Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pa.ti] | ڤاتي

Definisi : 1. isi yg terutama (baik sekali) drpd sesuatu, sari, inti; ~ arak arak yg tulen, alkohol; ~ santan santan yg terbaik, kepala santan; 2. sj tepung yg halus-halus yg mendak drpd campuran ubi (kopi dll) dgn air: ~ kopi, ~ sagu; ~ ubi; 3. ki isi yg terpenting drpd sesuatu percakapan (perbin­cangan dll), inti, pokok: ~ titah itu adalah cukup nyata; yg perlu dicatat ialah ~ isi tulisannya; ~ cerita pokok cerita; ambil ~nya buangkan hampasnya prb tiap-tiap cerita (kata) orang, janganlah dihiraukan yg salahnya (buruknya), ambil sahajalah isinya yg betul (baik). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pa.ti] | ڤاتي

Definisi : ; denda ~ denda kerana membunuh orang (melanggar adat): melanggar undang-undang dan adat ini maka akan dihukum denda ~; kerap ~ membunuh orang dgn sembunyi­-sembunyi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pa.ti] | ڤاتي

Definisi : Mn pateri. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pa.ti] | ڤاتي

Definisi : 1 tepung halus-halus yg mendap ke bawah drpd sesuatu benda yg dibancuh dgn air: ~ kopi; ~ sagu. 2 isi yg terpenting atau yg terutama drpd sesuatu; inti; sari: ~ santan kepala santan; ~ syarahan isi penting drpd sesuatu syarahan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pati (kata nama)
1. Bersinonim dengan sari: perahan, puri,

2. Bersinonim dengan isi: inti pati, inti sari, pokok, abstrak, sedutan, nukilan, petikan, saringan, ekstrak.,


Puisi
 

Kinabalu bertanggalah pati,
     Ambil kumala di mulut naga;
Jikalaulah sudah kehendak di hati,
     Mahal dan murah turuti harga.


Lihat selanjutnya...(6)

Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
PATI Tidak Bebas Buka Sekolah SendiriNorlizah AbasUtusan Malaysia15.04.2006
Pati Ayam Bistari anjur operaTiadaWatan15.11.1990
Sasterawan gesa pati-parti politik sertai kongresTiadaBerita Harian08.12.1984
Sudut abjad: pati, petiTiadaUtusan Melayu10.01.1991
Episod ketiga:gaya bahasa dan acuan pati fikir bangsaHasyudaAbadiUtusan Borneo15.12.1997
Manusia Di Dunia Maju Yang Tetap MundurPatiMingguan Malaysia06.04.2003

Kembali ke atas