Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pa.triar.ki] | ڤاتريارکي

Definisi : sistem masyarakat yg sebahagian besar kekuasaannya dipegang oleh kaum lelaki. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata patriarki


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
patriarchypatriarkiKesusasteraanTiadaInstitusi sosial yang meletakkan lelaki sebagai pemegang kuasa dominan atau utama. Contoh kuasa boleh diperlihatkan melalui peranan utama yang dimainkan oleh lelaki dalam pentadbiran, institusi sosial, pemilikan, dan pewarisan harta. Patriarki dikaitkan dengan nilai seperti sikap persaingan dan bukan empati, intelek dan bukan intuisi. Nilai ini membawa kepada sikap materialistik dan keinginan untuk berkuasa dan menakluk. Walau bagaimanapun, konsep patriarki tidak membawa maksud monolitik kerana ciri-ciri patriarki turut bergantung pada konteks budaya yang khusus, menyebabkannya berbeza dari satu budaya kepada budaya yang lain. Contohnya, kritikan feminis dalam bidang sains sosial dan kesusasteraan berpusat kepada kritikan hegemoni patriarki. Para pengkritik feminis berpendapat bahawa patriarki dapat dilihat dari pelbagai aspek kehidupan. Contohnya, dalam sektor ekonomi, wanita dibayar upah yang lebih rendah berbanding lelaki walaupun menjalankan tugas yang sama. Dari segi budaya, contohnya dalam media massa, wanita sering dipaparkan stereotaip sebagai lambang seks dan wanita dikatakan kurang pintar berbanding lelaki. Dalam kritikan kesusasteraan dari sudut feminis, diskriminasi patriarki ini didedahkan melalui kritikan terhadap stereotaip watak wanita. Kritikan dari sudut ini menampilkan kejayaan pengarang wanita yang selama ini terabai. Kritikan ini juga mencadangkan gaya penulisan bersifat kewanitaan yang tidak membawa nada yang tegar tetapi lebih bersifat empati. Patriarki berasal daripada perkataan Yunani patriarches, iaitu pater yang bermaksud �bapa� dan archein yang bermaksud �memerintah�. Lihat juga ginokritisisme.
patriarchypatriarkiSains PolitikPolitik PerbandinganSistem sosial, politik atau kekeluargaan yang meletakkan lelaki sebagai pemimpin utama. Dalam sistem ini, ketua bagi keluarga, masyarakat atau negara mestilah seorang lelaki dan dalam konteks sosial lazimnya Ielaki yang paling tua. Keputusan penting dalam masyarakat dan keluarga akan diputuskan oleh golongan lelaki. Kedudukan wanita pula tidak mendapat keutamaan dalam masyarakat yang bersifat patriarki ini. Kebanyakan negara Arab bersifat patriarki seperti Arab Saudi, Kuwait, Maghribi, Iraq dan Jordan.
patriarchypatriarkiSosiologi KeluargaTiada-
patriarchypatriarkiKriminologiKeadilan JenayahPandangan feminisme yang menyatakan bahawa kaum lelaki menggunakan pengaruh atau kedudukan mereka untuk mengawal dan menguasai kaum wanita dalam pelbagai aspek kehidupan, termasuk dalam menentukan jenis kesalahan jenayah wanita serta tindak balas undang-undang.
absenceketidakhadiranKesusasteraanTiadaKelompangan yang wujud dalam sesebuah teks sastera. Pada zahirnya, sesebuah teks dilihat sebagai sebuah entiti yang lengkap, tetapi sebenarnya terdapat beberapa kelompongan. Hal ini demikian kerana pemilihan perkataan oleh pengarang menyebabkan perkataan lain terpaksa dilenyapkan. Apabila terbitnya karya Pierre Macherey bertajuk Pour une Theorie de la Production Litteraire yang diterjemahkan sebagai A Theory of Literary Production, konsep ketidakhadiran ini semakin mendapat perhatian para pengkritik. Menurut Macherey, setiap perkataan yang dipilih oleh karyawan tertera dalam sesebuah teks, bermakna perkataan lain terpaksa dinyahkan. Jacques Derrida pula berpendapat bahawa setiap garapan oleh pengarang dipilih berdasarkan kehadiran khalayak dan pilihan tersebut bertujuan membawa khalayak kepada ideologinya. Perbuatan mengesan kelompangan dalam sesebuah teks merupakan strategi untuk menyelongkar ideologi teks tersebut. Sigmund Freud menamakan ketidakhadiran ini sebagai The Unconscious, iaitu penganalisis boleh membongkar psikologi di sebalik kelompongan teks. Contohnya dalam Sejarah Melayu, suara wanita tidak kedengaran. Situasi ini seolah-oleh memberikan gambaran bahawa wanita tidak penting dalam pembentukan kerajaan Melayu, tetapi jika diteliti, ketidakhadiran wanita tersebut akan dapat mendedahkan ideologi patriarki feudalisme ketika itu.

Kembali ke atas