Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[paul] | ڤاءول

Definisi : ark 1. (Sunda) warna biru; 2. Jk orang yg tidak senonoh (kurang adat, tidak sopan). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata paul


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
(1) Bilakah perkataan 'kami' dan 'kita' digunakan? ( (2) Bolehkah kedua-duanya digunakan dalam sesebuah cerita? Contoh di bahagian depan cerita: "Berhenti! kata Ayah. "Kita berhenti di sini." (Ayah dan dua orang anaknya berada di dalam bas. Mereka mahu turun di pantai.) Di bahagian akhir cerita pula: "Ini perhentian kami," kata Ayah. "Kami turun di sini." (3) Bolehkah 'kami' digunakan di dalam satu ayat dan 'kita' digunakan di dalam ayat yang terletak di bawah ayat yang pertama dalam sesebuah cerita seperti berikut: "Lihat, kami bermain air," kata Paul. "Mari kita bermain dengan air dan baldi ini," kata Paul. (Di dalam kedua-dua ayat di atas, Paul sedang bercakap dengan adiknya.) Harap tuan/puan boleh menjawab hari ini. Terima kasih

(1) Kami - kata ganti nama diri pertama dalam bentuk jamak, manakala kita bermaksud saya dan kamu semua.

(2) Penggunaan kedua-dua kata ganti nama diri kami dan kita mestilahmerujuk makna bagi kedua-dua perkataan tersebut seperti di atas.  "Berhenti! kata Ayah. "Kita berhenti di sini". "Ini perhentian kita, kata Ayah". "Kita turun di sini".

(3) "Lihat, kami bermain air, kata Paul". "Mari kita bermain dengan air dan baldi ini, kata Paul".

Tatabahasa20.05.2011
Salam Sejahtera, saya keliru dengan ayat di bawah, "Mereka membeli barangan di pusat beli-belah" Dalam skema jawapan yang diberikan, ayat ini dikatakan salah. Tolong jelaskan. terima kasih.

Encik Paul,

Ayat yang betul ialah ' Mereka membeli barang-barang di pusat beli-belah'. Perkataan barangan ialah padanan bahasa Melayu untuk 'commodity'.

Tatabahasa21.06.2010
apakah maksud teori public sphere bagi DBP?

Untuk membantu saudara menyelesaikan persoalan tersebut, saudara boleh datang ke Pusat Dokumentasi Melayu, DBP dan mendaftar sebagai ahli Rakan Dewan dengan kadar bayaran sebanyak RM20.00 selama setahun, dan saudara boleh menggunakan kemudahan KAWAT DBP untuk mencari bahan yang diperlukan.

Berikut hasil carian menggunakan kemudahan KAWAT DBP mengenai "public sphere":

 JUDULPENGARANGPENERBITTAHUN TERBITNO KELAS 
The Crisis of Literature in the 1790 : print culture and the public spherePaul">Keen, PaulTiada maklumat1999899.22109 KeeTerperinci
The invention of politics in colonial MalayaMilner, AnthonyTiada maklumat 959.5 MilTerperinci
1

Selain itu juga, saudara boleh menggunakan enjin carian Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM) http://prpm.dbp.gov.my untuk mencari maklumat yang diperlukan. PRPM merupakan satu cara lain untuk membuat rujukan atau  mendapatkan makna kata, istilah, peribahasa dan sebagainya. Saudara hendaklah memasukkan perkataan tersebut dalam ruang yang disediakan dan klik "cari". Hasil carian menunjukkan banyak maklumat mengenai "public" dan "sphere". Selamat mencuba.

Lain-lain10.03.2009
Kekeliruan penggunaan kata ganti tak tentu, mana-mana - untuk mengganti nama benda atau nama tempat yang tidak tentu. Contoh soalan, "----------------peserta yang terpilih dalam sesi latihan pada petang ini akan mewakili sekolah ke peringkat daerah. Bagi------------------yang tidak terpilih jangan berputus asa, cuba lagi. A. Apa-apa, bila-bila B. Siapa-siapa, mana-mana C. Mana-mana, siapa-siapa D. Berapa-berapa, siapa-siapa

Encik Paul,

Berdasarkan buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (hlm. 87):  kata ganti diri tanya ialah jenis kata nama yang berfungsi menanyakan hal benda, perkara, atau manusia. Terdapat tiga bentuk kata ganti nama diri tanya, iaitu siapa yang merujuk orang, apa yang merujuk benda atau perkara, dan mana yang merujuk benda atau orang. Kadang-kadang kata ganti nama diri tanya boleh mengalami proses penggandaan untuk membawa maksud rujukan tidak tentu atau untuk penegasan. Contohnya:

apa-apa:   Bawalah apa-apa yang ada.

mana-mana: Ambillah mana-mana yang anda suka.

siapa-siapa (sesiapa); Siapa-siapa pun boleh bersuara.

Oleh itu, berdasarkan keterangan di atas, ayat yang betul adalah seperti yang berikut:

Siapa-siapa (Sesiapa) peserta yang terpilih dalam sesi latihan pada petang ini akan mewakili sekolah ke peringkat daerah. Bagi mana-mana yang tidak terpilih jangan berputus asa, cuba lagi. 

 

Tatabahasa28.02.2009

Kembali ke atas