Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.da.da] | ڤدادا

Definisi : sj tumbuhan (pokok), bedata, berem­bang, berembung, bidada, gedaba, Sonneratia caseolaris (acida). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pedada

Puisi
 

Sayang pedada dimakan kera,
     Jatuh ke pantai dimakan tupai;
Kalau buah masak di para,
     Kujolok juga walau setangkai.


Lihat selanjutnya...(13)

Pantun

PantunSumberTema
Daun pedada luruh berderai, Hilir mudik sebelah pagi; Ada restoran ada gerai, Pilih gerai makan Pak Aji.Pantun Melayu SarawakBudi Rampaian
Buah pedada sambal bergula, Banyak dijual di Jalan Lanang; Dalam jaga rasa nak gila, Adik seorang terkenang-kenang.Pantun Melayu SarawakKasih
Buah pedada dalam baldi, Masak nasi hari petang; Hidup kita biar berbudi, Hingga mati dikenang orang.Kurik Kundi Merah SagaBudi
Sayang pedada dimakan kera, Jatuh ke pantai dimakan tupai; Kalau buah masak di para, Kujolok juga walau setangkai.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Buah pedada dimakan kera, Jatuh ke pantai dimakan tupai; Kalau hayatku salah ada, Sudilah juak bunga terpakai.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Tebang pokok pedada, Bangsal Tok Jalal; Rezeki tetap ada, Pastikan rezeki halal.Pantun Melayu SarawakKiasan
Buah berembang pedada kelat, Petik oleh budak-budak; Putus temberang kusambung kelat, Datang perahu belayar juga.Kurik Kundi Merah SagaPerantauan
Buah betik buah pedada, Buah diikat dengan tali, Buat baik berpada-pada, Buat jahat jangan sekali.Pantun Melayu SarawakNasihat
Jika berulam buah pedada, Mari duduk di tikar mengkuang; Jika ilmu penuh di dada, Beri bantuan rela menyumbang.Pantun Melayu SarawakNasihat
Masak sebiji buah pedada, Buat perencah kuah laksa; Lelaki perempuan mengada-ngada, Siapa dia gagah perkasa.Pantun Melayu SarawakBerkait
123

Kembali ke atas