Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[paun] | ڤاءون

Definisi : 1. = ~ sterling unit mata wang United Kingdom; 2. unit mata wang beberapa buah negara, spt Sudan, Syria dan Mesir; 3. per­hiasan (spt rantai, aguk, dsb) drpd emas ber­bentuk spt duit syiling. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[paun] | ڤاءون

Definisi : ukuran berat (yg bersamaan dgn 16 auns atau 0.4536 kg); roti ~ sj roti yg dibuat drpd tepung gandum (yg tiap-tiap ketul beratnya satu paun). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[paun] | ڤاءون

Definisi : tempat mengurung binatang (kerbau, lembu, dll) yg merayau-rayau; masuk ~ me­ngurung binatang yg merayau-rayau dlm paun (sehingga diambil oleh tuannya). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[paun] | ڤاءون

Definisi : 1 nama mata wang Inggeris (£1 = 100 pence). 2 wang ringgit emas yg digunakan sbg perhiasan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[paun] | ڤاءون

Definisi : satuan ukuran berat yg beratnya 16 auns (lebih kurang 12 tahil atau 0.45 kg). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata paun

Puisi
 

Apa sebab bergelang paun,
     Bambawaran gelang di kaki;
Apa sebab ku teraun-raun,
     Pembawaan sudahlah di hati.


Lihat selanjutnya...(2)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KAKI PAUN

Kaki paun ialah unit sukatan kerja dan tenaga

dalam sistem sukatan lazim atau sistem sukatan

Inggeris.

UMUM 
PAUN

Paun juga dikenali sebagai pound sterling, ialah

unit mata wang Great Britain dan beberapa

negara lain.

UMUM 
AVOIRDUPOIS

Avoirdupois ialah sistem timbangan

untuk barang dagangan biasa yang agak

besar, seperti batu arang, bijirin, atau bahan

makanan. Sistem ini telah digunakan di

Komanwel British dan Amerika Utara, tetapi

sebahagian besarnya telah digantikan dengan

sistem metrik. Perkataan avoirdupois berasal dari

perkataan Perancis bermakna barang-barang

berat . Asas sistem ini ialah paun, yang

bersamaan dengan 0.45 kilogram. Satu paun

avoirdupois mengandungi 7000 grain. Ia

dibahagikan kepada 16 auns, setiap auns

bersamaan dengan 16 dram. Paun Troy dan

apotekari, digunakan untuk menimbang logam

berharga dan permata, yang bersamaan dengan

0.37 kilogram, dan mengandungi 5760 grain.

Paun ini dibahagikan kepada 12 auns. Dalam

sistem yang menggunakan paun, berat grain

adalah sama – 65 miligram.

Rencana berkaitan dalam Ensiklopedia Dunia

termasuk:

Auns Paun

Berat Timbangan dan ukuran

UMUM 
SHILLING

Shilling ialah duit syiling dalam sistem mata

wang British. Shilling ialah bersamaan dengan

12 pence, dan 1/20 daripada satu paun sterling.

Shilling telah digantikan pada tahun 1971 dengan

duit syiling yang mempunyai nilai yang sama

dengan sekeping duit syiling lima pence yang

baru. Bagaimanapun, shilling masih lagi menjadi

unit kewangan di beberapa negara di Afrika.

UMUM 
AUNS

Auns ialah unit untuk menyukat berat dan jumlah.

Dalam sukatan berat avoirdupois , auns adalah

bersamaan dengan satu per enam belas paun, atau

437 grain (28.3495 gram).

UMUM 
MELEMPAR TUKUL BESI

Melempar tukul besi ialah acara sukan di mana

atlet melempar tukul (bola logam) sejauh yang

terdaya. Tukul yang digunakan seberat 16 paun

(7.257 kilogram). Pelempar memegang pemegang

yang disambung pada tukul dengan dawai keluli

sepanjang tidak lebih daripada empat kaki (1.2

meter). Atlet melempar tukul dari dalam satu bulatan

bergaris pusat tujuh kaki (2.1 meter).

UMUM 
SOUTH SEA BUBBLE

South Sea Bubble ialah bencana kewangan

yang menggegar kerajaan Britain pada awal tahun

1700-an. South Sea Company yang ditubuhkan

pada tahun 1711 untuk mempertingkatkan

dagangan antara Britain dengan Amerika Selatan

memonopoli dagangan pada tahun 1718 dengan

memberi rasuah kepada beberapa orang ahli

parlimen. Sebagai balasan, syarikat ini sanggup

mengambil alih beban hutang negara. Spekulasi

menyebabkan harga saham melambung naik dari

100 paun ke-1000 paun.

UMUM 
TIMBANGAN APOTEKARI

Timbangan apotekari ialah satu sistem

timbang yang pada satu masa dahulu digunakan

secara meluas oleh pakar farmasi bagi tujuan

preskripsi. Sistem timbang ini membahagikan

setiap paun kepada 12 auns, setiap auns kepada

8 dram, setiap dram kepada 3 skrupel dan setiap

skrupel kepada 20 grain. Dalam sistem apotekari

dan troy, 5760 grain menjadikan 0.37 kilogram.

Dalam sistem avoirdupois ada 7000 grain dalam

0.45 kilogram.

Lihat juga Sistem metrik; Timbangan dan

ukuran.

UMUM 
MALEK NOOR

Malek Noor (1954– ), ahli bina badan. Dia lahir

pada 13 November 1954 di Batu Pahat, Johor.

Dengan ketinggian 1.67 meter dengan berat

badan 220 hingga 230 paun, bekas pegawai polis

ini telah mencatat banyak kejayaan buat negara

dalam sukan bina badan.

UMUM 
NUFFIELD, LORD

Nuffield, Lord (1877–1963), William Richard

Morris, pelopor pembuatan motokar. Dia membuat

motokarnya yang pertama pada tahun 1911. Dia

mula mengeluarkan kereta secara besar-besaran di

United Kingdom selepas Perang Dunia I dan,

menjelang tahun 1926, syarikatnya membuat 100

000 buah kereta setahun. Seorang dermawan,

Nuffield mendermakan satu juta paun dan tapak

bagi Nuffield College kepada Oxford University.

Pada tahun 1943, dia menubuhkan Yayasan

Nuffield bagi penyelidikan pendidikan,

perubatan, saintifik, dan sosial dengan hadiah 10

juta paun. Nuffield lahir di Worcester , England. Dia

dilantik menjadi baronet pada tahun 1929 dan

menjadi Lord Nuffield pada tahun 1934.

UMUM 
12

Kembali ke atas