Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.guam.ca.ra] | ڤݢوام چارا

Definisi : peguam yg menyediakan dokumen undang-undang spt wasiat, jualan tanah atau bangunan, menasihati klien tentang perkara-perkara perundangan dan bercakap bagi pihak mereka di mahkamah rendah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.guam.ca.ra] | ڤݢوام چارا

Definisi : peguam yg mengurus hal-hal yg bersangkutan dgn undang-undang, spt membuat surat wasiat tetapi tidak membela atau tidak mendakwa dlm perbicaraan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata peguam cara


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Boleh saya dapatkan pengesahan mengenai ejaan yang betul bagi perkataan 'Peguam Cara' atau 'Peguamcara'.Ejaan yang betul ialah Peguam CaraEjaan30.06.2020
Istilah manakah yang betul? "Peguambela dan Peguamcara" atau "Peguam bela dan Peguam cara"?Ejaan yang betul ialah Peguam Bela dan Peguam Cara.Istilah20.08.2018
Mohon bantuan adakah "Peguam Bela" dan "Peguam Cara" merupakan kata nama khas atau kata nama am ? serta dieja "B" dan "C" dengan huruf besar atau kecil? mohon penjelasanPerkataan "peguam bela" dan "peguam cara" ialah kata nama am dan dieja dengan huruf kecil.Lain-lain29.09.2022
Adakah perkataan seperti peguam bela, peguam cara, hak milik, pasar raya dan kata majmuk lain berkemungkinan dirapatkan ejaan mereka kerana kecenderungan masyarakat untuk eja kata-kata tersebut rapat (peguambela, peguamcara, hakmilik, pasaraya)? Saya bertanya kerana kita sudah sedia maklum yang bahasa bersifat dinamik dan senarai kata majmuk yang sudah mantap ejaannya dirapatkan mungkin juga bertambah sejajar dengan perkembangan bahasa.Kata majmuk terhasil daripada proses merangkaikan dua kata dasar atau lebih yang membawa makna tertentu. Untuk membezakan kata majmuk dengan kata biasa ialah kata majmuk tidak boleh menerima sebarang penyisipan unsur lain. Kata majmuk yang mantap sahaja dieja satu perkataan, iaitu warganegara, setiausaha, olahraga, jawatankuasa, tandatangan, suruhanjaya, tanggungjawab, kakitangan, antarabangsa, jawatankuasa, pesuruhjaya, matahari, bumiputera, sukarela, kerjasama, beritahu. Kata majmuk yang lain dieja dua perkataan.

Sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (hlmn. 75)
Tatabahasa18.09.2017
Assalamualaikum / Salam sejahtera, Saya ingin meminta kepastian sama ada perkataan di bawah ini dijarakkan atau tidak memandangkan ada jenis perkataan yang sering berubah dan menimbulkan keraguan di antara saya dan pegawai-pegawai atasan saya. Saya ingin kepastian untuk ejaan yang terkini. Sekian, terima kasih. (i) Peguambela dan peguamcara @ peguam bela dan peguam cara?Salam,

Tuan,

Ejaan yang betul ialah Peguam Bela dan Peguam Cara.

Terima kasih.
Ejaan19.03.2015
Syawal Aiman 10.04 PAGI Assalam admin, nak bertanya Apakah beza perkataan 'majlis' dan 'istiadat'?Perbezaan Majlis dan Istiadat menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, Definisi Majlis ialah: 1. badan yg dilantik atau dipilih, yg mempunyai kuasa mentadbir, membuat per­aturan dan menasihat: M~ Perbandaran; M~ Keselamatan Negeri; 2. perjumpaan (orang ramai), keramaian: dia dikehendaki hadir dlm ~ itu; ~ bahas (perbahasan) perjumpaan tempat atau utk diadakan peraduan bahas; ketua ~ ketua dlm sesuatu perjumpaan; 3. tempat (bangunan dll) persidangan (per­jumpaan dll); ~ peguam majlis yg dibentuk atau ditubuhkan di bawah akta kehakiman yg mempunyai bidang kuasa mengawasi para peguam dan pengamal undang-undang. Manakala Istiadat pula ialah 1. peraturan atau cara-cara melakukan sesuatu yg sudah menjadi kebiasaan, adat kebiasaan, resam: dia masih budak, tidak tahu akan ~; adat ~ berbagai-bagai adat dan kebiasaan; 2. majlis rasmi utk menyambut sesuatu peristiwa (spt pertabalan, perkahwinan, dsb), upacara: ~ perkahwinan itu telah dijalankan dgn sempurna; beristiadat mempunyai (mengikut) istiadat: majlis yg penuh ~; mengistiadatkan 1. menjadikan istiadat (adat kebiasaan), membiasakan, melazimkan; 2. mengadakan istiadat (upacara).Makna24.08.2017
tolong terangkan maksud profesionalisme berdasarkan kamus dewan bahasa berserta contoh terima kasihProfesionalisme ialah sifat-sifat seperti kemampuan, kecekapan, dan kemahiran tentang cara pelaksanaan sesuatu sebagaimana yang sewajarnya terdapat pada atau dilakuikan oleh seorang profesional seperti peguam dan  akauntan.Makna02.05.2008

Kembali ke atas