Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.das] | ڤدس

Definisi : 1. rasa spt rasa lada (cili dll): kuahnya terlalu ~; ia lebih suka makan yg ~-~; rendang ~ sj lauk yg pedas; 2. tajam atau keras (teguran, komen, dll), menyakiti hati (kata­-kata dll): pemimpin-pemimpin itu mendapat kecaman ~ drpd surat-surat khabar; kata-kata yg tajam dan ~; bercakap ~ menge­luarkan kata-kata yg tajam; belum tahu dipedas lada prb belum ada pe­ngalaman; supaya tahu akan ~ lada, supaya tahu akan masin garam prb supaya tahu akan susah hidup; memedaskan menjadikan pedas; katanya ~ hati menyakiti hati; kepedasan terasa sangat pedas. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.das] | ڤدس

Definisi : 1 (be)rasa spt rasa cili: Dia memang suka makan benda yg ~-~. 2 bersifat menyakiti hati (bkn perkataan yg diucapkan); keras atau tajam (bkn teguran atau kritik): Mereka telah mendapat celaan yg ~ drpd orang ramai. kepedasan 1 berasa (sangat) pedas: Dia ~ setelah memakan sambal yg dihidangkan itu. 2 keadaan atau hal pedas: ~ cili itu telah membuat air matanya meleleh. kepedas-pedasan agak pedas; pedas sedikit. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pedas (adjektif)
1. Bersinonim dengan pijar: berasa cili

2. Bersinonim dengan tajam: keras, bisa, pedih, mendesing,
Berantonim dengan lembut

Kata Terbitan : memedaskan,

Puisi
 

Apa daya tebing tinggi,
     Batang api di Muara Tebas;
Apa daya di tahun ini,
     Tanam cili tak pedas.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Supaya tahu akan pedas lada,
     supaya tahu akan masin garam.

Bermaksud :

Ajaran supaya tahu akan susah hidup.

 

Lihat selanjutnya...(8)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
forcemeat stuffingdaging inti pedas; ikan inti pedasPentadbiran PerniagaanTiada1. Daging inti pedas: Cincangan daripada daging yang dicampur bahan perasa terutamanya pedas untuk inti.,2. Ikan Inti Pedas: Cincangan daripada ikan yang dicampur bahan perasa terutamanya pedas untuk inti.
forcemeat ballbebola inti pedasPentadbiran PerniagaanTiadaBebola daripada cincangan daging yang dicampur bahan perasa terutamanya pedas untuk inti.
savoury omelettedadar telur pedasPentadbiran PerniagaanTiadaTelur dadar yang dicampur serbuk dan bahan-bahan ramuan yang pedas.
savoury eclaireclair pedasPentadbiran PerniagaanTiadaPastri berbentuk jejari daripada pes choux, diisi krim dan coklat dan berasa pedas.
savoury omelettedadar telur pedasPentadbiran PerniagaanTiadaTelur dadar yang dicampur serbuk dan bahan-bahan ramuan yang pedas.
diable saucesos pedasPentadbiran PerniagaanTiadaSos daripada demi-glas yang dicampur puri tomato, lada putih, lada hitam, serbuk cayenne dan bahan perisa pedas yang lain.
devilled saucesos pedasPentadbiran PerniagaanTiadaSos daripada demi-glas yang dicampur puri tomato, lada putih, lada hitam, serbuk cayenne dan bahan perasa pedas yang lain.
diablepedasPentadbiran PerniagaanTiadaTiada
devilledpedasPentadbiran PerniagaanTiadaTiada
savoury foodmakanan pedasPentadbiran PerniagaanTiadaMakanan yang mempunyai rasa seperti rasa lada.
1234

Kembali ke atas