Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[paut] | ڤاءوت

Definisi : ; sangkut ~ kaitan antara dua tiga hal (perkara dll); ~ bingkai tangguk Kl cara duduk dgn bercangkung dan tangan memeluk kedua­-dua lutut; berpaut 1. berpegang kuat-kuat (pd), melilit erat-erat (pd sulur-suluran dll), tertambat kuat (pd): tangannya yg ~ pd tiang pintu tadi perlahan-lahan melungsur ke bawah sehingga terkulai; anak-anak kelawar ~ pd bulu ibunya beberapa hari setelah dilahirkan; 2. ki berpegang teguh-teguh (pd), mengasaskan se­suatu kegiatan dsb: kita ~ erat kpd suatu metodologi yg lemah yg ditolak oleh pengasasnya sendiri; 3. tertutup kembali, ter­katup semula, bertaut: apung terendam di seberang sana, beting ~ dr kuala; 4. ki ber­temu, bertembung; ~ tidak bertali a) terikat tetapi tidak dgn tali; b) ki masih belum selesai (sesuatu perkara); c) ki perempuan yg sudah diceraikan tetapi belum menerima surat cerainya; ~ sehasta tali prb tidak dapat berbuat sesuatu dgn sesuka hati; berpautan saling berpaut, berpegangan: Mike merapati Darwisah, dan tangan mereka ~; ~ dgn ada hubungannya dgn, berkaitan dgn, bersangkutan dgn, bertalian dgn; memaut 1. memegang dan menarik ke diri sendiri, memegang kuat-kuat (dgn teguh): tangannya ~ kedua-dua lututnya itu; muka Wan Intan diangkatnya dgn ~ dagu lebah bergantung itu; 2. melilit dgn teguh, meng­ikat, menyangkut: banyak pokok mengeluarkan sulur paut yg ~ pd sokong; 3. ki menyebabkan turut terlibat, melibatkan, menarik (perhatian, pandangan, dll): ia harus melukiskan suasana dan peristiwa yg benar-benar berlaku, yg ~ sebilangan besar masyarakat; 4. ki mengaitkan, menambatkan (perasaan, pandangan, minat, dll): gadis kampung itulah yg telah ~ hatiku pd kampung halamanku; terpaut 1. terikat atau tertambat (oleh rasa kasih dll), terpikat kpd: hatinya sudah ~ oleh anak dagang yg hitam manis itu; ~ kasih, tersangkut sayang terlalu amat cinta; 2. ter­ikat dgn, bersebati dgn: anak-anak panah yg ~ ipuh berbisa tersumbat rapi dlm serombong buluh; 3. terlekat (pd), tertumpu (pd): matanya ~ ke awan berarak; 4. bertemu, ter­sua: jika kita mula menyelami perkara itu betul-betul kita akan ~ dgn masalah-masalah yg lebih panjang; semasa dia menyunting karya itu dia ~ dgn beberapa kesalahan ejaan; ~ bertali, tertambang berlantak prb terikat oleh adat kerana adat itu belum dilunasi atau diisi; pautan 1. hasil memaut (memegang dll), pegangan: mereka pun bersalam-salaman, penuh hormat dan mesra, kemudian ~ tangan mereka terurai; 2. tempat berpaut (berpegang dll), sesuatu yg dipaut: ia masih belum juga berhasil mencari tempat ~ atau tempat tambatannya; 3. hubungannya dgn, kaitannya dgn; 4. tempat menambatkan lembu dll, tempat mengikat ayam; 5. ki tempat asal; ayam pulang ke ~ prb sudah pd tempatnya; perpautan perihal berpaut, perhubungan, pertalian; pemaut 1. sesuatu yg digunakan utk memaut, pemegang (utk menarik): ketika ia membuang batu fatom yg ketiga kalinya, tali ~ pinggang putus; 2. alat yg menghubungkan enjin dgn sesuatu yg hendak digerakkan (gear). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[paut] | ڤاءوت

Definisi : ; terpaut Jk perbezaan, selisih; ®te­paut. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[paut] | ڤاءوت

Definisi : sl hampir akan sampai (bkn umur), hampir akan mati: umur kita telah ~lah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[paut] | ڤاءوت

Definisi : ; berpaut 1 berpegang kuat-kuat: Tangan kanannya ~ pd dahan, sementara tangan kirinya memetik buah. 2 terletak atau terikat erat-erat (bkn tumbuh-tumbuhan): Pokok kacang panjang itu ~ pd junjungnya. memaut 1 memegang serta menarik ke arah diri sendiri; memegang kuat-kuat: Tangannya ~ kedua-dua lututnya. 2 melilit atau mengikat dgn teguh (bkn tumbuh-tumbuhan). memautkan 1 menjadikan sesuatu berpaut pd; mengikatkan atau menyangkutkan sesuatu pd: Hassan ~ tangannya pd dahan itu. 2 melilitkan (bkn tumbuh-tumbuhan); menambatkan (bkn tali dll): Pak Ahmad ~ tali kerbau itu pd batang pokok. terpaut terikat atau tertambat oleh rasa kasih dll; tertarik akan sesuatu: Hatinya sudah ~ pd anak dagang yg hitam manis itu. pautan 1 tempat berpaut; pegangan: Amin terjatuh ke tanah setelah ~nya terlepas. 2 tempat memautkan (sesuatu): Kayu ~ lembu itu telah tercabut. 3 ist sambungan dlm sistem komunikasi. 4 ist alat yg menyambungkan atau merangkaikan dua unsur. 5 ist saluran data komunikasi dlm rangkaian komputer. 6 ist sambungan antara dua fail dlm rangkaian komputer. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
paut
Kata Terbitan : berpaut, berpautan, berpaut-pautan, memaut, memautkan, terpaut, pautan,


Istilah MABBIM

Istilah SumberIstilah IndonesiaIstilah BruneiIstilah MalaysiaBidang
linktautpaut/pautanpaut/pautanTeknologi Maklumat
uplinktaut naikpaut naikpaut naikTeknologi Maklumat
downlinktaut turunpaut turunpaut turunTeknologi Maklumat
transmission linktaut transmisipaut penghantaranpaut penghantaranTeknologi Maklumat
rubber shock mountdudukan karet peredampaut getah kejutanpaut getah kejutanKejuruteraan Kapal Terbang
link access protocolprotokol akses tautprotokol capaian pautprotokol capaian pautTeknologi Maklumat
dynafocal engine mountdudukan mesin dinafokalTiadapaut enjin dinafokalKejuruteraan Kapal Terbang
engine mounting padalas kedudukan mesinalas pautan enjinalas paut enjinKejuruteraan Kapal Terbang
fiber optic intra-repeater link (FOIRL)paut intra pengulang serat optikpautan intra pengulang optik gentianpautan intra pengulang optik gentianTeknologi Maklumat

Kembali ke atas