Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pé.ka] | ڨیکا

Definisi : (péka) 1. sl tidak lengah (lalai); 2. lekas berasa (sesuatu), lekas bergerak balas terhadap pengaruh-pengaruh luar, rangsang (mata, kulit, saraf, dll), mudah bergerak (timbangan neraca), sensitif: alat yg amat ~ yg boleh mengukur satu persepuluhan juta tenaga nyamuk; labah-labah mempunyai sesungut yg ~ terhadap sentuhan; 3. menyedari (dgn sesungguhnya) dan menghayati sesuatu, sen­sitif: kita harus ~ terhadap perkembangan semasa di negara kita; pensyarah-pensyarah di Jabatan Pengajian Islam ~ terhadap karangan ulama-ulama besar; memeka menghiraukan, mempedulikan; kepekaan perihal peka (mudah berasa, mu­dah atau cepat bergerak balas, menyedari, dan menghayati sesuatu): cara ini boleh mengurangkan ~ mata terhadap cahaya yg terlalu terang; ~ perancangan bahasa adalah penting supaya penilaian ini membawa erti. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pé.ka] | ڨیکا

Definisi : /péka/ mudah berasa sesuatu; tidak lalai; mudah bergerak (bkn mata dacing dll). kepekaan hal atau keadaan peka: Papila rambut dibekali gentian-gentian saraf yg memberikan ~ kpd rambut. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
peka
1. Bersinonim dengan sensitif
( perasa, berderia, )
(adjektif:)

2. Bersinonim dengan bergerak balas
( bertindak balas, bereaksi, responsif, mudah terangsang, )
(kata kerja:)

Kata Terbitan : memeka, kepekaan,


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Peka terhadap manusia dan kehidupannyaAhmad Kamal AbdullahBerita Minggu13.04.1980
ExxonMobil peka majukan seni dan sasteran negaraAni AwangUtusan Malaysia24.07.2006
Selangor peka kegelisahan senimanIsmas SaringBerita Harian (Sastera dan Budaya)17.10.2001
DBP peka dengan masalah penulisTiadaWatan17.01.1991
Kurang peka persoalan lapukAmirudin A. HMingguan Perdana21.05.1987
Penyair peka isu sejagatTiadaBerita Harian25.08.1995
Anwar peka masalah sosialTiadaMingguan Watan24.03.1996
3P peka terhadap pembangunanRamli IsmailMingguan Malaysia17.02.1991
Kebijaksanaan, peka, aset penting untuk pelakon teater (diwawancara oleh Hassan Omar)Mislina MustaffaBerita Harian (Sastera dan Budaya)25.09.2004
Komsas: perlu peka protes A. Samad SaidAzreenaUtusan Malaysia14.02.2008
123456

Kembali ke atas