Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pé.ka] | ڨیکا

Definisi : (péka) 1. sl tidak lengah (lalai); 2. lekas berasa (sesuatu), lekas bergerak balas terhadap pengaruh-pengaruh luar, rangsang (mata, kulit, saraf, dll), mudah bergerak (timbangan neraca), sensitif: alat yg amat ~ yg boleh mengukur satu persepuluhan juta tenaga nyamuk; labah-labah mempunyai sesungut yg ~ terhadap sentuhan; 3. menyedari (dgn sesungguhnya) dan menghayati sesuatu, sen­sitif: kita harus ~ terhadap perkembangan semasa di negara kita; pensyarah-pensyarah di Jabatan Pengajian Islam ~ terhadap karangan ulama-ulama besar; memeka menghiraukan, mempedulikan; kepekaan perihal peka (mudah berasa, mu­dah atau cepat bergerak balas, menyedari, dan menghayati sesuatu): cara ini boleh mengurangkan ~ mata terhadap cahaya yg terlalu terang; ~ perancangan bahasa adalah penting supaya penilaian ini membawa erti. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pé.ka] | ڨیکا

Definisi : /péka/ mudah berasa sesuatu; tidak lalai; mudah bergerak (bkn mata dacing dll). kepekaan hal atau keadaan peka: Papila rambut dibekali gentian-gentian saraf yg memberikan ~ kpd rambut. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
peka
1. Bersinonim dengan sensitif
( perasa, berderia, )
(adjektif:)

2. Bersinonim dengan bergerak balas
( bertindak balas, bereaksi, responsif, mudah terangsang, )
(kata kerja:)

Kata Terbitan : memeka, kepekaan,


Istilah MABBIM

Istilah SumberIstilah IndonesiaIstilah BruneiIstilah MalaysiaBidang
sensitivepeka/sensitifpeka/sensitifpeka/sensitifPerubatan
light sensitivepeka cahayapeka cahayapeka cahayaPerikanan
sensitised lymphocytelimfosit pekalimfosit pekalimfosit pekaVeterinar
sensitive environmentlingkungan pekasekitar pekasekitar pekaPertanian
sense of timingpeka waktupeka waktupeka waktuKomunikasi Massa
sense of sightpeka pengamatanpeka pengamatanpeka pengamatanKomunikasi Massa
sense of newspeka beritapeka beritapeka beritaKomunikasi Massa
excitable tissuejaringan peka rangsangtisu peka rangsangtisu peka rangsangPerubatan
touch-sensitive deviceperanti peka sentuhperanti peka sentuhperanti peka sentuhTeknologi Maklumat
ion sensitiveion pekasensitif ion / ion pekaion pekaPertanian
123

Kembali ke atas