Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.cah.pe.cah] | ڤچه٢

Definisi : pecah pd banyak tempat atau bahagian (sesuatu); (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pecah-pecah

Puisi
 

Pokok nangka pohon cempedak,
     Pecah-pecah bunga senduduk;
Kecil jangan disangka budak,
     Gajah tersungkur oleh pelanduk.


Lihat selanjutnya...(41)
Peribahasa

Seperti telur dua sebandung,
     pecah satu pecah keduanya.

Bermaksud :

Bersatu hati. (Peribahasa lain yang sama makna: Telur sesangkak, pecah satu pecah semua). sebandung = serangkai.

 

Lihat selanjutnya...(32)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah perbezaan antara 'kecacatan bangunan' dan "kerosakan bangunan' yang lazimnya digunakan dalam istilah kejuruteraan?Kecacatan bangunan bermaksud keadaan bangunan yang tidak sempurna, manakala kerosakan bangunan bermaksud keadaan bangunan sudah tidak baik atau tidak sempurna lagi; sudah binasa atau pecah-pecah. Dalam bahasa yang mudah difahami kerosakan bangunan memungkinkan bangunan tidak boleh digunakan, manakala kecacatan bangunan hanya menyebabkan keadaan tidak sempurna tetapi masih boleh digunakan. Bidang pembinaan juga menerima konsep tersebut kerana itulah lazimnya istilah 'kecacatan bangunan' digunakan.Istilah04.03.2012
maksud penyakit sopak dan kusta

Merujuk Kamus Dewan, penyakit sopak ialah penyakit kulit (berbelang-belang putih pd tangan atau kaki). Kusta pula ialah sejenis penyakit yg merosakkan kulit atau daging dgn menyebabkan bahagian-bahagian anggota atau tubuh pecah-pecah dan bernanah dan merosakkan jari-jari tangan dan kaki. Untuk mengetahui sesuatu maksud perkataan, sila rujuk Kamus Dewan atau mengenai penyakit ssila rujuk pihak berkaitan seperti Kementerian Kesihatan Malaysia atau klinik yang berdekatan.

Makna26.08.2008
apakah maksudnya 'pecah amanah'?kenapa ia terjadi kepada sesuatu individu?kenapa pecah amanah ini terjadi?apakah kesan pecah amanah kepada negara?soalan ini ditanya bagi pihak adik saya yang menuntut di poloteknik merlimau.terima kasih atas pertolongan dari pihak tuan.saya amat merhargainya.Maksud pecah amanah ialah kegagalan seseorang individu memenuhi tanggungjawab menjaga, mengendalikan dan mengawal amanah yang diserahkan kepadanya. Sila rujuk Istilah Niaga dan Undang-undang untuk keterangan lanjut. Soalan lain tidak berkaitan dengan KNB. Terima kasih.Makna24.08.2007
Mana satu yang betul? a)Saluran Tangki Septik itu telah pecah. b)Saluran tangki septik itu telah pecah.Jawapan yang betul adalah b) Saluran tangki septik itu telah pecah. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2015) halaman 95-98.Tatabahasa18.02.2024
bagi tajuk latar pentas berikut perlukah ada koma selepas perkataan Pudu< Majlis Pecah Tanah Kompleks Perniagaan ICC Pudu Kuala Lumpur atau Majlis Pecah Tanah Kompleks Perniagaan ICC Pudu, Kuala LumpurJawapan yang tepat ialah ada tanda "koma" selepas perkataan "Pudu", iaitu Majlis Pecah Tanah Kompleks Perniagaan ICC Pudu, Kuala Lumpur.Tatabahasa21.10.2014
rangup bermaksud mudah pecah (untuk Makanan spt keropok) tetapi rapuh bermaksud mudah pecah dan patah(untuk Bukan Makanan) , Betul?Pandangan saudara boleh diterima.Tatabahasa29.07.2013
Definisi Pecah Rumah dan Definisi Rompak elh kamus DBP

Merujuk Kamus Dewan ialah menyamun. Pecah rumah pula ialah memasuki rumah utk merompak.

Makna02.12.2008
perkataan bocor dan pecah - kata adjektif? tidak boleh diuji dengan kata penguat "sangat".Merujuk kepada Tesaurus Bahasa Melayu DBP, bocor dan pecah diklasifikasikan sebagai kata kerja. Bagi membantu saudara mendapatkan maklumat lanjut berkaitan perkara ini, saudara boleh membuat rujukan pada Buku Tesaurus Bahasa Melayu.Tatabahasa24.05.2007
Mohon tentukan SUBJEK bagi setiap ayat berikut. 1. Pegawai khas telah dilantik untuk menyiasat kes pecah amanah di syarikat itu. Pegawai khas ? Pegawai khas telah dilantik ? 2. Penjenayah telah ditahan untuk disoal siasat. Penjenayah? Penjenayah telah ditahan? Terima kasih1. Subjek dalam ayat “Pegawai khas telah dilantik untuk menyiasat kes pecah amanah di syarikat itu” ialah “Pegawai khas”.
2. Subjek dalam ayat “Penjenayah telah ditahan untuk disoal siasat” ialah “Penjenayah”.
Tatabahasa03.09.2020
1) Tingkap cermin di rumahnya pecah akibat tiupan angin yang kencang semalam. 2) Alat penghawa dingin yang dibeli oleh ayah bukan saja murah malah dapat menjimatkan elektrik dan berkonsep mesra alam. 3) Puan Rosli menggunakan pencuci serbuk berjenama untuk mencuci pakaian. Adakah ketiga-tiga ayat betul? Jika tidak betul, boleh tuan/puan mengenal pasti kesalahan tersebut.Ayat berikut telah dibuat penambahbaikan dari sudut tatabahasa:

i) “Alat penyaman udara yang dibeli oleh ayah bukan sahaja murah, malah dapat menjimatkan elektrik dan bersifat mesra alam.”

ii) “Puan Rosli menggunakan serbuk pencuci berjenama untuk mencuci pakaian.”

Ayat “Tingkap cermin di rumahnya pecah akibat tiupan angin yang kencang semalam.” betul dan boleh digunakan.

Untuk maklumat lanjut yang berkaitan dengan ayat, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2014), halaman 431 sehingga 575.

Tatabahasa21.04.2024
123456

Kembali ke atas