Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ja.bat] | ڤجابت

Definisi : 1. bangunan (ruang, bilik, dsb) tempat bekerja atau tempat diselenggarakan pelbagai urusan: ~ syarikat itu di tingkat tiga bangunan tersebut; ~ pos; budak ~ penye­lenggara pejabat, peon; ibu ~ pusat pen­tad­biran (kerajaan, perusahaan, pertubuhan, dll); 2. Id jabatan; 3. Id pegawai kerajaan yg me­megang jawatan penting, pemegang jawatan, penjabat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ja.bat] | ڤجابت

Definisi : 1 tempat mengurus sesuatu pekerjaan: ~ peguam. 2 bangunan sesuatu jabatan kerajaan berserta para pegawai dan tugas-tugasnya: ~ Tanah dan Galian. ~ elektronik ist pejabat yg melaksanakan kerja-kerja atau urusan pejabat dgn menggunakan pelbagai teknologi komputer. berpejabat mempunyai pejabat: Syarikatnya ~ di Kelang. sepejabat bekerja di pejabat yg sama; sama pejabat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[pe.ja.bat] | ڤجابت

Definisi : tempat bekerja: Dia selalu sampai di ~ pd pukul 7.45 pagi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jabatan (kata nama)
Bersinonim dengan bahagian, cawangan, unit, biro;,
Kata Terbitan : pejabat,


Kamus Teknologi Maklumat

Kamus Teknologi Maklumat ct.indd
maka pasukan yang sama akan menilai tahap kerosakan yang boleh berlaku dan memberi cadangan perlindungan tambahan kepada sistem. Pegawai Keselamatan Rangkaian (Ig. Network Security Officer; Br. Pegawai Keselamatan Rangkaian; Id. Pejabat Keamanan Jaringan) Pegawai yang dilantik secara rasmi untuk memastikan semua arahan, dasar, syarat dan undang-undang yang berkaitan dengan penggunaan dan pengurusan rangkaian dikuatkuasakan sepanjang jangka hayat rangkaian tersebut. Pegawai Keselamatan Sistem (SSO) (Ig. System Security Officer (SSO); Br. Pegawai Keselamatan Sistem (SSO); Id. Pejabat Keamanan Sistem; Pejabat Sekuritas Sistem (SSO) Pegawai yang dilantik secara rasmi untuk memastikan semua arahan, dasar, syarat dan undang-undang yang berkaitan dengan penggunaan dan pengurusan data, sistem maklumat, pengguna

Kembali ke atas