Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.da.ti] | ڤداتي

Definisi : sj kereta yg ditarik oleh kuda (lembu); berpedati menaiki pedati: dia ~ di sepanjang jalan ke Jefferson. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.da.ti] | ڤداتي

Definisi : kereta yg ditarik oleh lembu atau kuda. ~ mesin bahagian mesin yg dpt digerakkan utk memegang atau utk menggerakkan bahagian lain. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pedati

Puisi
 

Sembilan belas kereta pedati,
     Hendak pergi negeri China;
Kalau abang rasa nak mati,
     Adik hendak mati bersama.


Lihat selanjutnya...(7)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SIMPULAN GORDIAN

Simpulan Gordian, merupakan satu simpulan

yang rapi dalam mitologi Yunani. Seorang rakyat

Phrygia bernama Gordius menggunakannya untuk

mengikat lembunya pada pedati. Mengikut mitos,

Gordius dilantik sebagai raja Phrygia kerana

nasihat ahli ramal. Sebuah legenda menceritakan

barang siapa yang boleh membuka simpulan

Gordian akan memerintah Asia. Ramai orang

mencubanya tetapi gagal. Akhirnya Iskandar

Agung memotong simpulan itu dengan

pedangnya, dan mengisytiharkan bahawa dia

telah memenuhi ramalan tersebut. Gordius ialah

ayah kepada Midas, yang sentuhannya boleh

menukarkan semua benda menjadi emas.

Ungkapan memotong simpulan Gordian

bermakna menyelesaikan masalah yang sukar

dengan cara yang mudah.

UMUM 
OLDS, RANSOM ELI

Olds, Ransom Eli (1864–1950) ialah pelopor

Amerika dalam penciptaan dan pembuatan kereta.

Dua buah kereta, Oldsmobile dan Reo (daripada

kependekan namanya), diberi nama bersempena

dengan namanya. Pada tahun 1886, dia mula

membuat eksperimen dengan pedati yang

digerakkan oleh kuasa wap di dalam kedai mesin

bapanya di Lansing, Michigan. Kemudian, dia

mencipta kereta wap empat roda yang dijualnya

kepada sebuah firma di India pada tahun 1893. Ini

merupakan kereta Amerika Syarikat yang pertama

dijual ke luar negara.

UMUM 

Kembali ke atas