Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pé.ka] | ڨیکا

Definisi : (péka) 1. sl tidak lengah (lalai); 2. lekas berasa (sesuatu), lekas bergerak balas terhadap pengaruh-pengaruh luar, rangsang (mata, kulit, saraf, dll), mudah bergerak (timbangan neraca), sensitif: alat yg amat ~ yg boleh mengukur satu persepuluhan juta tenaga nyamuk; labah-labah mempunyai sesungut yg ~ terhadap sentuhan; 3. menyedari (dgn sesungguhnya) dan menghayati sesuatu, sen­sitif: kita harus ~ terhadap perkembangan semasa di negara kita; pensyarah-pensyarah di Jabatan Pengajian Islam ~ terhadap karangan ulama-ulama besar; memeka menghiraukan, mempedulikan; kepekaan perihal peka (mudah berasa, mu­dah atau cepat bergerak balas, menyedari, dan menghayati sesuatu): cara ini boleh mengurangkan ~ mata terhadap cahaya yg terlalu terang; ~ perancangan bahasa adalah penting supaya penilaian ini membawa erti. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pé.ka] | ڨیکا

Definisi : /péka/ mudah berasa sesuatu; tidak lalai; mudah bergerak (bkn mata dacing dll). kepekaan hal atau keadaan peka: Papila rambut dibekali gentian-gentian saraf yg memberikan ~ kpd rambut. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
peka
1. Bersinonim dengan sensitif
( perasa, berderia, )
(adjektif:)

2. Bersinonim dengan bergerak balas
( bertindak balas, bereaksi, responsif, mudah terangsang, )
(kata kerja:)

Kata Terbitan : memeka, kepekaan,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KEDIDI

Kedidi ialah nama yang diberi kepada sebilangan

besar burung. Tetapi nama ini biasanya merujuk

kepada jenis tertentu burung kecil yang paruhnya

panjang dan peka. Burung ini hidup di pantai di

semua bahagian di dunia, dan banyak spesiesnya

membuat sarang di utara Lingkaran Artik.

UMUM 
SERKIN, RUDOLF

Serkin, Rudolf (1903–1991) ialah pemain piano

konsert yang popular. Dia terkenal dengan

persembahan muzik Austria dan Jerman tahun

1700-an dan tahun 1800-an yang bertenaga, peka,

dan jelas. Dia terkenal kerana permainan solo dan

juga persembahan muzik kamarnya.

UMUM 
ANJING BEAGLE

Anjing Beagle ialah anjing perburuan Inggeris

yang paling kecil. Anjing beagle mempunyai deria

bau yang kuat dan kadangkala digunakan untuk

memburu arnab. Kebanyakan anjing Beagle adalah

peka dan mudah mesra.

UMUM 
MIMOSA

Mimosa ialah nama bagi sekumpulan pokok, pokok

renek, dan herba yang mempunyai daun bak bulu

pelepah. Mimosa tumbuh terutamanya di kawasan

panas dan tropika. Pokoknya sama dengan akasia. Biji

atau buahnya tumbuh dalam lenggai yang leper.

Bunganya yang kecil berwarna putih, samar,

lavender, atau ungu. Mimosa tumbuh di seluruh Asia,

Afrika, Australia, Caribbean, Mexico, dan di beberapa

bahagian Amerika Syarikat. Sesetengah Mimosa peka

terhadap sentuhan. Daun tumbuhan peka terlipat

apabila disentuh. Ini melindunginya daripada

dimusnahkan oleh hujan lebat dan dapat

mengelakkannya daripada dimakan oleh haiwan

ragut.

Pengelasan saintifik. Mimosa tergolong dalam famili

kacang pis, Leguminosae. Ia membentuk genus Mimosa.

Semalu ialah M. pudica.

UMUM 
BUTA WARNA

Buta warna yang kadangkala dikenali

dengan istilah daltonisme  ialah ketakbolehan

membezakan kesemua warna. Kebolehan untuk

melihat warna berpunca daripada sel penglihatan

khusus, yang dinamakan kon, yang terdapat pada

retina mata. Seseorang yang normal penglihatan

warnanya mempunyai tiga jenis kon, dan setiap

jenis kon itu peka terhadap warna yang berbeza.

Orang yang buta warna tidak mempunyai satu, atau

dua, atau kesemua jenis kon ini.

UMUM 
MIOPIA

Miopia juga dikenali sebagai rabun jauh ialah

kecacatan penglihatan yang menyebabkan

penglihatan objek jauh yang kabur. Biasanya

penglihatan objek dekat masih jelas, kecuali untuk

kes-kes miopia yang keterlaluan. Bagi pembentukan

imej, sinaran cahaya yang dipantulkan atau

dipancarkan oleh sesuatu objek mesti bertemu di

retina. Retina ialah tisu peka cahaya yang terdapat di

belakang dan di sisi biji mata. Bagi kebanyakan

orang yang miopia, biji mata lebih panjang daripada

normal dari hadapan ke belakang. Akibatnya,

sinaran cahaya dari objek yang jauh bertemu di

depan retina. Apabila sinaran mengenai retina, imej

yang terbentuk adalah kabur.

UMUM 
BOSE, SIR JAGDISH CHANDRA

Bose, Sir Jagdish Chandra (1858–1937) ialah

ahli sains India. Usahanya termasuk penemuan

dalam bidang fizik dan biologi. Sumbangannya

yang paling penting kepada pengetahuan sains

ialah penciptaan alat yang benar-benar peka untuk

merekodkan cara tumbuh-tumbuhan bergerak

balas terhadap tindakan luar. Misalnya, alat

ciptaannya menunjukkan bagaimana tumbuh-tumbuhan

yang cedera kelihatan bergetar.

UMUM 

Kembali ke atas