Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.cah.pe.cah] | ڤچه٢

Definisi : pecah pd banyak tempat atau bahagian (sesuatu); (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pecah-pecah

Puisi
 

Pokok nangka pohon cempedak,
     Pecah-pecah bunga senduduk;
Kecil jangan disangka budak,
     Gajah tersungkur oleh pelanduk.


Lihat selanjutnya...(41)
Peribahasa

Seperti telur dua sebandung,
     pecah satu pecah keduanya.

Bermaksud :

Bersatu hati. (Peribahasa lain yang sama makna: Telur sesangkak, pecah satu pecah semua). sebandung = serangkai.

 

Lihat selanjutnya...(32)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
core preservationpengawetan terasKejuruteraanPetroleumUsaha menjaga atau memelihara keadaan teras supaya tidak mengalami kerosakan fizikal seperti menjadi pecah-pecah, menyerpih atau menjadi peroi setelah teras itu dikeluarkan dari cerompong teras. Kaedah pengawetan yang biasa dijalankan termasuklah menyalutkan teras itu dengan bahan plastik yang dileburkan. Apabila bahan plastik itu membeku kembali, ia akan menyalut teras dengan kuat. Cara lain mengawet teras ialah dengan menyimpan teras itu di dalam bejana yang kedap angin atau di dalam kotak aluminium yang dipaterikan.
pithinessmempulurBiologiPatologiRacun ubi jalar, akibat disimpan terlalu lama di dalam suhu tinggi yang melebihi 16oC. Pada bahagian tengah ubi jalar tersebut, nampak kawasan yang pecah-pecah, berongga, berserat dan kering. Kawasan berongga ini boleh bersambung antara satu dengan yang lain hingga membentuk rongga yang besar.
Fiji diseasepenyakit FijiBiologiPatologiPenyakit tebu yang mula-mula diketahui di Fiji yang disebabkan oleh virus. Pada pokok yang terserang, daunnya pendek, kaku, tegak, dan berwarna hijau tua. Ruasnya pecah-pecah dan terdapat banyak akar pada ruas tersebut.
sedimentary rockbatuan sedimenKimiaTiadaBatuan yang terbentuk hasil daripada pembatuan butiran-butiran atau serpihan-serpihan batuan (klas) yang telah termendap di dasar lembangan pemendapan. Butiran-butiran ini mungkin bahan pejal yang trmendak keluar daripada larutan seperti garam dan sebagainya dan mungkin juga serpihan-serpihan batuan yang telah pecah-pecah yanag diangkut dari tempat lain, terutamanya dari kawasan daratan. Batuan ini juga biasanya bersifat berlapis-lapis.
sedimentary rockbatuan sedimenKejuruteraanPetroleumBatuan yang terbentuk hasil daripada pembatuan butiran-butiran atau serpihan-serpihan batuan (klas) yang telah termendap di dasar lembangan pemendapan. Butiran-butiran ini mungkin bahan pejal yang trmendak keluar daripada larutan seperti garam dan sebagainya dan mungkin juga serpihan-serpihan batuan yang telah pecah-pecah yanag diangkut dari tempat lain, terutamanya dari kawasan daratan. Batuan ini juga biasanya bersifat berlapis-lapis.
trional poisoningkeracunan trionalKimiaForensikKeracunan akibat pendedahan kepada trional (formula kimia, C8H1804S2), iaitu pepejal nipis berkilat, takat lebur 74�C - 76�C, larut dalam etanol dan eter, larut sedikit dalam air. Trional ialah nama dagang bagi sulfonetilmetana. Ia digunakan sebagai agen hipnotik. Kesan toksik ialah pening, bahagian kaki menjadi kaku atau lumpuh. Kesan ini didapati bersama-sama dengan kulit pecah-pecah dan urin berwarna gelap. Dos oral ialah 0.75 g.
kelarai pecah lapankelarai pecah lapanKesenianTiadaCorak anyaman berunsur tumbuhan berbentuk kelopak pecah lapan.
pecah lapanpecah lapanKesenianTiadaMotif tembikar berunsur tumbuhan berbentuk lapan pecahan kelopak. bunga kundur
pecah enampecah enamKesenianTiadaMotif tembikar berunsur tumbuhan berbentuk enam pecahan kelopak.
pecah empatpecah empatKesenianTiada1. Motif tembikar berunsur tumbuhan berbentuk empat pecahan kelopak.
12345678910...

Kembali ke atas