Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pa.ti] | ڤاتي

Definisi : 1. isi yg terutama (baik sekali) drpd sesuatu, sari, inti; ~ arak arak yg tulen, alkohol; ~ santan santan yg terbaik, kepala santan; 2. sj tepung yg halus-halus yg mendak drpd campuran ubi (kopi dll) dgn air: ~ kopi, ~ sagu; ~ ubi; 3. ki isi yg terpenting drpd sesuatu percakapan (perbin­cangan dll), inti, pokok: ~ titah itu adalah cukup nyata; yg perlu dicatat ialah ~ isi tulisannya; ~ cerita pokok cerita; ambil ~nya buangkan hampasnya prb tiap-tiap cerita (kata) orang, janganlah dihiraukan yg salahnya (buruknya), ambil sahajalah isinya yg betul (baik). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pa.ti] | ڤاتي

Definisi : ; denda ~ denda kerana membunuh orang (melanggar adat): melanggar undang-undang dan adat ini maka akan dihukum denda ~; kerap ~ membunuh orang dgn sembunyi­-sembunyi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pa.ti] | ڤاتي

Definisi : Mn pateri. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pa.ti] | ڤاتي

Definisi : 1 tepung halus-halus yg mendap ke bawah drpd sesuatu benda yg dibancuh dgn air: ~ kopi; ~ sagu. 2 isi yg terpenting atau yg terutama drpd sesuatu; inti; sari: ~ santan kepala santan; ~ syarahan isi penting drpd sesuatu syarahan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pati (kata nama)
1. Bersinonim dengan sari: perahan, puri,

2. Bersinonim dengan isi: inti pati, inti sari, pokok, abstrak, sedutan, nukilan, petikan, saringan, ekstrak.,


Puisi
 

Kinabalu bertanggalah pati,
     Ambil kumala di mulut naga;
Jikalaulah sudah kehendak di hati,
     Mahal dan murah turuti harga.


Lihat selanjutnya...(6)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
essential oil concretekonkrit minyak patiHerbaFitokimiaMinyak pati yang dihasilkan secara rendaman dengan pelarut organik seperti heksana lalu diruapkan sehingga semua pelarut organik disingkirkan. Konkrit minyak pati merupakan satu bentuk hasil minyak pati yang bermutu tinggi, terutamanya digunakan untuk membuat minyak wangi.
water distillationpenyulingan airHerbaTiadaKaedah mengasingkan minyak pati daripada bahan herba dengan menggunakan air. Bahan herba dididihkan dalam air dan campuran wap minyak pati menyejat dan terkondensasi semula untuk menghasilkan minyak pati yang terpisah. Penyulingan air ialah kaedah rasmi untuk menentukan kuantiti minyak pati dalam bahan mentah herba. Contohnya, penentuan nilai ekstraktif minyak pati dalam bunga cengkih dan minyak kayu putih.
volatile oil determinationpenentuan minyak meruap/patiHerbaTiadaProsedur penentuan kandungan minyak meruap/pati dalam bahan herba. Nilai peratusannya merupakan ukuran kualiti bahan mentah dan sediaan herba. Kandungan minyak biasanya meruap/pati dalam sejumlah berat bahan diukur dengan kaedah penyulingan stim menggunakan peralatan Clavenger. Contohnya, menurut British Pharmacopoeia, had piawai minyak meruap/pati bagi biji buah pelaga ialah tidak kurang daripada 4.0%v/w dan bagi kulit kayu manis ialah tidak kurang daripada 1.0%v/w.
steam distillationpenyulingan stimHerbaTiadaKaedah mengasingkan minyak pati daripada bahan herba dengan menggunakan wap stim. Wap stim dialirkan melalui bahan herba dan minyak pati menyejat dan terkondensasi semula untuk menghasilkan minyak pati yang terpisah. Kaedah ini digunakan dalam pengekstrakan minyak pati pada skala industri. Contohnya, pengekstrakan minyak cengkih dan minyak tea tree.
volatile oilminyak meruapHerbaPemiawaianMinyak pati yang berbau dan mudah meruap. Minyak ini diperoleh daripada bahagian herba seperti daun, bunga, buah dan kulit kayu melalui penyulingan stim dan penyulingan air. Contohnya, minyak pati serai wangi (Cymbopogon nardus), minyak pati daun kesum (Polygonum minus) dan minyak pati pudina (Mentha arvensis).
pureepati; puriPentadbiran PerniagaanTiada1. Pati: Makanan yang telah dimasak atau mentah yang dilecek dan ditapis untuk mengasingkan isi daripada airnya.,2. Puri: Perahan daripada buah-buahan yang telah ditapis.
pureepati; puriPentadbiran PerniagaanTiada1. Pati: Makanan yang telah dimasak atau mentah yang dilecek dan ditapis untuk mengasingkan isi daripada airnya.,2. Puri: Perahan daripada buah-buahan yang telah ditapis.
aromatic planttumbuhan beraromaHerbaFitokimiaTumbuhan yang mempunyai bau pada mana-mana bahagiannya kerana mengandungi minyak pati. Contohnya, daun sirih dan serai wangi. Minyak pati yang terkandung di dalamnya terdiri daripada sebatian yang mudah meruap. Tumbuhan beraroma atau minyak pati yang dihasilkan daripada tumbuhan tersebut digunakan dalam industri minyak wangi, sebagai bahan perasa dan aromaterapi. Lihat juga minyak meruap.
solvent-solvent fractionationpemeringkatan pelarut-pelarutHerbaFitokimiaProses pengeluaran sesuatu sebatian antara dua larutan yang tidak larut campur. Contohnya, pengasingan minyak pati daripada hasil penyulingan wap dengan cara menyekatkan minyak pati antara heksana dengan air. Minyak pati akan terlarut ke dalam heksana.
herbal distillatesulingan herbaHerbaTiadaPati herba yang diperoleh secara penyulingan seperti minyak pati, minyak meruap dan minyak tetap.
12345678910...

Kembali ke atas