Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
patah (kata kerja)
1. Bersinonim dengan sekah: serkah, pukah, ripuk, kopak, sempal, jahanam,

2. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan terhenti, tergencat, terencat, tergendala, terhalang, terbantut, terbengkalai, terkandas,

Kata Terbitan : berpatah, mematahkan, pematahan, pematah,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
bina ayat yang mengandungi sekurang-kurangnya 5 patah perkataan 1 insentif = 2 terangkat = 3 menghadiahi = 4 mengharapkan= 5 memangkas= 6 menebas= 7 tangkapan= 8 penangkapan=

Sdr Majidee,

Untuk makluman sdr, selain Kamus Dewan memberikan makna perkataan, Kamus Dewan juga turut menyediakan contoh ayat untuk menjelaskan makna sesuatu kata. Misalnya, kata intensif  yang bermaksud dgn giat dan sungguh-sungguh: pertanian dijalankan secara intensif. Oleh itu, sdr dicadangkan agar menggunakan Kamus Dewan untuk membantu sdr memahami makna kata, pembentukan kata dan membina ayat. Sdr juga boleh menggunakan kamus dalam talian dalam laman sesawang DBP.

Lain-lain22.05.2009
Assalamualaikum Saya ingin mendapatkan kepastian bilangan patah perkataan bagi perkataan-perkataan berikut samada 1 @ 2 @ 3 patah : 1) Aromanya 2) Terkenangkanmu 3) Sehebat 4) Kunikmati 5) Untukku 6) sepuasnya Sekian terima kasih RazmanSeperti penomboran yang dibuat, ada enam pata kata dalam frasa tersebut dan perkataan terakhir perlu dibetulkan menjadi sepuas-puasnya.Tatabahasa21.09.2014
Apakah maksud bagi simpulan bahasa bawah ini? 1 patah hati 2 kering keringat 3 kering mulut 4 kering gusi 5 kering ringkai terima kasih

Saudara Gan,

Maksud simpulan bahasa yang dikemukakan ialah :

  i. hilang kemahuan;hilang keberanian; tidak hiraukan lagi, kecewa

 ii.  payah sekali; sangat letih;mencurahkan segenap tenaganya

iii.  tidak ada maksud untuk simpulan bahasa kering mulut

iv. tak putus-putus ketawa

v. barang jemuran yang kering sekali

 

Makna03.02.2010
Salam 1 Malaysia, Saya ingin bertanya tentang pengiraan jumlah patah perkataan peribahasa dalam penulisan karangan. Contohnya ialah "Bagai aur dengan tebing". Adakah dikira satu patah perkataan atau empat patah perkataan? Sekian, terima kasih.

Bilangan perkataan dalam peribahasa "Bagai aur dengan tebing" dikira sebagai empat patah perkataan.

Istilah21.05.2010
Di antara kedua-dua ayat ini, ayat manakah betul : 1. Sejak kematian isterinya, Atan dikatakan patah kandar untuk meneruskan kehidupannya. 2. Sejak kematian isterinya, Atan dikatakan patah semangat untuk meneruskan kehidupannya Adakah ayat ini betul, kalau salah, mengapa. 1. Bunga-bunga yang ditanam oleh Pak Abu cantik-cantik belaka.Patah kandar bermaksud mendapat kemalangan dalam usaha atau pekerjaan terhalang kerana kematian. Patah semangat bermaksud hilang keberanian atau kemahuan untuk berusaha dan sebagainya.
Berdasarkan makna tersebut ayat yang mengandungi frasa "patah semangat" sesuai dengan konteks ayat tersebut.
Tatabahasa02.08.2012
1) Adakah Perang Badar tergolong dalam kata nama khas? 2) Aimah menghela nafas panjang. "Patah tumbuh..." Dia mengesat air mata lalu menyambung, "Hilang berganti." Soalan: Patah tumbuh hilang berganti ialah peribahasa. Sekiranya dimasukkan dalam dialog seperti di atas, adakah 'hilang berganti' ditulis menggunakan huruf kecil pada pangkalnya? 3) Ada dua cara menggunakan tanda koma melalui pembacaan saya. a) Dia suka mengemas, mencuci dan memasak. b) Dia suka mengemas, mencuci, dan memasak. Menurut Nik Safiah Karim dalam buku Bimbingan Pelajar: Bahasa Kita, ayat b yang betul. Ini bagi mengelakkan kekeliruan. Bagaimana dengan pendirian DBP sendiri. A atau b yang betul dan sekiranya jawapannya berbeza daripada Nik Safiah Karim, mohon tuan yang bijaksana jelaskan hujahnya.

1) Perang Badar ialah kata nama khas.

2) Frasa 'hilang berganti' ditulis menggunakan huruf kecil pada pangkalnya, dalam rangkaian peribahasa hanya perkataan pertama ditulis dengan huruf besar.

3) Kedua-duanya betul. Penggunaan tanda koma sebelum dan lebih kepada gaya penulisan. Lazimnya tanda koma digunakan apabila menulis perkara yang bukan daripada kategori yang sama, seperti Emak ke kedai membeli ikan, sotong, ketam, dan bakul.

Tatabahasa29.11.2011
Salam sejahtera, 1. Kata dasar "cita" tergolong dalam akar kata atau kata akar ? 2. Apakah perbezaan antara kata majmuk dan frasa nama ? 3. Berapakah bilangan terkini kata majmuk yang sudah mantap ? Adakah 30 atau 35 patah perkataan atau sudah melebih 40 patah perkataan ? Sekian, terima kasih.1. Cita ialah kata akar. 2. Kata majmuk ialah perkataan yg terdiri drpd dua perkataan atau lebih dan mempunyai satu makna. Frasa nama pula ialah frasa yang perkataan utamanya terdiri daripada kata nama, kata nama terbitan atau kata ganti nama. Frasa nama ialah satu daripada konstituen utama dalam binaan ayatTatabahasa22.02.2010
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Soalan saya: 1. Adakah penggunaan kata nama khas seperti nama pengarang dan nama fakulti di sesebuah universiti dikira sebagai satu perkataan untuk kajian sastera? 2. Adakah penanda wacana juga dikira sebagai satu perkataan contohnya di samping itu dikira sebagai satu perkataan? Ini kerana kekeliruan berlaku antara penggunaannya di dalam SPM dan tesis bahasa Melayu di peringkat univerisiti. Terima Kasih.Bagi pengiraan patah perkataan, setiap patah itu dikira walaupun nama khas. Contohnya, bilangan perkataan dalam peribahasa "Bagai aur dengan tebing" dikira sebagai empat patah perkataan.Tatabahasa17.10.2013
Adakah perkataan KEPATAHAN wujud dalam kamus Dewan Bahasa dan boleh digunakan? Contoh ayat: 1. Pesakit telah didiagnosis mengalami kepatahan tulang fibula akibat insiden tersebut. 2. Panel berpendapat bahawa kepatahan tulang tersebut disebabkan oleh kesilapan pakar bedah ortopedik ketika mengendalikan plat dan skru. Rujukan dalam PRPM menunjukkan carian kata tiadadalam kamus talian. Tetapi terma ditemukan dalam Istilah Bahasa Melayu.

Kami mencadangkan “patah tulang” kerana frasa ini merupakan bentuk lazim yang digunakan dan kerap muncul dalam korpus. Walaupun “kepatahan” wujud dalam istilah, namun ia bersifat khusus untuk bidang tertentu.

 1. Pesakit telah didiagnosis mengalami “patah tulang” fibula akibat insiden tersebut.

2. Panel berpendapat bahawa “patah tulang” tersebut disebabkan oleh kesilapan pakar bedah ortopedik ketika mengendalikan plat dan skru.

Lain-lain25.08.2022
hubungkait:sepatutnya hubung kait ke (2 patah perkataan)rekabentuk : reka bentuk tanggungjawab: tanggung-jawab? betul keEjaan yang betul:1. hubung kait 2. reka bentuk 3. tanggungjawabEjaan22.11.2002
1234

Kembali ke atas