dalam operasi PLO menentang Israel. Sinonim Mossad

Kembali ke atas