Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.guam] | ڤݢوام

Definisi : orang yg ahli dlm bidang undang-undang, yg biasanya menjadi pembela atau pendakwa dlm sesuatu perkara di mahkamah; ®guam I. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.guam] | ڤݢوام

Definisi : orang yg pekerjaannya (profesionnya) mengemukakan tuntutan guaman di mahkamah atau memberi nasihat atau bantuan guaman kpd pelanggannya, pengacara; ~ negara pegawai guaman tertinggi kerajaan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.guam] | ڤݢوام

Definisi : orang yg ahli dlm ilmu undang-undang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[pe.guam] | ڤݢوام

Definisi : orang yg menjadi pembela atau pendakwa dlm sesuatu perkara di mahkamah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata peguam


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Istilah manakah yang betul? "Peguambela dan Peguamcara" atau "Peguam bela dan Peguam cara"?Ejaan yang betul ialah Peguam Bela dan Peguam Cara.Istilah20.08.2018
Mohon bantuan adakah "Peguam Bela" dan "Peguam Cara" merupakan kata nama khas atau kata nama am ? serta dieja "B" dan "C" dengan huruf besar atau kecil? mohon penjelasanPerkataan "peguam bela" dan "peguam cara" ialah kata nama am dan dieja dengan huruf kecil.Lain-lain29.09.2022
Adakah perkataan seperti peguam bela, peguam cara, hak milik, pasar raya dan kata majmuk lain berkemungkinan dirapatkan ejaan mereka kerana kecenderungan masyarakat untuk eja kata-kata tersebut rapat (peguambela, peguamcara, hakmilik, pasaraya)? Saya bertanya kerana kita sudah sedia maklum yang bahasa bersifat dinamik dan senarai kata majmuk yang sudah mantap ejaannya dirapatkan mungkin juga bertambah sejajar dengan perkembangan bahasa.Kata majmuk terhasil daripada proses merangkaikan dua kata dasar atau lebih yang membawa makna tertentu. Untuk membezakan kata majmuk dengan kata biasa ialah kata majmuk tidak boleh menerima sebarang penyisipan unsur lain. Kata majmuk yang mantap sahaja dieja satu perkataan, iaitu warganegara, setiausaha, olahraga, jawatankuasa, tandatangan, suruhanjaya, tanggungjawab, kakitangan, antarabangsa, jawatankuasa, pesuruhjaya, matahari, bumiputera, sukarela, kerjasama, beritahu. Kata majmuk yang lain dieja dua perkataan.

Sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (hlmn. 75)
Tatabahasa18.09.2017
pihak majlis peguam malaysia telah 'mengambil alih' firma tersebut serta semua fail - dokumen 'di dalamnya'. perkataan 'mengambil alih' dan 'di dalamnya' jarak atau tidak?? terima kasih.Kedua-dua perkataan iaitu 'mengambil alih' dan 'di dalamnya' perlu dijarakkan.Tatabahasa27.04.2007
Assalamualaikum / Salam sejahtera, Saya ingin meminta kepastian sama ada perkataan di bawah ini dijarakkan atau tidak memandangkan ada jenis perkataan yang sering berubah dan menimbulkan keraguan di antara saya dan pegawai-pegawai atasan saya. Saya ingin kepastian untuk ejaan yang terkini. Sekian, terima kasih. (i) Peguambela dan peguamcara @ peguam bela dan peguam cara?Salam,

Tuan,

Ejaan yang betul ialah Peguam Bela dan Peguam Cara.

Terima kasih.
Ejaan19.03.2015
Boleh saya dapatkan pengesahan mengenai ejaan yang betul bagi perkataan 'Peguam Cara' atau 'Peguamcara'.Ejaan yang betul ialah Peguam CaraEjaan30.06.2020
Salam sejahtera, Ingin bertanyakan persoalan seperti berikut: 1) dipohon atau dimohon? dan 2) daripada Jabatan Peguam Negara atau dari Jabatan Peguam Negara (adakah nama jabatan termasuk arah,masa dan tempat) Terima kasih

Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, makna mohon ialah minta atau minta izin; manakala kata pohon bermaksud meminta dengan halus.  Walau bagaimanapun bagi penggunaan dalam ayat yang lebih tepat dan sesuai digunakan ialah dimohon.

Tatabahasa20.01.2015
1.Bagaimanakah membetulkan ayat berikut: a. Sementara menunggu umpannya (diragut) ikan, Ahmad memenuhi masa terluang dengan membaca novel. b. Nama peguam bela yang bijak (menyelewengkan) fakta itu sudah gah ke seluruh pelosok negara sejak sedekad yang lalu. 2. Pak Ali mencuba untuk menguatkan ikatan selonggok kayu api yang dikumpulnya di dalam hutan. Adakah dikumpul salah dan digantikan dengan dikumpulkan ? 3. semangat patriolisme Adakah perkataan semangat leweh dalam frasa di atas? 4. Untuk membangunkan negara agar setanding dengan negara lain, masyarakat yang menguasai teknologi diperlukan. Adakah ayat di atas salah? Terima kasih !

Ayat yang telah diperbetul  1- a. Sementara menunggu umpannya dimakan ikan, Ahmad memenuhi masa terluang dengan membaca novel. b. Nama peguam bela yang bijak memainkan fakta itu sudah gah ke seluruh pelosok negara sejak sedekad yang lalu.

2. Pak Ali mencuba untuk menguatkan ikatan selonggok kayu api yang dikumpulkannya di dalam hutan.

3. lewah - patriotisme sahaja telah memadai

4. Untuk membangunkan negara agar setanding dengan negara lain, masyarakat yang menguasai teknologi diperlukan. - betul

Tatabahasa26.09.2009
Saya hendak menghantar suatu surat kepada Majlis Peguam untuk mendapatkan tandatangan dari pihak mereka sebagai bukti penerimaan. Dalam surat tersebut, saya menulis "Sila akui penerimaan dengan menandatangani salinan surat ini." Adakah ayat itu betul, terutamanya frasa "sila akui penerimaan"? Terima kasih.Ayat "Sila akui penerimaan dengan menandatangani salinan surat ini"  betul.Lain-lain24.01.2019
Hakim Lau juga tidak menerima hujah Pejabat Peguam Negara bahawa permohonan itu bersifat akademik semata-mata berikutan keputusan Mahkamah Persekutuan pada 9 April lalu bahawa SPR dan bukan Speaker mempunyai hak untuk mengisytiharkan kekosongan kerusi pilihan raya. Apakah maksud 'bersifat akademik' dalam petikan tadi?Bersifat atau mengenai ilmu pengetahuan.Lain-lain22.10.2009
12345

Kembali ke atas