Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.do.man] | ڤدومن

Definisi : 1. sj alat berupa jam yg menunjukkan arah (mata angin), kompas; 2. ki sesuatu yg di­jadikan asas (pegangan) utk melakukan se­suatu, petunjuk: kitab suci al-Quran ialah sebaik-baik panduan dan ~ bagi kehidupan manusia; harga ~ harga yg dijadikan dasar harga jualan umum; 3. buku petunjuk (mengan­dungi cara menjalankan atau melakukan sesuatu): kebanyakan pembuat motokar membekalkan buku ~ yg memberi penerangan tentang kereta itu; 4. pimpinan (perkum­pulan dll), pengurus; berpedoman 1. mempunyai pedoman; 2. berpegang (pd), mengarah ke: ~ pd agama; berpedomankan berpedoman (berpegang) pd: orang-orang itu mencari jalannya dgn ~ bintang-bintang di langit. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.do.man] | ڤدومن

Definisi : 1 perkakas spt jam bentuknya yg menunjukkan arah mata angin; kompas. 2 sesuatu yg digunakan sbg pegangan atau ikutan utk melakukan sesuatu; panduan. berpedomankan menggunakan sesuatu sbg pedoman: Mereka mencari jalan dgn ~ bintang di langit. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pedoman (kata nama)
1. Dalam konteks alat
bersinonim dengan kompas, petunjuk,

2. Bersinonim dengan panduan: bimbingan, pimpinan, pegangan, ikutan petunjuk, tunjuk ajar al-Quran, hadis, sunnah, nas, fatwa,

Kata Terbitan : berpedoman, berpedomankan,

Puisi
 

Baik-baik jaga pedoman,
     Kapal belayar puting anak;
Sudah kembang bunga di taman,
     Suka hati kumbang yang banyak.


Lihat selanjutnya...(4)

Kamus Teknologi Maklumat

Kamus Teknologi Maklumat ct.indd
Ketua) Norhasmanalinda Haji Mustapa Nawal Hanim Haji Lope Zainal Abidin Kamus Teknologi Maklumat ct.indd 5 6/6/11 4:01:21 PM vii KANDUNGAN Kata Pengantar ix Pendahuluan xi Pedoman Penggunaan Kamus Teknologi Maklumat: Keselamatan Komputer (MABBIM) xiii Kamus Teknologi Maklumat: Keselamatan Komputer A – Z 1 Daftar Istilah Teknologi Maklumat: Keselamatan Komputer Bahasa Inggeris-Bahasa Melayu 149 Bibliografi 169 Kamus Asri Ketua Bahagian Peristilahan dan Leksikologi Jabatan Pembinaan Bahasa dan Sastera Dewan Bahasa dan Pustaka Pendahuluan Kamus Teknologi Maklumat ct.indd 12 6/6/11 4:01:22 PM xiii PEDOMAN PENGGUNAAN KAMUS TEKNOLOGI MAKLUMAT: KESELAMATAN KOMPUTER (MABBIM) A. Entri 1. Entri ialah istilah bahasa Melayu yang konsepnya ditakrifkan dalam buku ini. 2. Semua entri dalam kamus ini diberikan dalam bahasa

Kembali ke atas