Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pa.wang] | ڤاوڠ

Definisi : 1. orang yg mempunyai kebolehan utk melakukan sesuatu (biasanya dgn mengguna­kan kuasa ghaib); 2. orang yg pandai meng­ubati orang sakit dll (dgn menggunakan jampi mantera dll), bomoh, dukun; ~ belat (jermal, kelong) orang yg menangkap ikan dgn belat (jermal, kelong); ~ buaya orang yg pandai menangkap buaya; ~ buru = ~ pemburuan orang yg ahli dlm hal memburu; ~ darat pawang yg bertugas di darat (tidak di laut); ~ gaharu (kapur) pawang yg bijak dlm hal-hal mengutip gaharu (kapur); ~ gajah orang yg pandai menangkap serta menjinak­kan gajah; ~ hujan orang yg pandai menolak (menjauhkan) hujan; ~ hutan orang yg ahli mengenai hutan; ~ kapal jurumudi; ~ laut (pukat) ketua kumpulan nelayan; ~ lebah orang yg pandai mencari manisan lebah; berpawang meminta pertolongan pawang utk mengubati penyakit dsb: puas sudah kami berbomoh dan ~; perpawangan hal (amalan, pengubatan dsb) yg berkaitan dgn pawang: kehadirannya di pentas perbomohan, perdukunan atau ~ memberi tokoh itu keistimewaan tertentu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pa.wang] | ڤاوڠ

Definisi : 1 orang yg mempunyai kebolehan istimewa melakukan sesuatu, biasanya dgn menggunakan kuasa ghaib. 2 orang yg pandai mengubati orang sakit dgn jampi dll; dukun; bomoh. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pawang


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
PawangNoordin HassanDewan Sastera1 May 2001
Pawang dan perubatan modenArshad RawianDewan Siswa1 September 1985
Antara pawang, ancak dan adat (Siri Dua)Johan JaaffarDewan Budaya1 August 2007
Si PawangNoordin HassanMalay Literature1 January 1995
Rahsia Pawang MerahAlfonso de AliasMutiara1 June 1956
Rumah Pawang HitamRosmaniMutiara1 September 1958
Kinto dan pawang KriRahman ShaariDewan Sastera1 September 1989

Kembali ke atas