Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pa.sung] | ڤاسوڠ

Definisi : alat drpd kayu berlubang dll yg dipasang pd kaki (tangan, leher) orang salah (gila) sbg hukuman atau supaya jangan lari; rumah ~ a) balai polis; b) penjara, kurung­an, tempat tahanan; memasung, memasungkan 1. mengena­kan pasung pd: sekarang ia dipasung dlm rumahnya; 2. memasukkan ke dlm penjara (kurungan, tahanan). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pa.sung] | ڤاسوڠ

Definisi : Kl sj kuih yg dibuat drpd beras. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pa.sung] | ڤاسوڠ

Definisi : alat drpd kayu yg diberi berlubang dan dipasangkan pd kaki atau pd leher orang yg dihukum atau pd orang gila supaya tidak lari dll: rumah ~ penjara. memasung memasang pasung pd; mengenakan pasung pd: Beberapa kali mereka mencuba ~ orang gila itu tetapi tidak berjaya. memasungkan memasukkan ke dlm rumah pasung; memenjarakan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pasung
Kata Terbitan : pasungan, memasung, memasungkan,

Puisi
 

Mengkarak airnya beku,
     Anak pasung saya tekankan;
Kalau hendak tidak begitu,
     Kalau lambat saya pesankan.


Lihat selanjutnya...(2)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PASUNG

Pasung ialah alat yang pernah digunakan untuk

menghukum pesalah yang melakukan kesalahan

kecil. Ia terdiri daripada binaan kerangka kayu

yang dilubangkan untuk memasang tangan dan

kepala pesalah.

UMUM 
PASUNG RUMAH

PASUNG RUMAH, cara magis dengan tujuan untuk memelihara keselamatan seluruh isi rumah.  Ritual ini biasanya dilakukan oleh sesiapa yang mempunyai pengetahuan        tentang alam ghaib.

BUDAYAKepercayaan
TIANG SEBATAN

Tiang sebatan ialah tempat pesalah diikat untuk

disebat sebagai hukuman. Hukuman ini satu ketika

dahulu dilakukan di hadapan khalayak ramai.

Kebanyakan kampung di England mempunyai tiang

untuk menjalankan hukuman sebatan ini di dataran

awamnya. Tiang ini biasanya dilengkapi dengan

pasung (lihat Pasung ).

UMUM 

Kembali ke atas