Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pa.yu] | ڤايو

Definisi : Jw 1. harga atau nilaian (sesuatu); 2. laku (barang jualan), laris; berpayu tawar-menawar (harga sesuatu); memayukan menentukan harga sesuatu, menawarkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata payu


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
mammatusmamatusGeografiTiadaBerkaitan dengan awan yang berbentuk payu dara.
obiobi;; tali pinggang (judo)KesenianTiadaBengkung lebar yang dipakai di bawah payu dara dan diikat dengan ikat kupu-kupu pada bahagian belakang, dipakai bersama-sama kimono oleh wanita Jepun.
bust point lengthukuran mercu payudaraKesenianTiadaUkuran yang diambil dari bahu ke mercu payu dara.
postscoli lekapKesenianTiadaColi mangkuk tanpa tali dan tanpa bahagian belakang. Dipakai dengan melekapkan mangkuk coli pada payu dara dengan menggunakan perekat.
antiestrogenantiestrogenFarmasiFarmakologiAgen yang bertindak menghalang kesan fisiologi estrogen di dalam tubuh. Contohnya, tamoksifen yang biasanya digunakan untuk merawat kanser payu dara.
phytoestrogenfitoestrogenHerbaFitokimiaSebatian fitokimia bukan steroid yang memberi kesan serupa dengan hormon estrogen yang terdapat dalam badan manusia. Hormon estrogen mencegah pelbagai jenis penyakit seperti sakit jantung, kanser payu dara, Alzheimer, dan melawan beberapa kesan sampingan menopaus. Contohnya, sebatian isoflavonoid seperti daidzein dan genistein yang terdapat dalam kebanyakan tumbuhan seperti kacang soya. Lihat juga isoflavon.
adjuvant therapyrawatan adjuvanPerubatanTiadaRawatan yang diberi kepada pesakit selepas rawatan primer untuk meningkatkan peluang pemulihan penyakit. Rawatan ini mungkin diberi dalam bentuk kemoterapi, radiasi atau rawatan hormon. Sebagai contoh, Tamoxifen digunakan sebagai rawatan adjuvan dalam penyakit barah payu dara bagi mengurangkan kemungkinan berulangnya barah tersebut.
physical activityaktiviti fizikalMakanan dan PemakananPemakananSebarang pergerakan tubuh yang dihasilkan melalui pengecutan otot dan memerlukan penggunaan tenaga. Aktiviti fizikal seperti berjalan, berbasikal, atau bersukan dapat memberikan kebaikan kepada kesihatan. Aktiviti fizikal juga dapat mengurangkan risiko penyakit kronik seperti penyakit kardiovaskular, diabetes, kanser payu dara dan kemurungan. Selain itu, aktiviti fizikal yang mencukupi akan membantu mengawal berat badan.
antiandrogenantiandrogenFarmasiFarmakologiAgen yang menghalang tindakan androgen pada reseptor androgen.Agen inibiasanya digunakan dalam rawatan kanser prostat. Agen ini merencat reseptor pada sel kanser prostat yang sensitif terhadap hormon androgen dan menghalang pertumbuhan dan pembiakan sel tersebut. Antiandrogen juga boleh mengurangkan penghasilan androgen dalam badan. Kegunaan lain antiandrogen termasuklah merawat hirsutisme, alene dan jenis kanser yang bergantung pada androgen seperti kanser payu dara. Contoh agen ini ialah bikalutamida, nilutamida dan fiutamida.

Kembali ke atas