Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.du.li] | ڤدولي

Definisi : menghiraukan, meng­ambil perhatian akan, endah akan: dia sedar ramai orang memerhatikannya tetapi dia tidak ~; ~ apa dgn benda-benda yg tidak menguntungkan; ambil ~ a) mengendahkan; b) turut campur (hal orang lain); mempedulikan 1. mengambil perhatian akan, mengendahkan: nasihat kawan-kawannya tidak dipedulikannya; 2. turut campur (dlm hal orang dll): aku memang tak mahu ~ hal orang lain; kepedulian perihal atau sikap ambil peduli (ter­hadap seseorang atau sesuatu), perhatian, ke­prihatinan: badan korporat turut memperlihatkan ~ yg besar apabila mereka turut menganjurkan teater atau apa jua acara kebudayaan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.du.li] | ڤدولي

Definisi : menaruh minat atau perhatian terhadap sesuatu: Dia tidak ~ akan nasihat orang tuanya. mempedulikan memberikan perhatian terhadap; menghiraukan; mengendahkan: Setelah masuk ke lubang, penyu itu tidak ~ apa-apa lagi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
peduli
Kata Terbitan : mempedulikan,

Puisi
 

Cik Ali main guli,
     Main guli masuk lubang;
Apa peduli cincin di jari,
     Cincin di jari diberi abang.


Lihat selanjutnya...(25)
Peribahasa

Berbenak ke empu kaki.

Bermaksud :

Tidak peduli baik atau jahat.

 

Lihat selanjutnya...(9)


Kamus Sains

Kamus Sains.indb
fizikal habitatnya untuk pertahanan diri. Contohnya, lelompat daun berwarna hijau kerana habitatnya ialah daun hijau. (BIO) apathy (apati) Keadaan apabila seseorang kurang mempunyai perasaan atau emosi, atau mempunyai sikap tidak peduli. (UBAT) aperient (aperien) Laksatif ringan. (UBAT) aperistalsis (aperistalsis) Ketiadaan gerakan peristalsis. (UBAT) apertometer (apertometer/meter bukaan) Alat yang dicipta untuk mengukur bukaan berangka mikroskop objek. (FIZ) aperture aberration (aberasi bukaan

Kembali ke atas