Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.du.li] | ڤدولي

Definisi : menghiraukan, meng­ambil perhatian akan, endah akan: dia sedar ramai orang memerhatikannya tetapi dia tidak ~; ~ apa dgn benda-benda yg tidak menguntungkan; ambil ~ a) mengendahkan; b) turut campur (hal orang lain); mempedulikan 1. mengambil perhatian akan, mengendahkan: nasihat kawan-kawannya tidak dipedulikannya; 2. turut campur (dlm hal orang dll): aku memang tak mahu ~ hal orang lain; kepedulian perihal atau sikap ambil peduli (ter­hadap seseorang atau sesuatu), perhatian, ke­prihatinan: badan korporat turut memperlihatkan ~ yg besar apabila mereka turut menganjurkan teater atau apa jua acara kebudayaan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.du.li] | ڤدولي

Definisi : menaruh minat atau perhatian terhadap sesuatu: Dia tidak ~ akan nasihat orang tuanya. mempedulikan memberikan perhatian terhadap; menghiraukan; mengendahkan: Setelah masuk ke lubang, penyu itu tidak ~ apa-apa lagi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
peduli
Kata Terbitan : mempedulikan,

Puisi
 

Cik Ali main guli,
     Main guli masuk lubang;
Apa peduli cincin di jari,
     Cincin di jari diberi abang.


Lihat selanjutnya...(25)
Peribahasa

Berbenak ke empu kaki.

Bermaksud :

Tidak peduli baik atau jahat.

 

Lihat selanjutnya...(9)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
KAMI AKAN ADAKAN FORUM IKLIM KEBANGSAAN DENGAN TEMA "SIAGA TENGKUJUH, PEDULI CUACA". SAYA INGIN MEMOHON PANDANGAN DARI PIHAK DBP PENGGUNAAN TEMA TERSEBUT. SEKIAN, TERIMA KASIHPenggunaan perkataan SIAGA TENGKUJUH, PEDULI CUACA tidak tepat. Penggunaan yang paling tepat ialah SIAGA MENGHADAPI TENGKUJUH, PEDULI AKAN CUACA.Lain-lain14.09.2018
Rangkai kata 'tidak kisah' tidak betul kerana 'kisah' tidak bererti peduli atau endah. Setuju?Mengikut Kamus Dewan Edisi 4, makna kisah ialah hal, cerita,riwayat, kejadian. Tidak ada keterangan yang menunjukkan kata ini membawa makna peduli atau endah. Walau bagaimanapun dari segi penggunaan harian dan dalam konteks bahasa lisan rangkai kata tidak kisah digunakan secara meluas dalam percakapan.Makna23.07.2007
Adakah perkataan 'bena' (sekiranya wujud) diterjemahkan daripada perkataan 'banner'?Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, perkataan bena bermaksud (béna) endah, hirau, peduli: janganlah buat tidak ~ kpd budak itu; ~ tak ~ endah tak endah (tidak berapa peduli);membenakan menghiraukan, mengendahkan, mempedulikan: tidak ~ musuh datang.  Manakala perkataan "banner" merujuk pada "kain rentang" iaitu jaluran kain yang panjang, yang direntang melintang atau sepanjang jalan. Oleh itu, perkataan "bena" dan "banner" tiada kena mengena antara satu sama lain.Istilah01.04.2013
Mohon semakan terjemahan Meh, I don't really care that Pluto is no longer a planet. Ah, aku tak peduli pun Pluto bukan planet lagi.Kami hanya menyemak penggunaan kata dan ayat dalam Bahasa Melayu. Ah, aku tak peduli pun Pluto bukan planet lagi.Penyemakan dan penterjemahan07.11.2017
Apakah perbezaan mengendahkan dan tidak mengendahkan?Merujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020; 577) kata mengendahkan bermaksud memberikan perhatian atau mengambil peduli terhadap sesuatu atau seseorang. Maka, tidak mengendahkan bermaksud sebaliknya, iaitu tidak memberikan perhatian atau mengambil peduli terhadap sesuatu atau seseorang.

Contoh penggunaan kedua-dua kata kerja transitif ini ialah: Selepas pertengkaran itu, dia tidak lagi mengendahkan kawannya. Dia tidak mengendahkan hasutan orang lain.
 
Makna15.08.2023
Salam sejahtera! Yang mana satu betul: Ada aku kisah atau Ada aku kesah? Lazimnya, kisah menjadi pilihan, namun apabila merujuk kepada makna di kamus, ianya tidak menunjukkan maksud peduli. Mohon pencerahan mengenai hal ini. Terima kasih!Mengikut Kamus Perdana Dewan, perkataan "kisah" bermaksud cerita atau ha tentang sesuatu; peduli. Manakala perkataan "kesah" bermaksud menyatakan rasa dukacita atau sedih dengan kata-kata kerana sesuatu kesusahan, kesakitan dan sebagainya; mengeluh. Berdasarkan keterangan tersebut, frasa yang betul ialah "Ada aku kisah".Makna15.06.2020
Adakah terjemahan dibawah boleh diterima? The Subtle Art Of Not Giving A Fuck - Sebuah seni untuk bersikap tidak ambil peduli. Terima kasih.

Dalam konteks dan budaya Melayu secara khususnya dan Malaysia secara amnya tidak wujud “satu seni” untuk tidak mempedulikan sesuatu. Lebih-lebih lagi jika hal tersebut mengandungi unsur tabu seperti mencarut dan hal yang berunsurkan kelucahan, jika wujud pun, hal sedemikian akan wujud secara “berselindung”, disampaikan secara berkias atau dianggap sesuatu yang kasar.  Merujuk kepada The Subtle Art Of Not Giving A Fuck frasa ini boleh ditafsirkan “tidak peduli” atau “tidak kisah”.

Lain-lain11.04.2022
Gaza CareCadangan: Gaza disayangi / Gaza dikasihani Gaza dilindungi Gaza diambil berat/diambil peduli diberi tumpuan diberi perhatianLain-lain12.02.2009
maksud perkataan cakna, pewaris

Sdr. Mohd Zubir, terima kasih kerana menghubungi KNBDBP.

Cakna membawa makna - daripada terengganu - ambil peduli, ambil berat: semenjak emak kau meninggal, sayalah yg ~ makan minum ayah kau.

manakala pewaris bermakna - orang (pihak) yg mewarisi, waris: kita adalah ~ kebudayaan yg terkaya dlm dunia; ~ ilmu Yunani; beliau muncul sbg ~ jawatan Perdana Menteri.

 

Makna26.04.2009
Ah, pergi 'jalanlah' dengan nasihat itu! Apakah cadangan untuk betulkan ayat ini? Terima kasih.Ayat tersebut boleh diperbetulkan menjadi, "Ah, jangan peduli akan nasihat itu!"Tatabahasa30.06.2009
12

Kembali ke atas