perepat1
ڤرڤت n pedada (tumbuhan); perepat laut a pokok bakau yg agak rendah, pucuknya boleh dibuat ulam, bunganya kemerahan dan buahnya bulat leper serta boleh dimakan; berembang; bedat; bedata; perepat merah; Sonneratia caseolaris; b buah pokok ini yg bulat leper, berwarna hijau, bertampuk spt bintang dan berekor di hujungnya, semasa mudanya masam dan dijadikan perasa masakan tetapi apb matang rasanya lemak, boleh dimakan mentah, dijadikan sayur atau dijeruk, dan dikatakan boleh menahan pendarahan; perepat merah perepat laut.
perepat2 ڤرڤت Palembang ark n kawan.
Thanks for clicking. That felt good.