Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : C sj kuih yg berintikan kacang merah (kaya dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : sj kuih yg gebu dan diberi berinti (kacang merah, daging dsb). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pau I


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
NANYANG SIANG PAU

Nanyang Siang Pau, akhbar berbahasa Cina yang utama di Malaysia, selain <I style="mso-bidi-font-style: normal">Sin Chew Jit PohI>. Akhbar ini telah wujud sejak lebih 80 tahun.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIPenerbitan
KESULTANAN PERLIS

KESULTANAN PERLIS, institusi kerajaan Perlis. Kesultanan Perlis merupakan kesultanan yang paling kecil sekali antara sembilan buah Kesultanan Melayu. Penubuhan Kesultanan Perlis menunjukkan keunikan sosiopolitiknya sekiranya diban dingkan dengan Kesultanan Melayu yang l ain. Sejarah Perlis sebagai sebuah wilayah dalam Kesultanan Kedah telah wujud sejak zaman lam­pau dan Perlis selalu dilihat sebagai tapak pedalaman kuasa politik raja pemerintah Kedah. Namun sejarah Kesultanan Perlis hanya bermula antara tahun 1839 hingga tahun 1842 apabila wilayah itu dipisahkan dari Kedah dan diiktiraf oleh Raja Siam sebagai sebuah negeri yang berdaulat dalam lingkungan politik Siam. Dengan itu, dapat dikatakan bahawa kewujudan Kesultanan Perlis adalah kesan campur tangan kuasa luar dan legitimasi dinasti pemerintahnya berasaskan surat tauliah Raja Siam pada tahun 1842. Hingga tahun 1909, alat kebesaran Raja Perlis ialah surat bertauliah tersebut.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIKesultanan/Kerajaan/Pemerintahan

Kembali ke atas