Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.kat] | ڤکت

Definisi : 1. tidak cair, kental, likat: santan itu kalau agak likat atau ~ boleh ditambah air sejuk; penuh ~ penuh sesak; susu ~ susu likat (dlm tin); tanah ~ tanah liat; 2. keras (kopi dll): Wak Kudin mengonyeh-ngonyeh lalu menelan dan kemudian menunda dgn air kopi ~; asid ~ asid yg kuat (tiada banyak ber­campur air); 3. tidak jernih (air); 4. gelap atau kelam (warna dll); gelap (kelam) ~ gelap sekali; hitam ~ hitam sekali; 5. ki tebal, teguh, kuat, dsb (bkn percakapan, kepercayaan dsb): loghat Kelantannya masih ~ walaupun telah lama menetap di Kuala Lumpur; tambah Solisir yg ~ dgn kepercayaan pd cerita dongeng; memekat menjadi pekat: hitam malam kian ~; memekatkan menyebabkan jadi pekat: bijirin ini digunakan utk ~ susu bayi; kepekatan perihal atau keadaan pekat: ~ ammonia; ~ malam; ~ warna; pemekatan perihal (proses atau perbuatan) memekatkan (bkn cecair dsb): ~ dgn penambahan gula, garam dan pengawet lain; pemekat bahan yg menjadikan pekat, bahan yg memekatkan: biasanya tepung jagung digunakan sbg ~ dlm masakan itu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.kat] | ڤکت

Definisi : bp muafakat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.kat] | ڤکت

Definisi : 1 hampir beku (bkn benda cair); likat atau kental. 2 tidak jernih (bkn air); keras (bkn air kopi dll). memekatkan menjadikan pekat: Ibu ~ kuah itu dgn membubuh tepung sedikit. kepekatan keadaan pekat. pemekatan perbuatan atau proses memekatkan (cecair dsb). pemekat bahan utk memekatkan (cecair dsb). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pekat (adjektif)
1. Bersinonim dengan likat: kental, hampir beku, hampir keras, melekit, melekat, menjelunut,
Berantonim dengan cair

2. Dalam konteks warna
bersinonim dengan gelap, tua, kelam,
Berantonim dengan terang

Kata Terbitan : memekatkan, kepekatan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah padanan Heavy Cream dalam Bahasa Malaysia? Krim tebal atau krim pekat?Terjemahan yang sesuai ialah "krim pekat".Lain-lain01.03.2021
TUAN/PUAN YANG DIHORMATI,APAKAH KESALAHAN YANG TERDAPAT DALAM AYAT INI.....SAYA TIDAK DAPAT MENGENAL PASTI KESALAHAN TERSEBUT....SAYA NAMPAK DIA BERKEMEJA BIRU PEKAT SEMASA MENGHADIRI MAJLIS DI RUMAH KAK HABSHAH SEMALAM.Saya nampak dia berkemeja biru pekat semasa menghadiri majlis di rumah kak Habshah semalam. Ayat ini betul.Tatabahasa28.01.2015
Salam Mohon semakan terjemahan bagi ayat-ayat di bawah: A rich and intense dark coffee with notes of sweet fruits. Kopi pekat yang pahit dan kuat dengan aroma dengan perisa buah-buahan manis. Fresh and fruity medium roast with notes of chocolate and vanilla. An extraordinary single-origin coffee with a unique story to tell. Panggang sederhana berasa buah dan segar dengan aroma serta perisa coklat dan vanila. Kopi asal tunggal yang luar biasa dengan kisah unik untuk diceritakan. Premium coffee with a purpose. Uganda coffee farmers growing together through business, not charity. Every cup matters. Kopi premium dengan tujuan memanfaatkan. Peladang kopi Uganda bersama-sama berkembang melalui peniagaan, bukan kebajikan. Setiap cawan kopi itu penting. A medium-dark coffee with a good body, a fruity acidity and notes of cocoa in the aftertaste for a typical coffee experience. Kopi sederhana pekat dengan tekstur yang sederhana, keasidan berasa buah serta perisa koko dalam kesan rasa untuk merasai pengalaman kopi yang tipikal. Terima kasih.Terjemahan yang baik dan tepat memerlukan pemahaman berkaitan konsep dan konteks penggunaan teks dalam sesebuah bidang. Untuk makluman, DBP tidak menjalankan kerja penterjemahan atau menawarkan khidmat penyemakan terjemahan, sama ada daripada bahasa Melayu kepada bahasa asing atau sebaliknya. Sila hubungi Persatuan Penterjemah Malaysia (PPM), melalui talian 03-9226 2506 atau e-mel terjemah1@gmail.com.Penyemakan dan penterjemahan26.07.2021
Tuan, bolehkah "Kaw" digunakan dalam konteks perkataan yang membawa maksud 'pekat'? Terima kasih.Untuk makluman tidak terdapat perkataan "Kaw" dalam bahasa Melayu. Perkataan ini digunakan dalam bahasa percakapan yang tidak rasmi.Ejaan14.02.2012
Cadangan terjemahan bagi "espresso shot" dalam Bahasa Melayu.Cadangan terjemahan yang boleh digunakan ialah kopi espreso pekat jika bersesuaian.Penyemakan dan penterjemahan09.01.2020
Saya Wilada Yalaphanee Belajar Bahasa Melayu Dasar Inging bertanya tengtang Bahasa Melayu Nanah Apakah MaknanyaBerdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, nanah ialah cecair pekat berwarna putih kekuningan yang keluar darr bisul, luka yg terkena infeksi, dan sebagainya.Makna28.10.2015
Asalamualaikum Apakah terjemahan yang sesuai untuk: Ground press coffee, dark roast Terima kasih!Terjemahan bahasa Melayu untuk "ground press coffee, dark roast" ialah biji kopi panggang yang pekat. Walau bagaimanapun, terjemahan bergantung kepada konteks penggunaan ayat.Makna01.09.2020
dalam English "Concentrated organic grape juice", diterjemahkan dalam bahasa seperti Pekatan jus anggur organik?Salam sejahtera,

Terjemahan yang sesuai untuk "Concentrated organic grape juice" ialah jus anggur organik pekat.

Terima kasih.
Makna04.01.2018
Apakah padanan bagi "concentrated vegetable juice". Adakah ia sama dengan padanan "vegetable juice concentrate".Kami mencadangkan padanan istilah dalam bahasa Melayu seperti yang berikut:

vegetable juice concentrate - pekatan jus sayur
concentrated vegetable juice - jus sayur pekat

Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu.
Lain-lain24.06.2021
Bolehkah ayat "Essential oil including their flavouring constituent -isolate and concentrate" diterjemahkan seperti yang berikut: Minyak pati termasuklah juzuk perisanya - asingan dan pekatanPadanan bahasa Melayu bagi  "Essential oil including their flavouring constituent -isolate and concentrate" 
ialah Minyak pati dengan bahan perisa - asing dan pekat.
Penyemakan dan penterjemahan17.08.2021
12

Kembali ke atas