Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : kep Parti Bersatu Sabah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pbs


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
salam 1Malaysia, adakah perkatan 'secara formalitinya' sesuai digunakan dalam ayat berikut: Secara formalitinya, PBS dilaksanakan di peringkat sekolah rendah (Tahun Satu) mulai tahun 2011 dan peringkat menengah rendah (Tingkatan Dua) mulai tahun 2012. mohon cadangan ayat yang paling sesuai menggantikan ayat di atas (jika ada) terima kasih.Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, perkataan formaliti bermaksud tindakan (langkah dan sebagainya) yang perlu dipatuhi mengikut peraturan (kelaziman) yang telah ditetapkan. Kesesuaian penggunaan perkataan formaliti dalam ayat yang anda kemukakan bergantung pada maksud yang anda ingin sampaikan.Makna30.04.2017
Selamat sejahtera, Adakah ayat ini betul? Saya ke sekolah dengan menaiki basikal. Ayat ini terdapat dalam salah satu buku PBS murid-murid. Terima kasih.Ayat yang betul ialah "Saya ke sekolah dengan menunggang basikal".Tatabahasa13.05.2013
Salam tuan di talian. Saya ingin meminta pendapat tuan tentang satu tajuk siri buku syarikat kami yang diberi tajuk, ' Lembaran Kerja PBS Ekselen'. Soalan saya ialah bolehkah 'Ekselen' diguna pakai dalam tajuk tersebut kerana di dalam kamus dewan tidak terdapat perkataan itu?Perkataan "ekselen" tidak terdapat dalam Kamus Dewan. Oleh itu, perkataan tersebut tidak boleh digunakan untuk tajuk buku.

Ejaan yang betul ialah Excellent dan padanan bahasa Melayu bagi perkataan tersebut ialah cemerlang. Pada pandangan kami, lebih tepat penggunaan perkataan cemerlang daripada ekselen dalam tajuk buku yang dinyatakan.
Tatabahasa03.06.2013

Kembali ke atas