shopkeeper | pekedai | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Tiada |
petit bourgeois | borjuis kecil | Sains Politik | Politik Perbandingan | Kelas dalam masyarakat yang berada di pertengahan antara proletar dan borjuis. Mereka terdiri daripada golongan sederhana seperti pekedai, petani yang memiliki tanah dan berupaya bekerja sendiri, golongan yang menghasilkan pertukangan dan mengusahakan pengeluaran kecil. Golongan ini bukan merupakan buruh kerana tidak bekerja dengan orang lain dan bukan juga borjuis kerana tidak mengeksploitasi tenaga buruh lain. Karl Marx menyatakan bahawa kelas borjuis kecil terdedah kepada proses pemproletaran yang dikuasai oleh borjuis yang lebih kaya dan lama-kelamaan akan terhapus. Contohnya, golongan usahawan kecil seperti pekedai dan peraih. Sinonim borjuis bawahan. |
jaizah | jaizah | Perniagaan Islam | Tiada | Pemberian produk perniagaan secara sukarela sebagai penghargaan. Contohnya, pekedai memberikan hadiah kepada pelanggan yang datang ke kedainya sama ada pelanggan tersebut membeli barangan atau tidak. Lihat juga sadaqqah |
recurring sale | jual beli istijrar | Ekonomi | Ekonomi Islam | Jual beli dengan mengambil barangan sedikit demi sedikit secara berterusan dan membayar keseluruhan harganya kemudian. Jual beli ini boleh berlaku dalam dua keadaan, iaitu tanpa deposit atau bersama deposit. Contohnya, jual beli istijrar tanpa deposit ialah pembeli sentiasa mengambil barang keperluan harian daripada pekedai pada sebarang masa dan membayar keseluruhan harga secara tunai pada hujung bulan. Jual beli istijrar bersama deposit pula ialah pembeli meletakkan sejumlah wang terlebih dahulu kepada pekedai dan mengambil barang keperluan harian daripada pekedai tersebut pada sebarang masa dan membayar keseluruhan harga pada hujung bulan menggunakan wang deposit berkenaan. Sekiranya wang deposit melebihi harga, wang tersebut akan dikembalikan atau dibawa ke hadapan. Sekiranya wang deposit tidak mencukupi, maka pembeli akan melunaskannya. Sinonim bai‘ istijrar jual beli istijrar. |
socioeconomic class | kelas sosioekonomi | Sains Politik | Politik Perbandingan | Strata dalam masyarakat yang berasaskan sosioekonomi. lndividu atau golongan yang memiliki kedudukan ekonomi dan sosial yang tinggi akan mendapat penghormatan dalam masyarakat. Seorang ahli politik, pentadbir dan pemimpin masyarakat dianggap boleh menduduki kelas sosioekonomi yang tinggi, manakala golongan seperti petani, nelayan, pekedai, buruh dan sebagainya tidak memiliki kelas sosioekonomi ini. Kelas sosioekonomi yang baik amat penting dalam mempengaruhi pembinaan demokrasi sesebuah negara. |
safeguard | skirt lindung; apron; pakaian lindung | Kesenian | Tiada | 1. Skirt lindung: Skirt lilit keliling yang biasanya daripada kain tenun tangan, berwarna merah, kelabu atau hitam, untuk melindungi pakaian daripada kotor semasa menunggang kuda, bertani dan sebagainya, popular pada abad ke-14, ke-17 dan ke-18.,2. Apron: Apron warna yang dipakai oleh pembuat roti dan pekedai pada abad ke-16 hingga ke-18.,3. Pakaian lindung: Istilah jalur tirus fabrik yang digunakan untuk membalut bayi dari dahulu hingga akhir abad ke-18. |