Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pé.ka] | ڨیکا

Definisi : (péka) 1. sl tidak lengah (lalai); 2. lekas berasa (sesuatu), lekas bergerak balas terhadap pengaruh-pengaruh luar, rangsang (mata, kulit, saraf, dll), mudah bergerak (timbangan neraca), sensitif: alat yg amat ~ yg boleh mengukur satu persepuluhan juta tenaga nyamuk; labah-labah mempunyai sesungut yg ~ terhadap sentuhan; 3. menyedari (dgn sesungguhnya) dan menghayati sesuatu, sen­sitif: kita harus ~ terhadap perkembangan semasa di negara kita; pensyarah-pensyarah di Jabatan Pengajian Islam ~ terhadap karangan ulama-ulama besar; memeka menghiraukan, mempedulikan; kepekaan perihal peka (mudah berasa, mu­dah atau cepat bergerak balas, menyedari, dan menghayati sesuatu): cara ini boleh mengurangkan ~ mata terhadap cahaya yg terlalu terang; ~ perancangan bahasa adalah penting supaya penilaian ini membawa erti. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pé.ka] | ڨیکا

Definisi : /péka/ mudah berasa sesuatu; tidak lalai; mudah bergerak (bkn mata dacing dll). kepekaan hal atau keadaan peka: Papila rambut dibekali gentian-gentian saraf yg memberikan ~ kpd rambut. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
peka
1. Bersinonim dengan sensitif
( perasa, berderia, )
(adjektif:)

2. Bersinonim dengan bergerak balas
( bertindak balas, bereaksi, responsif, mudah terangsang, )
(kata kerja:)

Kata Terbitan : memeka, kepekaan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
M.Affendy M.Sudin Assalamualaikum... sy cikgu SK Ayer Jerneh, Kemaman, Terengganu.. ingin memohon pihak DBP untuk perbanyakkan bahan grafik peka bahasa. Untuk makluman, saya menggunakan bahan grafik peka bahasa sebagai maklumat tambahan untuk murid-murid di sekolah. Ini kerana banyak maklumat yg cukup berguna dengan bahan grafik.. saya turut mewujudkan sudut peka bahasa di sekolah.. Diharap pihak DBP dapat mempelbagaikan lagi maklumat peka bahasa.. Jutaaan terima kasih diucapkan atas kerjasamaPihak kami maklum dengan cadangan tersebut dan akan dikemukakan pada pihak yang berkaitan.Lain-lain25.01.2017
Mohon untuk semak ayat ini. 1. Sila peka terhadap tarikh perbincangan yang akan ditetapkan dalam masa terdekat. Adakah penggunaan perkataan peka ini sesuai? 2. Syarikat ini beroperasi di paras satu. Perkataan paras atau aras yang paling sesuai? Sekian, terima kasih.

1. Penggunaan perkataan peka dalam ayat tersebut betul.

2. Kedua-dua perkataan betul. Walau bagaimanapun, perkataan yang lazim digunakan ialah aras.

Tatabahasa21.09.2021
saya ingin bertanya sama ada betul atau tidak penggunaan bagi "amalan pembelian peka selamat" di mana amalan pembelian yang mengutamakan ciri-ciri keselamatan ketika pembelian dilakukan oleh pengguna."Amalan pembelian peka selamat" - ungkapan ini kurang tepat dan tidak boleh diringkaskan. Cadangan kami "Amalan pembelian yang peka terhadap keselamatan".Tatabahasa05.03.2010
apakah perbezaan nahu bebas konteks dan nahu peka konteks? dan siapakah yang tergolong dalam penulisan sintaksis-wacana berkenaan nahu di atas?

Secara umumnya nahu bebas konteks boleh difahami dengan melihat hukum-hukum pengeluaran berkepalakan satu unsur/frasa sahaja (yakni penggantian unsur tidak bergantung kepada unsur ditepinya), manakala nahu peka bahasa boleh difahami dengan melihat contoh yang berikut: makan <benda> := makan <makanan>; dan minum <benda> := minum air | minum <minuman bergas> | minum <minuman panas> <o susu>. Untuk maklumat lanjut rujuk buku linguistik antaranya karya Chomsky.

Tatabahasa09.08.2010
Contoh ayat: Banyak daripada kita kurang peka akan hak asasi kita sebagai warganegara Malaysia. Adakah ayat ini betul dari segi bahasa? Sila sertakan dengan penerangan yang terperinci. Terima Kasih...

Ayat tersebut betul. Frasa banyak dalam ayat tersebut boleh digunakan dan frasa tersebut merujuk kepada bilangan orang .

Tatabahasa07.04.2011
Encik Hussin Haji Ali JPN Terengganu Saya telah menggunakan Khidmat Nasihat DBP sekian lama. Tetapi sayang seribu kali saya petugas yang mengendalikan tidak peka dengan ejaan yang betul. Seperti contoh 1. bermaksud dieja bermajksud 2. menjadi dieja menjkadi 3. mana-mana dieja amna-mana mohon teguran untuk memartabatkan bahasa kebangsaanTerima kasih atas makluman tuan. Perkara ini telah diambil tindakan dan sistem perkhidmatan kami akan mengemas kini data dalam jangka waktu yang terdekat ini.Lain-lain10.09.2014
Wong Yee Fang SUN 4:46PM Wong Yee Fang Kepada Admin, Saya sedang mendirikan sebuah blog khas untuk mereka yang gemar belajar Bahasa Malaysia. Saya hendak minta keizinan Dewan Bahasa agar gunakan maklumat di Facebook Dewan Bahasa, misalnya "Peka Bahasa" dan "Lembar Bahasa" di dalam blog saya. Terima kasih.Ya silakan. Terima kasih.Lain-lain20.06.2016
Aliah Mohd Salleh Sila hantar info ejaan bahasa Melayu yang betul di fB saya untuk pengetahuan orang ramai khususnya penulis -penulis .Terima kasih kerana bersahabat dengan DBP. Puan Aliah boleh terus muat-turun daripada FB DBP dengan klik pada paparan Lembar Bahasa dan Peka Bahasa, kemudian klik pada options dan pilih download. Jadi, puan tidak akan terlepas semua koleksi tersebut. Harap maklum. Sekian.Lain-lain08.05.2014
Salam, saya ingin tahu terjemahan istilah DYE SENSITIZED SOLAR CELL dan COUNTER ELETRODE. terima kasihUntuk makluman, tidak terdapat istilah bahasa Melayu yang khusus untuk "dye sensitized solar cell" dan "counter electrode"  dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun, padanan bahasa Melayu yang dicadangkan ialah sel solar peka pencelup dan elektrod lawan.Istilah29.04.2014
sfaktor kesalahan bahasa melayu dalam iklan dan cara mengatasinya.: Antara faktor yg mempengaruhi kesalahan bahasa dalam bidang pengiklanan ialah kebiasaan kesalahan yg diteruskan, konsep atau idea abstrak yg sukar dinyatakan dalam bahasa Melayu, terjemahan idea daripada bahasa Inggeris yg tidak tepat dan sikap para penulis iklan yg tidak peka terhadap bahasa Melayu yg betul. Di DBP, ada menganjurkan kursus-kursus untuk penulis iklan, kunjungan kerja ke agensi pengiklanan dan kerjasama antara DBP dengan PBT (bagi papan tanda perniagaan dan papan tanda perniagaaan-bilboard) untuk memantau kesalahan bahasa. Harap maklum.Lain-lain11.11.2006
123

Kembali ke atas