Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pa.ti/] | ڤاتيق

Definisi : 1. hamba, saya (dipakai sewaktu ber­cakap kpd raja-raja): mana titah ke bawah duli ~ junjunglah; 2. sl hamba tebusan, budak belian; berpatik memakai (menyebut) patik: ia sebentar ~ dan sebentar bersaya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pa.ti/] | ڤاتيق

Definisi : ; mematik menyentuh (memetik) dgn jari. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pa.ti/] | ڤاتيق

Definisi : Jk sirip (sengat) yg berbisa pd ikan sembilang (keli dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pa.ti/] | ڤاتيق

Definisi : bd kata ganti nama diri pertama apabila berkata-kata dgn raja; hamba: Sebarang titah tuanku ~ junjung. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
patik (kata nama)
Bersinonim dengan beta, hamba, pacal, kawula, lebu, sahaya, kula, titiang, debu, saya, aku, den, ese, kawan, teman, gua;,
Kata Terbitan : berpatik,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah bahasa istana untuk 'mereka'? Terima kasih.Menurut buku Bahasa Diraja:Edisi Baharu karya Asmah Haji Omar; DBP 2004, ada dua bahasa istana untuk ‘mereka’, iaitu ‘patik-patik itu’ dan patik-patik tersebut’.Tatabahasa05.06.2014
apakah perbezaan patik dan hamba ? guna patik bila pembesar , temenggung cakap dengan sultan. guna hamba bila rakyat biasa cakap dengan sultan. betulkah ?Perbezaan makna "patik" dan "hamba" yang saudara berikan adalah tidak tepat. Perkataan "patik" digunakan untuk seorang rakyat biasa yang bercakap dengan raja/sultan manakala "hamba" digunakan semasa perbualan dalam kalangan rakyat biasa sesama mereka. Maka, "hamba" adalah tidak sama penggunaannya dengan "patik".Makna11.07.2014
" Segala titah permaisuri akan ____ laksanakan dengan segera," sembah dayang istana. A. baginda B. hamba C. patik D. beta Apakah jawapan yang sesuai ? Mengapa?Jawapan yang paling sesuai ialah "patik" kerana "patik" memang khas sebagai kata ganti nama diri pertama apabila berkata-kata dengan raja.Istilah12.03.2018
"Patik mohon menghadap tuanku," sembah petani tua itu setelah dipanggil ke istana oleh Sultan Shahbuddin. adakah "Patik" betul diguna, atau "Hamba" terima kasih.

Patik bermaksud hamba tetapi digunakan sewaktu bercakap dengan raja. Oleh itu, penggunaan patik dalam ayat tersebut adalah betul.

Tatabahasa08.08.2011
Penggunaan kata ganti diri patik.Adakah ia digunakan jika ada perkataan tuanku?Merujuk kepada Kamus Dewan, patik ditakrifkan sebagai hamba atau penggunaan kata ganti diri "saya" lazimnya, kata patik ini dipakai sewaktu bercakap kpd raja-raja. Contoh ayat: Mana titah ke bawah duli patik junjunglah.Lain-lain18.10.2007
"( Hamba, Patik) akan mengikut arahan tuanku," kata lelaki itu. Adakah jawapannya Patik? Soalan jenis ini sering diperdebatkan antara guru dan pelajar/ibubapa. Terima kasih.Untuk makluman, jika merujuk makna dalam Kamus Dewan, patik bermaksud hamba atau saya (dipakai sewaktu bercakap kepada raja-raja). Sehubungan dengan itu, penggunaan yang tepat bagi soalan tuan/puan ialah patik.Makna19.02.2017
"Ampunkan ................. tuanku", sembah pengawal istana itu. A. beta B. patik C. hamba Apakah jawapannya, saya kurang pasti patik atau hamba. Tolong terangkan kepada saya. Terima kasih.Kata ganti nama 'patik' digunakan apabila rakyat berbicara dengan raja, manakala kata ganti nama 'hamba' untuk merendah diri yang bermaksud saya. Oleh itu, orang biasa dan orang yang berjawatan menggunakan kata ganti nama diri 'patik' apabila bercakap dengan raja. Kata ganti nama diri pertama `hamba' pula sering digunakan oleh masyarakat atau rakyat biasa pada zaman dahulu yang bermaksud `saya. Oleh itu jawapan yang tepat ialah B. patikIstilah01.10.2015
"Ampun tuanku, patik/hamba tidak berniat berbuat begitu," sembah penyamun kepada Sultan Azizah. Perkataan 'patik' atau 'hamba' yang manakah tepat untuk orang seperti pencuri/penyamun/perompak bergelar diri apabila menghadap sultan/kerabat diraja?Untuk makluman, kata ganti nama 'patik' digunakan apabila rakyat berbicara dengan raja, manakala kata ganti nama 'hamba' untuk merendah diri yang bermaksud saya. Oleh itu, orang biasa dan orang yang berjawatan menggunakan kata ganti nama diri 'patik' apabila bercakap dengan raja. Kata ganti nama diri pertama `hamba' pula sering digunakan oleh masyarakat atau rakyat biasa pada zaman dahulu yang bermaksud `saya. Sehubungan dengan itu, dalam konteks ayat yang diberikan, tuan/puan hanya perlu menggunakan konsep yang sama sebagai rujukan.Tatabahasa27.10.2015
Soalan "Izinkan ___________ menghadap, ____________," sembah Laksamana Hassan. Ingin bertanya tentang jawapan bagi tempat kosong di atas. Mana kata ganti nama diri yang betul? A. patik, tuanku B. patik, baginda C. hamba, tuanku D. hamba, baginda Mohon jelaskan jawapan.Jawapan yang tepat ialah A. patik, tuankuLain-lain09.04.2021
Salam. Menurut pemahaman saya, apabila seorang rakyat bertemu dengan raja/sultan, rakyat tersebut akan menggunakan kata ganti nama 'patik'. Bagaimana pula jika sekumpulan rakyat yang bertemu seorang raja/sultan, apakah mereka menggunakan kata ganti nama 'kami' ? Terima kasih.

Untuk makluman, data bagi kata ganti nama diri yang merujuk sekumpulan rakyat yang bertemu dengan seorang raja/sultan, tidak terdapat dalam simpanan kami. Sungguhpun begitu, menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, "patik"
bermaksud hamba, iaitu saya (dipakai sewaktu bercakap kepada raja-raja). Berdasarkan maksud tersebut, maka kami mencadangkan penggunaan "patik-patik" bagi menujukkan konteks melebihi seorang (ramai) yang bertemu dengan raja.

Lain-lain14.12.2015
123456789

Kembali ke atas