Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pa.wang] | ڤاوڠ

Definisi : 1. orang yg mempunyai kebolehan utk melakukan sesuatu (biasanya dgn mengguna­kan kuasa ghaib); 2. orang yg pandai meng­ubati orang sakit dll (dgn menggunakan jampi mantera dll), bomoh, dukun; ~ belat (jermal, kelong) orang yg menangkap ikan dgn belat (jermal, kelong); ~ buaya orang yg pandai menangkap buaya; ~ buru = ~ pemburuan orang yg ahli dlm hal memburu; ~ darat pawang yg bertugas di darat (tidak di laut); ~ gaharu (kapur) pawang yg bijak dlm hal-hal mengutip gaharu (kapur); ~ gajah orang yg pandai menangkap serta menjinak­kan gajah; ~ hujan orang yg pandai menolak (menjauhkan) hujan; ~ hutan orang yg ahli mengenai hutan; ~ kapal jurumudi; ~ laut (pukat) ketua kumpulan nelayan; ~ lebah orang yg pandai mencari manisan lebah; berpawang meminta pertolongan pawang utk mengubati penyakit dsb: puas sudah kami berbomoh dan ~; perpawangan hal (amalan, pengubatan dsb) yg berkaitan dgn pawang: kehadirannya di pentas perbomohan, perdukunan atau ~ memberi tokoh itu keistimewaan tertentu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pa.wang] | ڤاوڠ

Definisi : 1 orang yg mempunyai kebolehan istimewa melakukan sesuatu, biasanya dgn menggunakan kuasa ghaib. 2 orang yg pandai mengubati orang sakit dgn jampi dll; dukun; bomoh. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pawang


Glosari Dialek Negeri Sembilan

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan DialekMaksud Ayat
mompa[mm.pA]kata kerjamengesan penyakit dengan tangan, telur dan lain-lain.Pawang mompa ponyakete guno tolo ayam kampong.[pA.wAN mm.pA p.øA.ket.e. gu.n t.l A.jAm kAm.poN]Pawang mengesan penyakitnya, menggunakan telur ayam kampung.
rahang[ÄA.hAN]kata namalubuk tidak berair tempat buaya tinggal atau menyimpan mangsanya.Rahang tu makoe tompek buayo simpan tangkapane yang idup bia busuk kato Pawang Mael.[ÄA.hAN tu mA.k.E tm.pE/ buA.j sim.pAn tAN.kA.pAn.E jAN i.dup bi.jA bu.su/ kA.t pA.wAN mA/.El]Rahang itu maknanya tempat buaya menyimpan tangkapannya yang hidup biar jadi busuk kata Pawang Mail.

Kembali ke atas