Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.gun] | ڤݢون

Definisi : tidak bergerak, kaku: gambar ~; memegunkan 1. menyebabkan pegun (tidak bergerak); 2. ki menyebabkan seseorang terpegun (kerana terpikat, kagum dsb): ada yg benar-benar dapat ~ tetamu dgn suaranya; kelunakan suara bacaan ayat-ayat suci al-Qurannya ~ para pendengar; terpegun kaku dan tidak dapat berkata-kata (kerana terperanjat dll): dia ~ berdiri di pintu dgn mulutnya ternganga; keterpegunan keadaan terpegun: ~ seorang insan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.gun] | ڤݢون

Definisi : tidak bergerak: keadaan ~. memegunkan menyebabkan pegun. terpegun tercegat serta tidak dpt berkata apa-apa kerana terperanjat dsb. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pegun
Kata Terbitan : terpegun,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1. Kini telefon bimbit berkamera mula mendapat perhatian pengguna. 2. Telefon bimbit berkamera berupaya mengambil gambar secara pegun atau visual. 3. Perkembangan telekomunikasi tanpa wayar bergerak sangat pantas. 4. Perkembangan telekomunikasi tanpa wayar tidak terkejar oleh pengguna. 5. Telefon bimbit dilengkapi dengan fungsi capaian internet, berkamera dan memuat turun muzik. 6. Telefon bimbit moden turut bertindak sebagai PDA iaitu umpama diari digital bergerak yang menjaga rutin anda setiap hari. Tuan, apakah kata hubung yang sesuai digunakan untuk menggabungkan ayat-ayat di atas supaya menjadi 3 ayat saja?1. Kini telefon bimbit berkamera yang berupaya mengambil gambar secara pegun atau visual mula mendapat perhatian pengguna. 
2. Perkembangan telekomunikasi tanpa wayar bergerak sangat pantas sehinggakan tidak terkejar oleh pengguna. 
3. Telefon bimbit dilengkapi dengan fungsi capaian internet, berkamera dan memuat turun muzik turut bertindak sebagai PDA, iaitu  diari digital bergerak yang menjaga rutin hidup anda setiap hari.
Tatabahasa14.05.2020
Salam, apakah terjemahan untuk perkataan "stun gun" dan "stun belt". Terima kasih.Untuk makluman puan, istiah stun gun dan stun  belt tiada dalam data kami. Walau bagaimanapun, cadangan kami untuk istilah stun gun ialah pistol pegun manakala stunt belt ialah tali pinggang pegun.Penyemakan dan penterjemahan28.10.2014
Boleh bantu saya semak kesesuaian perkataan berikut; 1. may use cookies, pixel tags and other technologies - mungkin menggunakan kuki, teg piksel dan teknologi 2. images (still/recording) - imej (pegun/ rakaman) 3. contact preferences - kenalan keutamaan 4. APPLICABILITY Our Privacy Notice applies ... - KESESUAIAN Notis Privasi kami digunakan ... 5. How we collect? - Bagaimana kami mengumpul? Terima kasih.Sila berikan contoh perkataan dalam ayat agar pihak kami dapat memberikan terjemahan yang baik dan betul mengikut konteks ayat.Makna24.03.2022
Istilah sesuai bagi Solid-state button Rujukan untuk memahami maksud Solid-state button Https://www.boreas.ca/blogs/piezo-haptics/physical-buttons-vs-solid-state-buttons-in-cell-phonesCadangan padanan bahasa Melayu bagi istilah "solid-state button" ialah butang pegun. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.Istilah21.03.2023
Salam, boleh bantu saya untuk dapatkan perkataan dalam BM yang sesuai mengikut ayat-ayat berikut, saya lampirkan dalam fail.Cadangan terjemahan bagi perkataan yang diberikan mengikut kontaks ayat ialah:
Applicability - "kebolehgunaan" 
cookies - "kuki"
pixel tags - "tag piksel"
How we collect? - "Bagaimanakah kami mengumpul data?"
images (still/recording) - "imej (pegun/rakaman)"
contact preferences - "pilihan kenalan"

Makna28.03.2022

Kembali ke atas