Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[paul] | ڤاءول

Definisi : ark 1. (Sunda) warna biru; 2. Jk orang yg tidak senonoh (kurang adat, tidak sopan). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata paul


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
Paul-Bunnell�s testujian Paul-BunnellPerubatanTiadaUjian untuk mengesan kehadiran antibodi heterofil di dalam darah. Ujian ini digunakan untuk mendiagnosis penyakit mononukleosis berjangkit.
cloisonnismkloisonismeKesenianTiadaStail seni lukis yang menyerupai kloison seperti lukisan Paul Gangin.
samarium (Sm)samarium (Sm)FizikAtom dan NuklearUnsur kimia yang mempunyai nombor atom 62 dan ditemui oleh Paul Emil Lecoq de Boisbandran pada tahun 1879 dalam oksida tak tulen galian samarskite. Bahan ini digunakan sebagai rod pengawal dalam reaktor nuklear dan sebagai perisai neutron kerana mempunyai keratan rentas serapan yang tinggi terhadap neutron terma.
hobble skirtskirt hobelKesenianTiadaSkirt wanita labuh paras buku lali, berdrep di pinggul dan tirus ke kelepet. Rekaan pereka pakaian, Paul Poiret pada tahun 1972.
administrative Platonismfaham pentadbiran PlatoPentadbiranPentadbiran Awam

Paradigma yang mempercayai bahawa pentadbiran awam seharusnya menekankan piawai etika yang tinggi sebagai mengimbangi kuasa birokratik. Paradigma ini dipelopori oleh Paul Appleby. Beliau menggariskan lima prinsip moral pentadbir awam iaitu, (i) memiliki perasaan bertanggungjawab (ii) kemahiran berkomunikasi dan mentadbir sumber manusia (iii) berkeupayaan untuk memantap dan menggemblengkan sumber institusi (iv) bersedia untuk menghadapi sebarang masalah serta bekerja dengan pihak lain sebagai satu pasukan dan (v) mempunyai keyakinan yang tinggi bagi memperkenalkan idea baru. Paradigma ini juga menekankan bahawa pentadbir yang berwibawa jarang menggunakan kuasa birokrasi secara tegar sebagai jalan keluar bagi menyelesaikan sesuatu masalah.

protes rockrock protesMuzikTiada

 Muzik rock tahun 1960-an yang wujud akibat daripada bantahan peperangan Vietnam dan hak sivil orang kulit hitam. Contoh penyanyi muzik ini ialah Bob Dylan, Joan Baez dan Peter Paul and Mary.

GebrauchsmusikGebrauchsmusikMuzikTiada

 Muzik yang dihasilkan untuk memenuhi sesuatu tujuan se-perti untuk filem, teater, pendidikan atau keperluan sosial. Gebrauchsmusik ini diperkenalkan pada tahun 1920-an. Komposer yang menghasilkan jenis muzik ini ialah Paul Hindemith, Kurt Weill dan Ernst Krenek.

absurdismabsurdismeKesenianDrama dan TeaterAliran pemikiran yang menegaskan bahawa kehidupan manusia tidak bermakna, tidak rasional, tidak berguna dan tidak logik disebabkan hilangnya keyakinan terhadap arah kehidupan. Aliran ini mula berkembang dalam teater di Barat pada awal tahun 1950-an yang dipelopori pemikir seperti Soren Kierkegaard dari Jerman, serta Albert Camus dan Jean Paul Sartre dari Perancis yang memberikan penekanan kepada kewujudan hidup. Waiting for Godotkarya Samuel Beckett merupakan drama pertama di dunia yang menerapkan aliran ini.
absurdabsurdKesusasteraanTiada

Aliran pemikiran yang menegaskan bahawa kehidupan manusia tidak bermakna, tidak rasional, tidak berguna dan tidak logik. Pemikiran ini terserlah dalam karya sastera, teater, dan seni tampak yang diekspresikan dalam bentuk ekspresionisme, surealisme, dan absurdisme. Konsep absurd boleh disusurgalurkan dengan falsafah eksistensialisme yang dipelopori pemikir seperti Soren Kierkegaard dari Jerman, serta Albert Camus dan Jean-Paul Sartre dari Perancis yang memberikan penekanan kepada kewujudan hidup. Contohnya, drama absurd memaparkan watak yang bergelut untuk mencari tatanan (aturan) dan tujuan hidup dalam situasi yang tidak rasional dan tidak dapat difahami. Ceritanya tidak ada kesinambungan, watak-wataknya bergerak tanpa motivasi, dan bahasanya tidak tersusun. Contoh karya absurd dalam kesusasteraan Barat ialah Ulysses oleh James Joyce, Metamorphosis dan The Castle oleh Franz Kafka. Drama absurd yang terkenal ialah Waiting for Godot oleh Samuel Beckett. Contoh dalam kesusasteraan Melayu ialah novel Sampah oleh Shahnon Ahmad, novel Kering oleh Iwan Simatupang, dan drama Bukan Bunuh Diri oleh Dinsman. Absurd berasal daripada perkataan Latin absurdum yang bermaksud ‘sesuatu yang bertentangan’ atau ‘tidak harmoni’.

existentialismeksistensialismeKesenianDrama dan TeaterAliran yang menekankan konsep kewujudan dan menegaskan bahawa manusia perlu membentuk dirinya sendiri mengikut cara dan jalan yang dipilihnya, dengan tidak mengharapkan apa-apa lagi dalam keadaan dunia yang serba hancur dan tidak memberikan sebarang erti. Asas fahaman ini lahir daripada tanggapan Descartes, “I think therefore I exist”. Konsep eksistensialisme mula diperkenalkan melalui pendapat dan karya tokoh penulis dan falsafah seperti Soren Kierkegaard, Martin Heidegger, Jean Paul Sartre dan Franz Kafka.
12

Kembali ke atas