Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
paut
Kata Terbitan : berpaut, berpautan, berpaut-pautan, memaut, memautkan, terpaut, pautan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1)Mohon pautan untuk merujuk jenis kata ganda ( untuk memahami perbezaan jenis dan tatacara pembentukan kata ganda).. Ramai yang sukar memahami pembentukan kata ganda separa berbanding kata ganda penuh @ berimbuhan.Buat masa ini pihak kami tidak menyediakan pautan berkenaan kata ganda. Sekiranya tuan ingin mengetahui dengan lebih lanjut berkenaan kata ganda, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan.Tatabahasa22.06.2021
saya perlukan terjemahan bagi istilah-istilah berikut:- 1. inducement effect 2. production inducement coefficient 3. forward linkages 4. backward linkages

Saudara,

Padanan bahasa Melayu bagi istilah tersebut adalah seperti yang berikut :

i. kesan dorongan ii. pekali dorongan pengeluaran/penerbitan iii. rantaian/pautan ke hadapan iv. rantaian/pautan ke belakang

Istilah12.11.2009
salam. apakah tatabahasa yang betul? 1-dihubungkan ke/kepada? 2-dipautkan@pautan ke/kepada? terima kasihCadangan jawapan yang betul ialah:

1. Dihubungkan kepada
2. Dipautkan kepada 
Tatabahasa22.09.2020
1) Kamu hendak memakai baju kurung atau baju kebaya? 2) Kamu mahu memakai baju kurung atau baju kebaya? ayat mana yang betul? minta pencerahan encik/puan. terima kasih.

Kedua-dua ayat tersebut betul. Carian jawapan boleh dibuat melalui laman web PRPM atau klik pautan FAQ (Soalan Lazim) melalui laman web KNDBP

Lain-lain10.10.2022
Tuan/Puan, 1. Allah SWT atau Allah S.W.T. ejaan yang betul? 2. Macam mana saya ingin merujuk kepada kompilasi Khidmat Nasihat Bahasa? Sebelum ini saya boleh rujuk di ruangan Carian Kata sahaja (http://prpm.dbp.gov.my/). Sekian, terima kasih.Ejaan yang betul ialah Allah SWT (tanpa tanda titik). Untuk menggunakan Pusat Rujukan Persuratan Melayu DBP, tuan/puan boleh melayari laman web http://prpm.dbp.gov.my/ dan tuan/puan perlu memasukkan entri yang diingini terlebih dahulu dan klik pautan Khidmat Nasihat Bahasa yang terdapat di sebelah kanan ruangan laman web. Ejaan13.08.2018
Saya nak tanya ada bahan lain,murid boleh membaca buku itu seperti majalah yang diterbitkan oleh DBP,Surat Khabar,berita dan ada bahan lain tak?

Salam sejahtera.

Rujukan Pautan Perkhidmatan dan Produk Dewan Bahasa dan Pustaka

Pihak Dewan Bahasa dan Pustaka boleh mencadangkan beberapa bahan bacaan melalui pautan seperti yang berikut:

1.      a.   Pelantar digital yang mengandungi Sohor Kini, Majalah (e-majalah DBP), E-Buku (PDF Koleksi Nadir, E-PUB dan i-Buku DBP), Pemasaran (medium jualan buku DBP secara maya) dan TV/Radio Digital DBP: https://jendeladbp.my/
 b.    Rujukan carian perkataan dalam bahasa melayu: https://prpm.dbp.gov.my/
 c.    Kursus atau bengkel anjuran DBP: http://akademi.dbp.my/wordpress/
 d.    Carian buku rujukan dalam Pusat Dokumentasi Melayu: http://pustakav2.dbp.gov.my/
 e.    Carian buku terbaru terbitan DBP: https://dbpniaga.my/

Sekian terima kasih.
Lain-lain17.06.2021
Laman web PRPM dimana saya sering menggunakan sebagai pautan kamus sedang mengalami masaalah. Saya hanya boleh sampai ke maklumat kata sahaja. Jika hendak ke kamus Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan seterusnya. Sistem carian tersebut mengalami masaalah. Saya sertakan rakaman skrin komputer saya. Mohon buat pantaun segera kerana saya sedang gunakan untuk terjemahan/sari kata siri TV Netflix dan mempunyai tarikh hantar yang ketat. Terima kasih.Salam sejahtera tuan budiman, Gangguan Sistem PRPM Berdasarkan lampiran gambar yang dilampirkan, berkemungkinan disebabkan oleh: 1. Masalah pada komputer/talian rangkaian pengguna. 2. Masalah pada sistem PRPM. Sehubungan dengan itu, untuk makluman tuan,staf di Bahagian Sistem Maklumat, DBP sentiasa berusaha secepat mungkin untuk menangani masalah berkaitan dengan gangguan pada sistem PRPM. Pihak kami juga sentiasa berusaha untuk memastikan pengguna dapat menggunakan laman PRPM dengan sebaik mungkin. Segala kesulitan berhubung perkara di atas kami mohon maaf. Sekian, untuk makluman.Lain-lain20.05.2020
Bagaimanakah menggunakan konkordans untuk sesuatu perkataan dalam laman ini?Bolehkah pihak tuan menyatakan langkah-langkah penggunaan konkordans?

Puan Lizah,

Langkah 1. Sila buka www.dbp.gov.my/lamandbp/main.php dan klik pautan di 'Korpus Bahasa Melayu'.  2. Sila klik 'setuju' untuk pergi ke skrin seterusnya. Jika 'tidak bersetuju' pengguna akan dipautkan ke Laman Khidmat Nasihat Bahasa.   Sila ikut arahan seterusnya.

Untuk maklumat lanjut sila rujuk panduan yang disertakan melalui alamat e-mel saudara.

Lain-lain03.07.2009
Assalam. Selamat sejahtera. Saya ingin bertanya tentang nilai estetika dan budaya melayu yang terdapat dalam kisah sang kancil(kisah antara kerbau yang menolong buaya). 1)Boleh saya tahu gelaran apa yang dipanggil oleh sang bedal kepada kerbau? 2)boleh jelaskan apakah lagi nilai estetika budaya melayu yang ada dalam kisah tersebut? Maksudnya dari segi Penggunaan bahasa, gelaran, nasihat, pantun dan sebagainya. Saya sertakan pautan video sebagai rujukan. https://youtu.be/pExyx45R4UsUntuk menjawab soalan ini, mohon pihak tuan berhubung dengan pegawai di Bahagian Penyelidikan Sastera, iaitu Dr. Syaidul Azam bin Kamarudin melalui e-mel syaidul@dbp.gov.my.

Sekian, terima kasih.
Penyelidikan27.07.2023
Dalam pengurusan akademik di sekolah, terdapat istilah Headcount, Take Off Value (TOV), Expected Target Result (ETR), Operational Target Increment (OTI) dan Actual Result (AR) seperti penerangan di pautan berikut: https://skrajabahar.wordpress.com/2017/11/12/penting-sangat-ke-tov-etr-dan-oti-tu/ Soalan saya, pakah istilah bahasa melayu paling tepat untuk menggantikan istilah istilah berikut 1. Headcount 2. Take Off Value 3. Expected Target Result 4. Operational Target Increment 5. Actual ResultKami mencadangkan padanan istilah seperti berikut:

1. Headcount : kiraan kepala 

2. Take Off Value : nilai pengasingan

3. Expected Target Result : keputusan/hasil sasaran jangkaan

4. Operational Target Increment : kenaikan sasaran operasi

5. Actual Result : keputusan/hasil sebenar

Semua padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu laras bahasa. 
Istilah21.02.2021
12

Kembali ke atas