Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.kat] | ڤکت

Definisi : 1. tidak cair, kental, likat: santan itu kalau agak likat atau ~ boleh ditambah air sejuk; penuh ~ penuh sesak; susu ~ susu likat (dlm tin); tanah ~ tanah liat; 2. keras (kopi dll): Wak Kudin mengonyeh-ngonyeh lalu menelan dan kemudian menunda dgn air kopi ~; asid ~ asid yg kuat (tiada banyak ber­campur air); 3. tidak jernih (air); 4. gelap atau kelam (warna dll); gelap (kelam) ~ gelap sekali; hitam ~ hitam sekali; 5. ki tebal, teguh, kuat, dsb (bkn percakapan, kepercayaan dsb): loghat Kelantannya masih ~ walaupun telah lama menetap di Kuala Lumpur; tambah Solisir yg ~ dgn kepercayaan pd cerita dongeng; memekat menjadi pekat: hitam malam kian ~; memekatkan menyebabkan jadi pekat: bijirin ini digunakan utk ~ susu bayi; kepekatan perihal atau keadaan pekat: ~ ammonia; ~ malam; ~ warna; pemekatan perihal (proses atau perbuatan) memekatkan (bkn cecair dsb): ~ dgn penambahan gula, garam dan pengawet lain; pemekat bahan yg menjadikan pekat, bahan yg memekatkan: biasanya tepung jagung digunakan sbg ~ dlm masakan itu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.kat] | ڤکت

Definisi : bp muafakat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.kat] | ڤکت

Definisi : 1 hampir beku (bkn benda cair); likat atau kental. 2 tidak jernih (bkn air); keras (bkn air kopi dll). memekatkan menjadikan pekat: Ibu ~ kuah itu dgn membubuh tepung sedikit. kepekatan keadaan pekat. pemekatan perbuatan atau proses memekatkan (cecair dsb). pemekat bahan utk memekatkan (cecair dsb). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pekat (adjektif)
1. Bersinonim dengan likat: kental, hampir beku, hampir keras, melekit, melekat, menjelunut,
Berantonim dengan cair

2. Dalam konteks warna
bersinonim dengan gelap, tua, kelam,
Berantonim dengan terang

Kata Terbitan : memekatkan, kepekatan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
osmosisosmosisKimiaTiadaProses pengaliran molekul pelarut dari larutan yang kurang pekat ke larutan yang lebih pekat melalui membran separuh telap. Misalnya, air akan mengalir dari larutan gula yang kurang pekat ke larutan gula yang lebih pekat melalui membran separuh telap.
treaclesirap pekat hitamPentadbiran PerniagaanTiadaSirap pekat hitam: Sirap daripada sisa gula yang diproses yang pekat dan berwarna hitam.
fritterbater pekatPentadbiran PerniagaanTiadaAdunan daripada tepung, telur, air dan garam yang lebih pekat daripada bater, untuk menyalut buah-buahan atau sayur-sayuran sebelum digoreng.
fritterbater pekatPentadbiran PerniagaanTiadaAdunan daripada tepung, telur, air dan garam yang lebih pekat daripada bater, untuk menyalut buah-buahan atau sayur-sayuran sebelum digoreng.
inspissationpemekatanPerubatanTiada1. Proses menjadikan lebih pekat atau kental melalui penyerapan atau penyejatan.,2. Keadaan menjadi lebih pekat atau kental melalui penyerapan atau penyejatan.
aqua regiaakua regiaKimiaTiadaCampuran satu isi padu asid nitrik pekat dengan empat isi padu asid hidroklorik pekat. Campuran ini berwarna kuning dan sangat mengakis, dan disebut sebagai akua regia kerana keupayaan melarutkan logam adi seperti platinum, perak dan emas. Akua regia merupakan agen pengoksidaan yang kuat.
sputum samplesampel kahakKesihatan AwamTiadaCairan pekat yang dikeluarkan daripada saluran pernafasan semasa batuk, yang digunakan sebagai bahan uji untuk mengesan virus penyebab penyakit. Cairan pekat bukan air liur ini biasanya dikumpulkan pada waktu pagi dan kadangkala tiga sampel perlu dikumpulkan secara berturut-turut bergantung pada jenis jangkitan.
condensedmampat; ringkas; padat; memeluwap; pekatPentadbiran PerniagaanTiada1. Mampat: Sesuatu yang tidak berongga-rongga.,2. Padat: Isi, kandungan, susunan dan lain-lain yang penuh dan rapat sekali.,3. Memeluwap: Menjadi atau mengeluarkan wap.,4. Pekat: Sesuatu yang tidak cair, kental dan likat.
aqua regiaakua regiaGeologiTiadaCampuran berwarna kuning dan sangat mengakis, yang terdiri daripada satu isi padu asid nitrik pekat dengan empat isi padu asid hidroklorik pekat.
aqua regiaakua regiaKimiaTiadaCampuran berwarna kuning dan sangat mengakis, yang terdiri daripada satu isi padu asid nitrik pekat dengan empat isi padu asid hidroklorik pekat.
12345678910...

Kembali ke atas