Pedoman Umum Ejaan Rumi Bahasa Melayu (1992: 48) mengatakan panjang tanda pisah dua kali sempang dan tidak diapit oleh ruangan. Saya beranggapan bahawa ungkapan “tidak diapit oleh ruangan” bermaksud tanda pisah itu satu unit, iaitu tiada ruangan di antara sempang pertama dengan sempang kedua. Adakah anggapan saya betul? | Dalam buku Gaya Dewan, Edisi Ketiga terbitan DBP, Tanda pisah ialah tanda baca yang panjangnya satu en dan memenuhi fungsi yang berikut, iaitu memisahkan keterangan bagi sesuatu idea, menunjukkan aliran fikiran penulis dan menggantikan perkataan hingga. Contoh yang mudah ditemui adalah seperti "Jun - Oktober", kedua-dua perkataan tersebut dan tanda baca (tanda pisah) dikira tiga unit yang berlainan. Tanda baca yang tidak diapit oleh ruangan ialah tanda sempang. | Lain-lain | 14.01.2013 |
Saudara, Adakah empat buah buku yang dinyatakan ini mempunyai nama penulis masing-masing? Pedoman Umum Sebutan Baku Bahasa Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka, 1988 Pedoman Sebutan Baku Bahasa Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka, 1994 Pedoman Umum Ejaan Bahasa Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka, edisi ke satu 1985 Pedoman Umum Ejaan Bahasa Malaysia , Dewan Bahasa dan Pustaka, edisi kedua 1987 Terima Kasih.. | Maaf kesemua bahan ini tidak mempunyai penulis. Kecuali buku Pedoman Sebutan Baku Bahasa Melayu tahun 1988 disusun oleh Encik Ismail Dahaman | Lain-lain | 21.10.2007 |
PEDOMAN EJAAN TERKINI YANG DIGUNA PAKAI DI DBP? | (i) PEDOMAN EJAAN DAN SEBUTAN B. MELAYU, 2002 (ii) PEDOMAN EJAAN DAN SEBUTAN B. MELAYU, 1994 | Lain-lain | 27.08.2010 |
ADAKAH PORTAL DBP INI MENYEDIAKAN APLIKASI YANG MEMBOLEHKAN PENGGUNA MENCARI DAN MEMUAT TURUN JURNAL, ARTIKEL ATAU YANG SEUMPAMANYA? | Ya, antara dokumen yang boleh dimuat turun ialah brosur, pedoman dan pedoman bahasa serta borang. | Lain-lain | 07.10.2010 |
Adakah buku Pedoman Umum Ejaan Bahasa Melayu sempena Ulang Tahun Ke-20 MABBIM, terbitan 1992 masih boleh diguna pakai | masih boleh digunakan | Lain-lain | 25.12.2008 |
Sumbangan Dewan Bahasa dan Pustaka dalam perkembangan bahasa melayu | Dewan Bahasa dan Pustaka banyak memberikan sumbangan dalam perkembangan bahasa Melayu dari awal penubuhannya sehinggalah sekarang. Antaranya ialah pedoman ejaan baru, pedoman pembentukan istilah, penataran bahasa, penyelarasan garis panduan, pemantauan bahasa dan banyak lagi. | Lain-lain | 22.08.2006 |
terangkan tentang sistem tulisan jawi | Pedoman Umum Ejaan Jawi boleh diperoleh dalam buku Pedoman Ejaan dan Sebutan Bahasa Melayu, di Bhg. Tiga - dalamnya terkandung latar belakang, tulisan, penulisan, pelambangan, pengejaan kata dasar/ kata serapan (Arab/Inggeris), kekecualian, penulisan kata terbitan/ kata sendi/ kata ganti, partikel, gabungan kata, akronim dan singkatan, juga dalam buku Daftar Kata Bahasa Melayu (2 jilid) | Lain-lain | 22.09.2006 |
assalamualaikum... saya ingin bertanya bagaimanakah caranya untuk mendapatkan Koleksi Pedoman Bahasa untuk rujukan guru dan pelajar sekolah. sekian, terima kasih. | Puan, Permohonan untuk mendapatkan Koleksi Pedoman Bahasa boleh dibuat dengan menulis surat kepada Ketua Bahagian Promosi dan Pengiktirafan, Jabatan Pengembangan Bahasa dan Sastera, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur. | Lain-lain | 12.08.2010 |
Apa maksudnya "timbal balik" dan "transparensi ilmu" dalam pembentuk istilah? | Dalam Pedoman Pembentukan Istilah Bahasa Melayu terbitan DBP, tidak terdapat istilah "timbal balik" dan "transparensi ilmu". Sila rujuk pedoman tersebut atau hubungi Bahagian Peristilahan dan Leksikologi DBP mendapatkan maklumat lanjut. | Istilah | 02.01.2017 |
Pihak sekolah berhasrat mendapatkan terbitan lembar bahasa dan siri pedoman bahasaa melayu yang diterbitkan oleh pihak dbp. Mohon panduan untuk mendapatkan bahan tersebut daripada pihak tuan | Untuk mendapatkan maklumat tentang atau memperoleh lembar dan pedoman bahasa, sila berhubung dengan Bahagian Promosi dan Pengiktirafan, Jabatan Pengembangan Bahasa dan Sastera, Aras 25, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur, atau hubungi Puan Nor Hamuni binti Ibrahim@Yasin melalui talian 03-21479127,e-mel hamuni@dbp.gov.my. | Lain-lain | 21.01.2015 |