Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pauh] | ڤاءوه

Definisi : sj tumbuhan (pokok dan buah), a) Mangifera indica; b) = ~ damar mempelam bemban, Mangifera pentandra; ~ janggi sj tumbuhan (palma), nyiur laut, Lodoicea maldiviica; ~ kijang a) sj tumbuhan (pokok), kebayang, merelang, Irvingia malayana; b) sj tumbuh­an (pokok), babi kurus, beras-beras, kasir, kedondong matahari, kempas roman, kijai, Trigonochlamys griffithii; ~ pipit sj tumbuhan (pokok), katak udang, ketak udang, otak udang, puan, terentang tikus, Buchanania lucida; ~ pungah sj tumbuhan (pokok), balai, Aralidium pinnatifitdum; pipi laksana ~ dilayang ki pipi yg licin dan penuh (bkn pe­rempuan). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pauh] | ڤاءوه

Definisi : ark sj sukatan yg bersamaan dgn suku cupak, kepul; berpauh-pauh; ~ padi menyukat-nyukat padi dgn pauh. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pauh] | ڤاءوه

Definisi : ; ~ layang Kl sj kuih drpd telur. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pauh] | ڤاءوه

Definisi : nama sj pokok atau buahnya (buahnya hampir serupa dgn mangga tetapi lebih kecil), Mangifera indica. ~ damar Mangifera pentandra. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pauh

Puisi
 

Pucuk pauh cendera pauh,
     Pucuk bemban ladung meladung;
Abang jauh saya pun jauh,
     Rindu dendam sama menanggung.


Lihat selanjutnya...(90)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KELIAN PAUH

KELIAN PAUH, kawasan bijih timah yang terletak di daerah larut, Perak.  Pada tahun 1840-an, Long Jaafar telah menemui endapan bijih timah di kawasan ini.  Dia telah berusaha membuka lombong tersebut dengan meminjam modal daripada saudagar-saudagar di Pulau Pinang dan menggalakkan orang Cina daripada puak Hai San untuk melombongnya.  Dengan kejayaannya ini, Long Jaafar mula mengumpulkan kekayaan dan pengaruh.  Kedudukannya telah diiktiraf secara rasmi oleh Raja Muda Perak, Ngah Ali, dan pembesar-pembesar lain seperti Temenggung Panglima Bukit Gantang.  Panglima Kinta, Syahbandar dan Seri Adika Raja, apabila mereka menandatangani sepucuk surat mengesahkan kedudukan Long Jaafar di Larut pada tahun 1850.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIBandar/Negeri/Negara/Tempat
KELIAN BARU

KELIAN BARU, kawasan bijih timah yang terletak di daerah larut, Perak.  Kawasan ini terletak lebih kurang 3 km di utara Kelian Pauh.  Kawasan ini dibuka kesan daripada perkembangan perlombongan yang dimulakan oleh Long Jaafar di Kelian Pauh, dan diteruskan oleh Ngah Ibrahim.  Mengikut cerita orang tempatan, Long Jaafar telah menjumpai banyak bijih timah di sini semasa hendak mencari seekor gajahnya yang telah lari dari Kelian Pauh dan menamai kawasan ini Kelian Baru.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIBandar/Negeri/Negara/Tempat
LAZUARDI ANWAR

LAZUARDI ANWAR (1937-    ), penulis Indonesia. Dia lahir pada 12 April 1937 di Pauh, Pariaman, Minangkabau, Indonesia. Dia pernah menggunakan nama pena termasuklah Dyafanusa, Heni Fitria, Ade Mirsalino dan Yahendra. Dia mendapat pendidikan di sekolah rakyat, sekolah menengah pertama, kemudian di Sekolah Menengah Atas Negeri II A – C di Pematang Siantar, Sumatera Utara hingga tamat pada tahun 1961. Sewaktu di SMA, dia menubuhkan ‘akhbar dinding’ Cetusan Pelajar.

SASTERATokoh
TUK PULAU MANISTUK PULAU MANIS (  ? - ? ), ulama.  Nama sebenarnya ialah Syekh Abdul Malek bin Abdullah.  Dia lahir pada sekitar tahun 1050-an atau 1060-an H. di Kampung Pauh, Hulu Terengganu.  Dia berasal dari Yaman atau Hadramaut.  Semasa remaja, dia sering mengikut bapa saudaranya berdagang dan belajar di serata ceruk rantau di samping berdakwah.SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
SEKOLAH MENENGAH KING EDWARD VII

SEKOLAH MENENGAH KING EDWARD VII, Sekolah Menengah Kerajaan. Sejarah Sekolah Menengah King Edward VII bermula pada bulan Julai 1883 dengan penubuhan Central School. Sekolah ini terletak di bandar Taiping, Perak sebagai memenuhi keperluan penduduk yang semakin meningkat kesan daripada perkembangan pesat perlombongan bijih timah terutama di kawasan Kemunting dan kawasan Kelian Pauh.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi

Kembali ke atas