Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pau.tan] | ڤاءوتن

Definisi : 1. hasil memaut (memegang dll), pegangan: mereka pun bersalam-salaman, penuh hormat dan mesra, kemudian ~ tangan mereka terurai; 2. tempat berpaut (berpegang dll), sesuatu yg dipaut: ia masih belum juga berhasil mencari tempat ~ atau tempat tambatannya; 3. hubungannya dgn, kaitannya dgn; 4. tempat menambatkan lembu dll, tempat mengikat ayam; 5. ki tempat asal; ayam pulang ke ~ prb sudah pd tempatnya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pau.tan] | ڤاءوتن

Definisi : 1 tempat berpaut; pegangan: Amin terjatuh ke tanah setelah ~nya terlepas. 2 tempat memautkan (sesuatu): Kayu ~ lembu itu telah tercabut. 3 ist sambungan dlm sistem komunikasi. 4 ist alat yg menyambungkan atau merangkaikan dua unsur. 5 ist saluran data komunikasi dlm rangkaian komputer. 6 ist sambungan antara dua fail dlm rangkaian komputer. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
paut
Kata Terbitan : berpaut, berpautan, berpaut-pautan, memaut, memautkan, terpaut, pautan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
What is 'link' in Bahasa Malaysia? Website link...Padanan bahasa Melayu ialah pautan laman web atau pautan laman sesawang.Istilah14.03.2008
Salam, Saya berminat untuk memaparkan pautan untuk muat turun Buku Teks Digital Asas (BTDA) di laman web saya. Pautan ini dikongsi oleh guru sekolah anak saya. Saya ingin tahu lebih lanjut mengenai hak cipta kerana buku-buku teks ini diterbitkan oleh DBP untuk Kementerian Pendidikan Malaysia. Adakah akan menjadi isu hak cipta dan sekiranya ya, apakah yang patut saya lakukan untuk membolehkan saya berkongsi pautan & buku-buku teks ini secara sah?Salam sejahtera, Berhubung dengan pertanyaan Pautan Buku Teks Digital Asas (BTDA) di laman web KPM, pihak puan bolehlah menghubungi: Puan Rasinah binti Zakaria, Sektor Standard dan Pengurusan Kualiti, Kementerian Pendidikan Malaysia. Tel.: 03-8884 4373 E-mel: rasinah.zakaria@moe.gov.my Sekian, untuk pemakluman.Lain-lain13.01.2021
klik pautan dewam bahasa tak boleh dibuka atas emel aniswarimualim@gmail.comPortal dbpsahbahasa.my kini boleh dilayari. Kami memohon maaf atas kesulitan. Lain-lain03.05.2023
Apakah pautan yang boleh saya gunakan untuk menyemak istilah matematik? Kerana sebelum ini PRPM DBP menyediakan kamus matematik dan juga definisi bererta contoh Matematik dalam pautannya, tetapi kini sudah tiada. Terima kasih.Masalah tersebut telah dapat diatasi dan kini maklumat berkenaan boleh diakses melalui laman web www.prpm.dbp.gov.my.Lain-lain16.10.2017
Tuan, Berdasarkan pautan ini (https://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=penandatanganan&d=175768&), apakah ejaan yang sebenar? Majlis Menandatangani atau Majlis Penandatangan memandangkan dua jawapan berbeza dalam selang masa 8 tahun. Adakah jawapan tahun 2016 yang terkini?Perkataan yang betul ialah "Majlis Penandatangan". Walau bagaimanapun, yang lazimnya digunakan oleh masyarakat ialah "Majlis Menandatangani". Oleh itu, kedua-duanya boleh digunakan dalam contoh frasa yang diberikan. Ejaan06.04.2022
Assalamualaikum. Berdasarkan pautan https://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=menghindari&d=175768&#LIHATSINI , (sila menatal ke bawah) mungkin terdapat kesalahan dalam pangkalan Khidmat Nasihat berkaitan dengan frasa "menghindarkan diri daripada". Berdasarkan soalan Khidmat Nasihat pada hari 07.01.2020, "Ayat yang betul ialah saya menghindari diri daripada perbuatan yang mampu merosakkan masa depan saya" manakala soalan pada hari 14.07.2020 mempertunjukkan "Jawapan yang betul ialah Kita perlu menghindarkan diri daripada perbuatan negatif." Yang manakah betul? Terima kasih!

Jawapan yang lebih tepat ialah "kita perlu menghindarkan diri daripada perbuatan negatif"

Lain-lain24.01.2022
Assalamualaikum. Berdasarkan pautan https://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=menyingkirkan , kamus PRPM, menyingkirkan bermaksud menjauhkan (menghindarkan) dari sesuatu. Contoh: "~ diri dari keindahan dan kelazatan hidup di kota". Mengapakah kata sendi nama "dari" digunakan dalam frasa "menyingkirkan diri dari" sedangkan rujukan dibuat tentang objek yang mujarad iaitu "keindahan" dan "kelazatan hidup", bukannya tempat? Adakah "daripada" lebih sesuai digunakan khususnya "menyingkirkan diri daripada"? Terima kasih!Kata sendi nama “dari” digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan arah, tempat atau waktu. Manakala kata sendi nama “daripada” digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan punca bagi manusia, haiwan atau benda, asal kejadian dan sumber atau unsur perbandingan atau perbezaan. Berdasarkan kegunaan kedua-dua kata sendi nama tersebut, frasa yang betul ialah “menyingkirkan diri daripada”.Tatabahasa24.01.2022
Pautan untuk koleksi soalan-soalan khidmat nasihat DBP dah hilang. Mana letaknya pautan yang terbaru? Kalau ada, tak perlulah saya tanya banyak kali dan tunggu 2 hari kan?Medan Arkib Soalan ditutup untuk paparan awam buat sementara waktu. Medan ini akan dibuka semula setelah selesai dikemas kini.Lain-lain16.08.2011
1)Mohon pautan untuk merujuk jenis kata ganda ( untuk memahami perbezaan jenis dan tatacara pembentukan kata ganda).. Ramai yang sukar memahami pembentukan kata ganda separa berbanding kata ganda penuh @ berimbuhan.Buat masa ini pihak kami tidak menyediakan pautan berkenaan kata ganda. Sekiranya tuan ingin mengetahui dengan lebih lanjut berkenaan kata ganda, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan.Tatabahasa22.06.2021
Salam, bolehkah pihak tuan memberikan beberapa senarai cadangan pautan laman sesawang yang boleh saya rujuki untuk mendapatkan contoh sastera yang bermutu dalam bahasa melayu. Mungkin karya dari Pak Samad atau Pak UsmanTuan,

DBP tidak mempunyai pautan laman sesawang khas untuk tujuan tersebut. Terima kasih.
Lain-lain22.05.2013
12345678910...

Kembali ke atas