Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pa.wang] | ڤاوڠ

Definisi : 1. orang yg mempunyai kebolehan utk melakukan sesuatu (biasanya dgn mengguna­kan kuasa ghaib); 2. orang yg pandai meng­ubati orang sakit dll (dgn menggunakan jampi mantera dll), bomoh, dukun; ~ belat (jermal, kelong) orang yg menangkap ikan dgn belat (jermal, kelong); ~ buaya orang yg pandai menangkap buaya; ~ buru = ~ pemburuan orang yg ahli dlm hal memburu; ~ darat pawang yg bertugas di darat (tidak di laut); ~ gaharu (kapur) pawang yg bijak dlm hal-hal mengutip gaharu (kapur); ~ gajah orang yg pandai menangkap serta menjinak­kan gajah; ~ hujan orang yg pandai menolak (menjauhkan) hujan; ~ hutan orang yg ahli mengenai hutan; ~ kapal jurumudi; ~ laut (pukat) ketua kumpulan nelayan; ~ lebah orang yg pandai mencari manisan lebah; berpawang meminta pertolongan pawang utk mengubati penyakit dsb: puas sudah kami berbomoh dan ~; perpawangan hal (amalan, pengubatan dsb) yg berkaitan dgn pawang: kehadirannya di pentas perbomohan, perdukunan atau ~ memberi tokoh itu keistimewaan tertentu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pa.wang] | ڤاوڠ

Definisi : 1 orang yg mempunyai kebolehan istimewa melakukan sesuatu, biasanya dgn menggunakan kuasa ghaib. 2 orang yg pandai mengubati orang sakit dgn jampi dll; dukun; bomoh. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pawang


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Pawang BahRaja Sabaruddin AbdullahUtusan Zaman10.07.1994
Pawang Akhir SudahRaja Sabarudin AbdullahUtusan Zaman01.02.1988
Pawang Akhir SudahRaja Sabarudin AbdullahUtusan Zaman01.02.1988
Pesta: 'Pawang Bukit' hebat?TiadaWatan25.12.1981
Dunia bomoh, pawang, dukun dalam kajianHashim Awang AR, Prof. Dr.Berita Harian04.04.2006
Khalid Salleh bawa Pawang ke Taiwan esokMohktar Haji AliasBerita Harian11.10.1989
Selepas Khalid persembah Pawang, Gong Gedombak dipentaskanMokhtar Haji AliasBerita Harian01.08.1990
Kusba pikat penonton dengan 'Pawang Bukit'Azmi IbrahimWatan04.12.1981
MB Selangor ibarat tok pawang memecah timbaSubky LatifMingguan Kota01.10.1989
Siapakah buaya yang tewas dalam Arus Pawang KriNasMingguan Famili11.03.1990
12

Kembali ke atas