Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ja.bat] | ڤجابت

Definisi : 1. bangunan (ruang, bilik, dsb) tempat bekerja atau tempat diselenggarakan pelbagai urusan: ~ syarikat itu di tingkat tiga bangunan tersebut; ~ pos; budak ~ penye­lenggara pejabat, peon; ibu ~ pusat pen­tad­biran (kerajaan, perusahaan, pertubuhan, dll); 2. Id jabatan; 3. Id pegawai kerajaan yg me­megang jawatan penting, pemegang jawatan, penjabat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ja.bat] | ڤجابت

Definisi : 1 tempat mengurus sesuatu pekerjaan: ~ peguam. 2 bangunan sesuatu jabatan kerajaan berserta para pegawai dan tugas-tugasnya: ~ Tanah dan Galian. ~ elektronik ist pejabat yg melaksanakan kerja-kerja atau urusan pejabat dgn menggunakan pelbagai teknologi komputer. berpejabat mempunyai pejabat: Syarikatnya ~ di Kelang. sepejabat bekerja di pejabat yg sama; sama pejabat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[pe.ja.bat] | ڤجابت

Definisi : tempat bekerja: Dia selalu sampai di ~ pd pukul 7.45 pagi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jabatan (kata nama)
Bersinonim dengan bahagian, cawangan, unit, biro;,
Kata Terbitan : pejabat,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Bagi membezakan Nama Pejabat Keselamatan adakah sesuai nama seperti berikut:- Pejabat:- -Pejabat Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan. -Pejabat Sekuriti. Jawatan:- -Pengarah Keselamatan. -Pengarah Sekuriti.Frasa Pejabat Keselamatan dan Kesihatan Pekerja, Pejabat Sekuriti, Pengarah Keselamatan dan Pengarah Sekuriti kesemuanya betul.Tatabahasa06.12.2012
"Kompleks Pejabat-Pejabat Kerajaan Jalan Duta" atau "Kompleks Pejabat Kerajaan Jalan Duta" atau kedua-duanya sekali boleh digunakan?Perkataan pejabat tidak perlu diulang kerana perkataan 'kompleks' telah membawa makna 'kumpulan' atau 'banyak'. Perkataan yang betul ialah Kompleks Pejabat Kerajaan Jalan Duta.Tatabahasa22.01.2011
BOLEH KE KITA MENGGUNAKAN NAMA HOTEL SENTRAL METRO DAN APAKAH MAKSUDNYABoleh. Sentral bermaksud  1. di tengah atau pusat; pasar ~ pasar yg terletak di tengah bandar; 2. (pejabat dll) yg menjadi pusat (pejabat-pejabat lain dll), ibu (pejabat dll); pemerintah ~ pemerintah pusat, manakala metro/metropolitan berkenaan dgn bandar raya utama dlm sesebuah negara.Istilah09.06.2010
Bagaimana pula dengan Ulu Tiram Sentral ? Bolehkah ia dirujuk sebagai stesen pengangkutan awam bas dan teksi di Ulu Tiram?Mengikut Kamus Dewan, sentral boleh merujuk maksud yang menjadi pusat (pejabat-pejabat dan lain-lain), ibu (pejabat dan lain-lain). Maka, daripada makna ini, kita melihat adanya contoh KL Sentral yang bukan sahaja pusat pengangkutan awam juga kedai, restoran, dan pejabat. Dari aspek bahasa, Ulu Tiram Sentral boleh sahaja merujuk sebagai stesen pusat pengangkutan awam(bas dan teksi). Sukacita kami mencadangkan tuan mendapatkan kepastian dengan pihak PBT di tempat tuan sama ada penggunaan ini dibenarkan atau tidak dari aspek undang-undang kerajaan tempatan pula.Makna28.08.2014
Selamat sejahtera. Saya ingin bertanya penggunaan imbuhan/kata sendi yg betul dlm ayat di bawah ini. a. Dimintai @ diminta semua pelajar membawa .... b. Jauhi ubat nyamuk dari @ daripada langsir itu. c. Ibu pejabat @ Pejabat ibu (Hukum DM) Sekian, ribuan terima kasih

Ayat/frasa yang betul ialah:

A. Diminta semua pelajar membawa ....

B. Jauhi ubat nyamuk daripada langsir itu. - merujuk punca

C. Ibu pejabat - kekecualian Hukum D-M kerana kebiasaan dalam penggunaan sama seperti perdana menteri.

Tatabahasa20.04.2010
Salam satu Malaysia, Apakah terjemahan yang sesuai bagi "tax office"? Adakah konteks itu harus diterjemahkan sebagai "cukai pejabat" atau "pejabat cukai"? Terima kasih.Berdasarkan konteks, jika  merujuk pejabat itu sendiri maka terjemahan yang sesuai ialah  Pejabat Cukai, tetapi jika merujuk jenis cukai maka terjemahan yang persis ialah Cukai Pejabat.Penyemakan dan penterjemahan29.03.2014
Assalam, saya nak sahkan pengenai frasa pejabat agung atau Pejabat Agung atau pejabat Agung. Terima Kasih.Menurut data kami, agung bermaksud 1 tertinggi: Allah yang Maha ~. 2 besar: tiang ~; layar ~. mengagungkan menganggap agung; memuliakan; meluhurkan:. Perkataan tersebut dieja dengan huruf kecil, mohon nyatakan pertanyaan dengan jelas supaya kami dapat membantu memberikan jawapan.Ejaan03.08.2020
maksud pejabat mayaPejabat maya bermaksud tempat menyimpan atau pejabat yang menguruskan sesuatu yang tidak nampak secara fizikal.Makna06.11.2007
Pejabat ini membuat permohonan mencetak buku panduan pengurusan peperiksaan sebanyak 20 unit. Bersama ini dilampirkan buku panduan pengurusan peperiksaan. Betul ayat di atas?Ayat yang betul ialah "Kami memohon mencetak Buku Panduan Pengurusan Peperiksaan sebanyak 20 unit. Bersama-sama ini dilampirkan Buku Panduan Pengurusan Peperiksaan untuk tindakan selanjutnya."

Tatabahasa17.11.2023
Pejabat Pengurusan dan PengedaranSila berikan soalan yang lengkap dan lebih jelas.Tatabahasa19.05.2023
12345678910...

Kembali ke atas