Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ka.rangan] | ڤکارڠن

Definisi : 1. halaman rumah: duduk di muka ~ rumahnya; 2. tanah kam­pung: kalau ada ~nya kita dirikan rumah-rumah petak kecil. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ka.rangan] | ڤکارڠن

Definisi : halaman rumah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[pe.ka.rangan] | ڤکارڠن

Definisi : kawasan di sekeliling rumah dsb. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pekarangan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
PERKARANGAN ATAU PEKARANGANPekarangan ialah halaman rumah, manakala perkarangan pula ialah batu karang. Sila rujuk Kamus Dewan edisi keempat untuk keterangan lanjut.Lain-lain20.06.2010
Ayat yang mana lebih tepat? 1.Aminah menyapu sampah dengan penyapu di pekarangan rumah supaya kelihatan bersih. 2.Aminah menyapu sampah di pekarangan rumah supaya kelihatan bersih dengan penyapu. Terima kasih.
Ayat yang lebih tepat ialah "1.Aminah menyapu sampah dengan penyapu di pekarangan rumah supaya kelihatan bersih." 

Tatabahasa21.07.2014
Tuan, pekarangan sekolah atau perkarangan sekolah?Frasa yang betul ialah "pekarangan sekolah"Tatabahasa22.06.2012
Yang mana betul? Pekarangan rumah atau perkarangan rumah.Pekarangan ialah halaman rumah, manakala perkarangan pula ialah batu karang. Sila rujuk Kamus Dewan edisi keempat untuk keterangan lanjut.Makna03.03.2015
apakah perbezaan antara pekarangan dan perkaranganBezanya ialah pekarangan ialah halaman rumah, perkarangan pula ialah batu karang. Sila rujuk Kamus Dewan edisi keempat untuk keterangan lanjut.Makna06.01.2010
kawasan halaman rumah ialah perkarangan atau pekaranganKawasan halaman rumah ialah pekarangan.Ejaan14.02.2014
Saya ingin tahu, ejaan yang manakah betul antara perkarangan dan pekarangan untuk menyatakan tempat bagi mengadakan majlis jamuan raya.Perkataan yang betul ialah "pekarangan",  bermaksud halaman rumah, kawasan di sekeliling rumah, dewan, bangunan dan sebagainya. 
 
Ejaan23.05.2022
apakah perbezaan antara pekarangan dengan perkarangan? adakah kedua-duanya membawa makna yang sama, iaitu kawasan halaman? atau batu karang di laut untuk perkarangan?Pekarangan ialah halaman rumah, perkarangan atau disebut juga karangan ialah batu karang.Tatabahasa05.10.2014
Adakah kedua-dua perkataan, 'pekarangan' dan 'perkarangan', boleh diguna pakai untuk merujuk kepada 'halaman rumah' seperti yang terdapat dalam kamus dewan eidsi keempat?

Menurut data kami, pekarangan ialah halaman rumah, manakala perkarangan atau disebut juga karangan ialah batu karang.

Makna11.01.2017
apakah maksud perkarangan?Ejaan yang betul ialah pekarangan. Maksudnya ialah halaman rumah atau tanah kampung.Makna27.02.2010
12

Kembali ke atas