Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.dang] | ڤدڠ

Definisi : senjata yg panjang bilahnya, biasanya tirus di hujungnya dan tajam; ~ beladau pedang pendek; ~ bentuk pedang yg melengkung bilahnya; ~ ekor pari = ~ setiabu pedang yg bersegi tiga matanya; ~ jenawi pedang panjang yg dipegang dgn dua belah tangan; ~ kerajaan pedang kebesaran (raja dll); ~ lurus (serunai) pedang utk bermain anggar; ~ rumput sj alat spt pedang utk memotong rumput; main ~ berlawan pedang; (spt) kena ~ bermata dua prb terlalu sakit hati; menepek mata ~ prb menentang orang yg kuat (berkuasa); memedang menetak dgn pedang; ~ rumput memotong rumput (dgn pedang rumput). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.dang] | ڤدڠ

Definisi : senjata spt parang yg panjang serta tajam bilahnya. ~ beladau pedang yg pendek bilahnya. ~ bentuk pedang yg melengkung bilahnya. ~ ekor pari pedang yg bilahnya berbentuk tiga segi. ~ rumput pisau spt pedang utk memotong rumput. ~ samurai pedang yg panjang, tajam dan berkilat bilahnya dan digunakan oleh anggota Samurai. memedang memotong atau menetak dgn pedang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pedang

Puisi
 

Dipetik nanas dengan pedang,
     Dimakan orang Kuala Teri;
Kusangka panas hingga ke petang,
     Rupalah hujan di tengah hari.


Lihat selanjutnya...(20)
Peribahasa

Keris pedang (= lembing) tiada tajam,
     lebih tajam mulut manusia.

Bermaksud :

Kata-kata lebih tajam daripada senjata.

 

Lihat selanjutnya...(9)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Berkuak pedang, berbelah buluh.Membahagi-bahagikan harta pencarian kerana bercerai atau putus persaudaraan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Keris pedang (= lembing) tiada tajam, lebih tajam mulut manusia.Kata-kata lebih tajam daripada senjata.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Seperti pedang bermata dua.Menarik keuntungan daripada kedua belah pihak. (Peribahasa lain yang sama makna: Seperti parang [= pisau] mata dua).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Seperti kena pedang bermata dua.Sakit hati kerana disindir. (Peribahasa lain yang sama makna: Kena parang bermata dua).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Biarlah mati di mata pedang, janganlah mati kena tendang.Biarlah binasa kerana mempertahankan kehormatan daripada binasa dalam kehinaan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Keris tersisip di dinding, pedang tajam dalam sarungnya.Perbuatan yang pandir.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Mendebik (= menepik) mata parang (= pedang).Menentang orang yang berkuasa. mendebik = menepuk.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Didenda dengan emas yang habis, dipancung dengan pedang yang hilang.Didenda atau dihukum hanya dengan syaratnya saja kerana mencari perdamaian.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Seperti parang (= pisau) mata dua.Menarik keuntungan daripada kedua belah pihak. (Peribahasa lain yang sama makna: Seperti pedang bermata dua).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas