Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.juang] | ڤجواڠ

Definisi : orang yg berjuang (utk merebut, mencapai, mempertahankan sesuatu): ia seorang ~ bangsa yg senantiasa dicurigai oleh pihak Inggeris; ~ kebebasan orang yg berjuang utk mem­bebaskan diri, tanah air dsb drpd belenggu, cengkaman, penindasan dsb penjajah atau kuasa asing; ~ kemerdekaan orang yg berjuang utk mendapatkan kemerdekaan tanah airnya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.juang] | ڤجواڠ

Definisi : orang yg berjuang: ~ kemerdekaan orang yg berjuang utk mendapatkan kemerdekaan tanah airnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
juang
Kata Terbitan : berjuang, memperjuangkan, perjuangan, pejuang,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
persoalan bahasa melayu tidak pernah selesi, daripada masalah kesilapan ejaan hinggalah masalah nilai ekonomi bahasa melayu dan masalah memperjuangkan bahasa melayu. menyentuh persoalan niali ekonomi bahasa melayu, pejuang-pejuang bahasa sentiasa berusaha meningkatkan niali ekonomi, namun ada pendapat usaha itu gagal dan mengatakan bahawa nilai itu semakin jatuh. malah ada juga pihak mengatakan DBP "mandul" disebabkan peminjamnan yang terlalu banyak (dalam Kamus Dewan) sehinggakan jati diri bahasa melayu "hilang'. tetapi saya percaya.. maslah ini tidak seharusnya menyalahkan DBP sahaja,..pihak lain juga sepatutnya dipersalhkan. jadi.. saya hendak bertanya: mengapa 'rang undang-undang' agar pesalah bahasa dikenakan tindakan tidak dikuatkuasakan.. bagaimana pihak tuan melihat nilai ekonomi bahasa melayu sejaka berada tahun yang ke lapan di alaf yang ketiga ini?Pindaan Akta Dewan Bahasa dan Pustaka sedang diusahakan buat masa ini dan apabila pindaan ini diluluskan akan memberikan kuasa Nilai ekonomi bahasa Melayu masih berada di tahap yang memuaskan memandangkan bahasa Melayu masih terus digunakan dalam pelbagai urusan di dalam negara.   Lain-lain22.07.2008
Salam Pejuang Bahasa Melayu! Bolehkah anda bantu saya menterjemah frasa ini, "Independent Police Conduct Authority". Saya tidak pasti frasa yang tepat.Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat, perkataan  martir daripada Indonesia-Belanda diberikan takrifan orang yang mati teraniaya kerana mempertahankan agama (Roman Katolik), manakala syahid pula ialah perkataan Arab yang bermaksud saksi yang menegakkan atau mempertahankan kebenaran agama Islam, orang yang mati kerana agama Islam.Makna21.04.2019
Selamat pagi, kepada golongan pakar bahasa Melayu yang sangat dihormati. Saya ingin menerangkan bahawa pejuang bahasa Thai bertekad untuk mengekalkan dan memelihara bahasa aslinya yakni ketulenan bahasanya serta pejuang bahasanya dapat menangkis serangan istilah asing disebabkan iltizam yang kuat di kalangan ahli bahasanya dan sokongan padu daripada pihak diraja dan golongan bangsawannya tetapi di manakah pejuang bahasa Melayu sebenar sebagaimana yang dilakukan oleh Pencinta sebenar bahasa Melayu pada zaman Zaa'ba dan juga yang dilakukan oleh pakar bahasa Thai dan Cina? saya selaku mahasiswa UiTM akan berasa sangat malu jikalau penginggerisan bahasa Melayu berterusan dan semakin banyak istilah saduran bahasa Inggeris sehingga hilang keaslian dan jati diri bahasa Melayu . Perkara dan hal ini perlu diselesaikan serta perbincangan yang sungguh-sungguh perlu dilakukan di kalangan ahli bahasa Melayu untuk menyelamatkan bahasa Melayu daripada kehilangan jati dirinya seterusnya memelihara, memartabatkan, mengukuhkan, dan mengekalkannya . Mohon pertimbangan daripada pihak DBP dan golongan pakar bahasa Melayu.Secara umumnya fungsi DBP bolehlah dirangkumkan sebagai membina dan mengembangkan bahasa Melayu. Dalam skop perancangan korpus/ pembinaan bahasa DBP melaksanakan penyelidikan bahasa, menggubal istilah dalam pelbagai bidang, menyusun kata (entri) kamus. Peranan memartabatkan bahasa Melayu merupakan peranan rakyat Malaysia seluruhnya, tanpa perlu rasa malu.Lain-lain22.08.2014
apakah perkataan yang sesuai untuk bekas pejuang negara

Merujuk Kamus Dewan tidak ada kata khusus (dalam satu perkataan) untuk merujuk tokoh pejuang negaranya, lazimnya disebut sebagai wira negara atau frasa lain yang setara maknanya.

Lain-lain26.06.2010
... Allah yang menghilangkan rasa takut di dalam dada para pejuang Islam dalam menghadapi musuh-musuh kaum Muslimin. di dalam dada / dalam dada Yang mana lebih sesuai dan tepatAyat yang lebih tepat ialah: Allah yang menghilangkan rasa takut dalam dada para pejuang Islam dalam menghadapi musuh-musuh kaum Muslimin.Tatabahasa12.11.2014
Orang ramai berasa sungguh kagum melihat pertunjukkan pesawat pejuang semasa sambutan Hari Kebangsaan itu. Maaf, saya ingin bertanya tentang perkataan pertunjukkan. Adakah ejaannya hanya perlu satu huruf k atau dua huruf k? Mohon penjelasan. Terima kasih

Orang ramai berasa sungguh kagum melihat pertunjukan pesawat pejuang semasa sambutan Hari Kebangsaan itu. Ejaannya hanya satu huruf k sahaja. Perkataan pertunjukan terhasil daripada imbuhan apitan per-...-an iaitu PER+TUNJUK+AN.

Tatabahasa12.05.2020
Apakah erti atau maksud "Pitch lever" yang disebut dalam komponen jet pejuang/ kapal terbang?Kami mencadangkan pitch lever diterjemahkan sebagai "tuil anggul". Namun, padanan ini bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa.Istilah12.03.2022
Selamat pagi, saya ingin mengajukan soalan kepada ahli DBP yang sangat dihormati. kenapa para bijak pandai, pejuang, dan golongan pakar bahasa Melayu tidak menggunakan saja istilah "sejahtera" untuk "kata sapaan" dalam bahasa Melayu yang memberi maksud "helo","hai","hei","halo","selamat datang","salam","assalamualaikum" dan "selamat tinggal" selain memberi maksud "selamat","aman","damai","sentosa","makmur"dan "sihat". Sepertimana yang dilakukan oleh pencinta Bahasa Ibunda yang lain di Asia, seperti Negara yang tak pernah dijajah iaitu negara Thailand, "helo" dan "hai" dalam bahasa Thai ialah "สวัสดี" yang juga membawa maksud "selamat","kebagusan", "kesejahteraan","sejahtera","keselamatan","aman","keamanan","makmur","kemakmuran","sifat baik","kemajuan","maju" dan sebagainya.

Bahasa Melayu merupakan bahasa yang dinamik yang menawarkan pelbagai kata ucap selamat mengikut konteks penggunaannya; iaitu sama ada rasmi atau tidak rasmi.

Ucap selamat untuk situasi rasmi, salam sejahtera memang digunakan secara meluas.

Istilah22.08.2014
apakah sumbangan pak sako dalam bidang penulisan dan politik?Pak Sako atau Ishak Haji Muhammad  ialah seorang  pejuang nasionalis dan sasterawan. Pak Sako mempunyai tempat yang penting dalam sejarah kebangsaan dan kesusasteraan tanah air. Untuk merujuk tentang beliau sila dapatkan buku 'Memoir Pak Sako: Putera Gunung Tahan terbitan UKM atau buku 'Wajah' terbitan DBP. Selain itu banyak lagi buku yang mengisahkan tentang perjalanan perjuang bangsa ini yang boleh didapati di Pusat Dokumentasi Melayu, Aras 3, Menara DBP Kuala Lumpur. Sekian, terima kasih.Lain-lain06.09.2009
1.Apakah definisi pahlawan? 2.Apakah definisi bahasa pengantar? 3.Apakah makna luwes?1. Pahlawan bermaksud orang yang gagah dan berani,pejuang yang gagah, perwira 2. Bahasa pengantar ialah bahasa yang digunakan untuk menyampaikan maklumat,seperti ilmu pengetahuan dll. 3. Luwes bermakna tidak terlalu ketat, mudah disesuaikan(dengan keadaan),dapat diubah suaiMakna24.01.2007
123

Kembali ke atas